Monday, 25 February 2013

::* Sahabat Yang Dijamin Syurga *::


Abu Bakar As Siddiq رضي الله عنه
Sahabat merangkap bapa mertua Nabi yang paling rapat.membenarkan peristiwa Israq dan Mikraj hingga mendapat gelaran As Siddiq.Seorang yang amat unik kerana mampu membaca makna tersirat di sebalik perkara tersurat.Dikala yang lain gembira ketika turunnya wahyu yang terakhir beliau menagis kerana memahami itulah tanda yang Rasullullah ﷺ bakal meninggalkan mereka.
Tiada aku (Rasullullah ﷺ) mengajak seorang masuk Islam, tanpa ada hambatan, keraguan, tanpa mengemukakan pandangan dan alasan, kecuali Abu Bakar. Ketika aku (Rasullullah ﷺ) menyampaikan ajakan tersebut, dia langsung menerimanya tanpa keraguan sedikitpun.” ~Ibnu Katsir~
Umar bin Khattab رضي الله عنه: “Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan seluruh umat, maka akan lebih berat keimanan Abu Bakar.”

Umar al Khattab رضي الله عنه
Bermula dengan kerasnya penentangan terhadap dakwah Rasullullah ﷺ namun berakhir hidupnya dengan amat gemilang disamping sahabat merangkap bapa mertua Rasullullah ﷺ Di zaman kekhalifaannya, Islam berkembang seluas dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditakluk dalam waktu hanya satu tahun.Semasa memegang jawatan khalifah beliau terkenal dengan kekerasan dan kegalakkannya. Akan tetapi, ilmunya menerangi semua sikap hidupnya, sehingga dalam memutuskan sesuatu perkara, yang dipedomaninya adalah kecerdasan pemikirannya, bukan sentuhan perasaannya. Selaku penguasa ia tidak terpengaruh oleh kemarahannya, kesedihannya atau kepentingan peribadi dan keluarganya.
Ketika pembukaan pintu Baitul Maqdis beliau berkata: “Kita adalah satu golongan yang diberi kemuliaan olehNya dengan Islam maka sekiranya kita mencari kemuliaan selain dari Islam nescaya Dia akan menghina kita”

Usman Ibnu Affan رضي الله عنه
Bakti sumbangannya bukan saja sebagai Khalifah yang ketiga tapi untuk Islam amat besar sehingga tidak pernah dihitung olehnya sebagai hutang kerana rasa kecintaanya yang besar terhadap Islam.Seorang yang tidak pernah berfikir lebih dua kali untuk menginfakkan hartanya untuk Islam.Sayangnya Rasullullah ﷺ kepada beliau sehingga mengahawinkan dua orang puterinya dengan beliau.Satut-satunya sahabat yang mana Rasullullah ﷺ malu kepadanya kerana besarnya sifat malu beliau, juga dikatakan sepanjang hidupnya beliau tidak pernah melihat kemaluanya sendiri.Beliau dikenali dengan gelaran “Zu al Nur’ain” iaitu yang memeliki dua cahaya yang merujuk puteri Rasullullah ﷺ

Ali Bin Abi Thalib رضي الله عنه
Merupakan Khalifah keempat beliau adalah sahabat,sepupu,menantu dan seorang yang Rasullullah ﷺ gambarkan keakraban mereka seperti Nabi Musa Dan Nabi Harun.Kanak-kanak pertama memeluk Islam dan mendapat pendidikan terus dari rumah Rasullullah ﷺ dan membesar menjadi seorang pemuda yang bertubuh perkasa bersemangat waja serta punya pikiran cerdas matang sehinggakan ada pendapat yang mengatakan jika mahu melihat perwatakan Rasullullah ﷺ ia boleh dilihat dari perwatakan beliau.Mengahwini puteri Rasullullah ﷺ yang paling disayangi Rasullullah ﷺ beliau hidup seperti mana kehidupan Rasullullah ﷺ.Pahlawan perang yang sentiasa memastikan dirinya sentiasa berada di baraisan hadapan menghadapi musuh-musuh Islam.Dari jalurnyalah kita hari ini mengenal ahlul bayt Rasullullah ﷺ.

Thalhah Bin Ubaidillah رضي الله عنه
Memeluk Islam dengan perantaraan Abu Bakar, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Betapa besar pengorbanan beliau didalam perang Uhud dalam mempertehankan Rasullullah ﷺ yang sedang diserbu musuh yang menggila mahu membunuh Rasullullah ﷺ sehingga terpotong jari jemarinya mempertahankan Rasullullah ﷺ dengan segala kudratnya sehinggakan Rasullullah ﷺ bersabda:
“Sesiapa yang mahu melihat syahid yang masih berjalan di atas muka bumi ini,tengoklah Thalhah Bin Ubaidillah”
Setiap kali Abu Bakar As Siddiq teringkatkan Uhud beliau berkata “Hari itu keseluruhanya milik Thalhah”

Zubair Al Awaam رضي الله عنه
Sahabat yang punya hubungan kekeluargaan dengan Rasullullah ﷺ dari pelbagai arah selain beliau adalah sepupu dan anak saudara Rasullullah ﷺ.Keperwiraan dan keberanianya dalam medan tempur sehngga beliau mengikuti semua peperangan bersama Rasullullah ﷺ.Dari Seluruh sahabat utama Rasullullah ﷺ,hanya Zubair yang sepanjang hidupnya tidak menjawat sebarang jawatan apapun. Untuk ini, Zubair berpandangan “jawatanku adalah mujahid fii sabilillaah “ fakta tentang keberanian beliau dalam menegaskan posisinya dengan keberanian yang luar biasa.

Sa’ad bin Abi Waqqas رضي الله عنه
Memeluk Islam sekitar umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan yang di sertai Rasullullah ﷺ.Beliau seorang sahabat yang mendapat gelaran “Singa yang menyembunyikan kukunya”.Tentera Islam pertama melepaskan panah untuk berjuang dan ketika saat getir Rasullullah ﷺ dikepung di perang Uhud beliau bersama Thalhah Bin Ubaidillah memperisaikan tubuhnya untuk melindungi Rasullullah ﷺ sambil melepaskan panah-panahnya.Pernah menjawat jawatan gabenor tetapi kemudianya meminta untuk meletakkan jawatan kerana merasa dirinya kurang kemampuan dalam bidang mentadbir dan lebih rela menjadi tentera perang untuk menyebarkan Islam dan wafatnya beliau dikuburkan di Baqi’.

Sa’id Bin Zaid رضي الله عنه
“Wahai Allah, jika Engkau mengharamkanku dari agama yang lurus ini, janganlah anakku Sa’id diharamkan pula daripadanya.” ~Du’a Zaid untuk anaknya Sa’id~
Antara sahabat terawal memeluk Islam ketika di Mekah beliau adalah sahabat Rasullullah ﷺ yang punya talian persaudaraan bersama Umar Al Khattab dimana adiknya adalah isteri beliau.Dikenali dengan peristiwa lantunan hidayah abang iparnya iaitu Umar Al Khattab ketika tragedi pembacaan ayat suci Al Quran bersama isteri dan Arqam bin Abi al-Arqam.Tanpa gentar menghadapi abang iparnya yang bagai kerasukan ketika itu beliau teguh mempertahankan keislamanya.

Abdurrahman Bin Auf رضي الله عنه
Antara sahabat yang berjaya Abu Bakar As Siddiq tarik untuk memeluk Islam, beliau adalah hartawan dan pembiaya besar operasi ketenteraan yang mana beliau sendiri menyertainya.Hartawan yang tiada hari tanpa bersedekah dan berinfak untuk Islam walaupun hijrahnya ke Madinah tanpa membawa sebarang harta hingga sanggup meminjam untuk memulakan pernigaan.Tidak tergiur dengan kemewahan dunia malah semakin tunduk tawaduk dengan kemewahan yang dikurniakan Allah keatasnya.Sahabat besar yang berpengaruh ini dikenali juga kerana sumbanganya yang besar pada Islam dan telah menyara perbelanjaan hidup para isteri Rasullullah ﷺ selepas kewafatan Rasullullah ﷺ

Abu Ubaidillah Al Jarrah رضي الله عنه
Memeluk Islam ketika di Mekah beliau antara sahabat yang menyertai semua peperangan bersama Rasullullah ﷺ.Ketika perang Badar beliau terpaksa membunuh bapanya sendiri yang ketika itu di pihak Musyrik sehingga turunya ayat 22 Surah Al Mujadalah.Ketika perang Uhud beliau antara sahabat terawal yang kembali melindungi Rasullullah ﷺ yang sedang dikepung,mencabut besi yang tertusuk di graham Rasullullah ﷺ sehingga dua batang giginya patah.Beliau wafat kerana penyakit taun yang merebak di jazirah arab.Rasullullah ﷺ berkata “Sebaik-baik umat aku yang amanah adalah Abu Ubaidillah Al Jarrah”

“Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang petama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridho kepada mereka dengan mereka dan mereka ridho kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung.” ~Qs At-Taubah 100~

Mana-mana sahabat pun yang berdebu wajahnya kerana bersama-sama Rasullullah ﷺ lebih baik dari seluruh amalan sepanjang hidupnya biarpun umurnya selanjut umur Nabi Nuh (950tahun) ~HR Abu Daud~

Inilah contoh idola yang wajar kita ambil iktibar dan meneladani kepada jenerasi kini dan masa depan.Mereka hidup semata-mata untuk mencari redha Allah dan RasulNya.

Thursday, 7 February 2013

::* Ada Apa Dengan Akal *::

*Syaitan bersifat angkuh pada kebenaran
Dipenuhi segala macam kejahatan tanpa ada seinci pun kebenaran
Akal diberi namun tidak mahu memikirkan kebenaran

*Malaikat bersifat akur dengan kebenaran
Dipenuhi segala macam kebaikan tanpa ada seinci pun kejahatan
Akal diberi namun tidak mahu memikirkan kejahatan

*Haiwan bersifat tidak angkuh dan akur pada kebenaran dan kejahatan
Tidak dipenuhi atau dikurangi segala macam kejahatan atau kebenaran
Akal tidak diberi jesteru tidak memikirkan kebenaran atau kejahatan

*Manusia bersifat akur dan angkuh pada kebenaran dan kejahatan
Diberi pilihan mahu memenuhi segala macam kebenaran atau segala macam kejahatan
Akal diberi namun terserah mahu memikirkan kebenaran atau kejahatan


إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berpikir. ~Az Zumar 42~

كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ
Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berpikir ~Al Baqarah 219~

كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ
Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayat-Nya (hukum-hukum-Nya) supaya kamu mau menggunakan akal. ~Al Baqarah 242~




:: Akal & Nafsu ::

*Mahluk punya akal dan nafsu ~ Manusia
Mahluk yang dicipta dengan sebaik-baiknya oleh Allah
Rasul, Para Nabi,Para Sahabat Nabi,aku,kamu,kita 

*Mahluk punya akal tanpa nafsu ~ Malaikat
Mahluk yang dicipta untuk hanya mentaati dan memuji kebesaran Allah
Jibrail,Israfil,Malik,Reduan,Raqib dan yang lainnya..

*Mahluk punya nafsu tanpa akal ~ Haiwan
Mahluk yang hidup hanya untuk nafsu namun tidak akan ke neraka
Kucing,Harimau,Gajah,Kuda,Anjing dan yang lainnya..

*Mahluk tak punya nafsu dan akal ~ Benda
Mahluk yang dicipta untuk bermanfaat pada manusia tanpa akan dipersoalkan olehNya
Kipas,Mesin Basuh,Kereta,Pensil dan yang lainnya..

Wednesday, 6 February 2013

Kelebihan Membaca Al Quran

1.Syafaat di hari akhirat
Bacalah olehmu akan Al Quran,sesungguhnya ia dating pada hari kiamat kelak member syafaat kepada pembacanya ~HR Muslim~

2.Malaikat bersamanya
Seorang yang membaca Al Quran sedang dia mahir dalam membacanya,bersamanya Malaikat utusan Allah yang baik.Dan orang-orang yang membaca Al quran dalam keadaan tergagap-gagap (berkeadaan payah) maka baginya dua pahala ~HR Muslim~

3.Sebaik-baik ibadat
Sebaik-baik ibadat (sunat) umatku ialah membaca Al Quran ~HR At Tirmidzi~

4.Dilimpahi rahmat
Kepada kaum yang suka berjemaah di rumah-rumah peribadatan membaca Al Quran secara bergiliran dan ajar mengajarkanya sesame mereka,akan turunlah kepadanya ketenagan dan ketenteraman,akan dilimpahkan kepadanya rahmat dan mereka akan dijaga oleh Malaikat juga Allah akan selalu mengigati mereka ~HR Muslim~

5.Kebaikan dalam setiap huruf
Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah maka baginya satu kebaikkan.Dan satu kebaikan digandakan dengan sepuluh seumpanya.Tidak aku katakana (Alif Lam Mim) itu satu huruf tetapi Alif satu huruf,Lam satu huruf dan Mim satu huruf ~HR At Tirmidzi~

6.Sebaik-baik orang
Sebaik-baik kamu ialah seoarang yang belajar Al Quran dan mengajarkanya ~HR Al Bukhari~

7.Dibela di hari kiamat
Di bawa di hari kiamat nanti Al Quran dan ahlinya yang beramal dengannya di dunia.mendahuluinya Suratul Al Baqarah dan Suratul Ali Imran keduanya berhujah membela tuannya ~HR Muslim~

8.Cahaya rumahtangga
Hendaklah kamu beri Nur (cahaya) rumahtanggamu dengan solat dan membaca Al Quran ~HR Baihaqi~

9.Dicemburui di akhirat
Ada dua golongan manusia yang sungguh-sungguh dicemburui kepadanya,iaitu orang yang diberi oleh Allah kitab suci Al Quran ini,dibacanya siang malam dan orang yang dianugerahi Allah kekayaan harta siang dan malam kekayaan itu digunakan untuk segala sesuatu yang diredhai Allah ~HR Al Bukhari~

Seharusnya kita mahu dan mampu mengusahakan untuk istiqomah mendampingi,membaca,memahami serta mentaati isi kandungan Al Quran yang menjadi mukjizat tanpa ada yang mampu menewaskannya.

Friday, 16 November 2012

Ummi Aminah


Memiliki ribuan jamaah dan jadwal ceramah yang padat menjadi adegan pembuka dalam film 'Ummi Aminah'. Ummi Aminah (Nani Widjaya) adalah sosok ustadzah yang dicintai oleh jamaahnya. Dia merupakan ibu tujuh anak dari dua pernikahan yang berbeda.

Ummi Aminah tinggal bersama suami keduanya, Abah (Rasyid Karim) dan beberapa anaknya. Anak pertama Ummi, Umar (Gatot Brajamusti) tinggal dengan istrinya Risma (Yessy Gusman) dan anak mereka di rumah yang mewah. Keluarga Umar memang serba berkecukupan. Sayangnya, Risma adalah menantu yang sinis. Dia digambarkan tak punya hubungan yang harmonis dengan keluarga Ummi.

Sementara anak kedua Ummi, Aisyah (Cahya Kamila) tinggal bersama keluarga kecilnya di rumah yang sederhana. Dari suami keduanya, Ummi Aminah memiliki lima orang anak, yaitu Zarika (Paramitha Rusadi), Zainal (Ali Zainal), Zubaidah (Genta Windi), Zidan (Ruben Onsu) dan Ziah (Zee Zee Shahab).

Tujuh anak tersebut tentunya punya permasalahan masing-masing. Dan di sinilah letak cerita film 'Ummi Aminah'. Zarika digambarkan sebagai wanita karier yang sudah matang, sayangnya dia belum memiliki pendamping. Zarika justru terjebak dengan seorang pria beristri, yang tak lain adalah bawahannya di kantor. Gosip meruak, namanya jadi perbincangan dalam jejaring sosial, tentu saja Ummi Aminah ikut-ikutan terseret dalam rumor tersebut.

Pekerjaan Zainal sehari-hari adalah mengantar kemanapun Ummi-nya pergi. Ya, dia bak sopir pribadi bagi ibunya tercinta. Sang istri, Rini (Revalina S. Temat)  sedang mengandung anak keduanya dan Zainal berusaha mencari pekerjaan tambahan.

Zubaidah yang masih lontang-lantung sibuk mengharap cinta dari tetangga sebelah. Dia iri hati melihat adik bungsunya, Ziah, yang dipercaya menjadi pembantu Ummi, sementara dirinya masih saja menganggur. Sedangkan Zidan, dia merasa sedih karena abahnya seolah tak pernah mengakui keberadaannya. Abah tak suka melihat Zidan yang bekerja di salon.

Konflik demi konflik muncul secara teratur dalam film besutan Aditya Gumay ini. Abah yang tertipu jual-beli tanah, Zarika yang terjebak cinta terlarang dan Zainal yang ditangkap Polisi gara-gara transaksi narkoba membuat Ummi merasa kalut dan sedih. Nama baiknya tercemar. Jamaah setianya satu demi satu pergi, tawaran mengisi ceramah juga semakin sedikit. Saking malunya, Ummi memutuskan untuk mundur dari dunia ceramah.

DVDRip~Matroska~416.97MB
RapidShare


Tuesday, 6 November 2012

Dua situasi

BHarian Online

Sepatutnya pihak berwajib perlu juga memantau iklan-iklan yang tidak sepatutnya seperti contoh diatas..UFX MARKETS



Thursday, 1 November 2012

Pelaburan

Kosmo
Utusan

Asas pelaburan yang sebenar adalah dengan memiliki harta yang sebenar dalam bentuk fizikal yang boleh di sentuh dan dijaga sendiri bukan yang hanya tertera dalam buku atau maya..



Tuesday, 16 October 2012

Tiada tawa dari Rasulullah dan para sahabat?

~ Suatu hari,tiba satu kabilah dari luar Madinah yang membawa buah-buahan yang tiada di Madinah dan berharga mahal.Nu’ayman Ibnu Amr RA meminta izin dari penjual buah untuk mengambil buah-buahan
 dan akan membayarnya kemudian.Selepas itu Nu’ayman terus menghadap Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan memberikan kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebagai hadiah.Rasulullah صلى الله عليه وسلم menikmati buah-buahan yang beliau bawa tadi dengan enaknya.Penjual buah tadi telah mencari Nu’ayman untuk menuntut bayaran bagi buahan-buahan yang Nu’ayman ambil awal tadi.





Nu’ayman Ibnu Amr RA berkata ‘aku tidak menjamahnya,Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang memakanya jadi mintalah bayaran dari orang yang memakanya.Rasulullah صلى الله عليه وسلم terkejut penjual buah itu datang menemuinya dan meminta bayaran bagi buah yang dimakanya.Rasulullah صلى الله عليه وسلم memberitahu yang buah-buahan itu diberi kepadanya sebagai hadiah oleh Nu’ayman.Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم memanggil Nu’ayman Ibnu Amr RA dan berkata ‘Ya Nu’ayman, bukankah kamu katakana ini adalah hadiah darimu?

Nu’ayman Ibnu Amr RA menjawab yang beliau mahu Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjadi orang pertama merasa buaha-buahan itu dan beliau merasakan yang Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah yang paling layak merasainya kerana ia adalah buah-buahan yang tidak ditemui di Madinah.Dan beliau juga tidak mempunyai wang jadi Rasulullah صلى الله عليه وسلم bayarlah kepada penjual itu.Rasulullah صلى الله عليه وسلم tersenyum tawa mendengar kata-kata Nu’ayman dan membayarnya.

~ Seorang tamu Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengikat untanya dihadapan rumah Rasulullah صلى الله عليه وسلم.Para sahabat yang kenal benar sikap Nu’ayman Ibnu Amr RA memberitahu beliau tentang unta tamu Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu. Nu’ayman Ibnu Amr RA kemudian mengambil unta itu dan menyembelihnya.

Bila tamu Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar didapati untanya sudah tiada,Rasulullah صلى الله عليه وسلم bertanyakan kepada para sahabat dan mereka memberitahu Nu’ayman telah menyembelihnya dan beliau sedang menyorok di dalam parit sambil ditutupi pasir.Rasulullah صلى الله عليه وسلم pergi mendapatkan Nu’ayman serta membersihkannya sambil tertawa dan kemudian membayar tuan punya unta sejumlah bayaran

~ Suatu hari Nu’ayman Ibnu Amr RA & Suwaib Bin Haramalah RA diamanahkan oleh Abu Bakar As Siddiq RA untuk menjaga makanan.Kerana Nu’ayman berasa lapar beliau meminta izin dari Suwaib Bin Haramalah RA untuk mengambil sedikit makanan tetapi tidak dihiraukan membuatkan Nu’ayman kecewa.

Nu’ayman Ibnu Amr RA bertemu sekumpulan lelaki berdekatan situ dan berkata ‘aku ada seorang hamba untuk dijual tetapi beliau ini bijak dan akan mengatakan dia seorang merdeka bila kamu mahu mengambilnya’.Kumpulan lelaki bersetuju membeli dengan harga hanya 10 dirham harga yang Nu’ayman Ibnu Amr RA tetapkan.

Kumpulan lelaki tadi pun menangkap Suwaib Bin Haramalah RA yang menyebabkan beliau menjerit ‘aku merdeka dan bukan hamba’ namun tidak diendahkan kerana mereka telah di pesan oleh Nu’ayman tentang perkara itu.Nu’ayman Ibnu Amr RA yang melihat kejadian itu hanya mendiamkan diri.Bila Abu Bakar As Siddiq RA kembali ditanyakan apa yang terjadi dan Nu’ayman pun menceritakan dan terus Abu Bakar As Siddiq RA membebeaskan Suwaib Bin Haramalah RA dengan menebusnya kembali.

Apabila mereka pulang dan menceritakan kisah ini Rasulullah صلى الله عليه وسلم tertawa dan diriwayatkan juga Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan para sahabat akan tertawa pada tahun itu apabila di peringatkan tentang peristiwa Suwaib ini.

Personaliti Nu’ayman Ibnu Amr RA ini berterusan sehingalah zaman Khalifah Uthaman Ibnu Affan RA.Dan menurut sumber lain,apabila berlaku fitnah di zaman pemerintahan Khalifah Ali Abi Thalib RA,beliau tidak lagi ketawa dan berjenaka.

Nu’ayman Ibnu Amr RA juga menyertai perang besar seperti Badar dan Khandak walaupun berpersonaliti sebegini.Kehadiran personaliti seperti Nu’ayman Ibnu Amr RA dalam sejarah Islam menunjukkan Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan para sahabat juga berjenaka dan tertawa apabila diusik dengan meraikanya.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم, bersabda “Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!” HR Abu Daud
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...