Tuesday, 26 April 2011

RM667,000 dimakan anai-anai

LUCKNOW: Anai-anai memusnahkan wang kertas bernilai lebih RM667,000 yang disimpan dalam sebuah peti besi bank, kata polis India, semalam.



Pegawai polis Barabanki berkata, kemusnahan itu dikesan pengurus bank terbabit yang membuka peti simpanan berkenaan selepas ia terbiar di sebuah bangunan lama.

Katanya, polis masih menyiasat bagaimana anai-anai boleh masuk dan memusnahkan wang kertas berkenaan.
“Wang itu disimpan di peti besi berkenaan pada Januari lalu,” katanya.

Sebelum ini, banyak perabot dan dokumen bank berkenaan pernah musnah diserang anai-anai.

Polis terbabit berkata, pegawai bank berkenaan disiasat kerana kesalahan cuai.
Barabanki adalah bandar terletak 30 kilometer di barat daya Lucknow. - AP

Sumber - Hmetro





Admin - Adakah masih ada nilai pada wang kertas yang koyak dimakan anai-anai?
Bagaimana pula wang emas Dinar yang dipatahkan dua..adakah masih punya nilai?
Mari kita renungkan...
Emas & Perak..Khazanah Untuk Ummah

Saturday, 23 April 2011

Emas mencecah $1,500 per ouns

Weak dollar sends gold and silver prices soaring to record highs

Spot gold tops $1,500 an ounce fuelled by uncertainty in the US and global debt levels

The price of spot gold hit a record again with prices above $1,500 an ounce on the back of a weak dollar and concerns over rising global inflation and debt Spot gold surged to a record high in thin Good Friday trading held up by a weak dollar and factors ranging from global political uncertainty to inflation concerns.

Silver also raced to its loftiest in 31 years, notching the milestone for a seventh straight day and outstripping gold's weekly gains by a huge margin.

The ongoing eurozone sovereign debt crisis, unrest in the Middle East and north Africa, rising global inflation, and recent worries over the fiscal stability of the United States have fuelled the record-breaking rally in these precious metals.

Spot gold rose to an record of $1,512.50 (£915.84) an ounce, before easing to $1,507.69, on track for a weekly rise of 1.5% – its sixth consecutive week of gains.

Spot silver hit $46.69 an ounce, its highest since 1980, on course for a weekly rise of 8.4%s.
Silver has gained 51% so far this year, and gold 6%. This compares with a corresponding 1% rise in the London Metal Exchange price of copper, the barometer of the industrial metals complex.

Supporting precious metals, the dollar was languishing near a three-year low against a basket of currencies, pressured by record low interest rates and the weight of the US budget deficit.

Gold is expected to retain its strength as long as the current conditions continue and the dollar remains weak. Analysts predict the price of bullion is seen to rise to $1,700 an ounce by 2015.

Customers buy gold jewellery in Hefei, east China. Gold prices topped $1,500 this week for the first time on the back of rising global inflation and debt levels

However, traders believe a correction may be on the horizon after gold's rapid ascent.
"Gold is likely to consolidate around the $1,500-level next week," said Li Ning, an analyst at Shanghai CIFCO Futures. "The angle of the recent rally is very sharp, and we are bound to see some correction in the near term."

Sumber - Guardian.co.uk

Admin - normal kenaikan harga emas secara purata sekitar 20% keatas untuk setahun....ketika ini April 2011 kenaikan harga emas telah mencecah 6%...jadi ada lagi sekitar 10% lebih untuk mencapai kenaikan normal tahunan...jadi beli dan simpanlah emas sebagai sumber aset yang kalis pada inflasi wang kertas..agar nilai wang kita tidak dicuri secara senyap untuk jangka masa panjang...untuk keterangan lanjut berkenaan info serta belian emas terokai lagi nuremas27...macam-macam tersedia..

Friday, 22 April 2011

Mengapa saya menyimpan emas?



اَلسَّلاَمُ ع.لَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Sedikit ruang masa yang ada nie entah kenapa teringin nak berkongsi mengapa saya mahu menyimpan emas dan perak kepada pengunjung nuremas...sesuatu yang saya tak pernah terlintas nak memulakan hasrat yang sekian lama saya tahu apa itu emas dan perak tapi kerana kurangnya pengetahuan dan faedah disebalik logam yang bernilai tinggi khazanah dariNya baru kini saya berada dalam dunia yang membicarakan soal emas dan perak dari pelbagai segi dan sudut...
  • Sebab utama saya amat yakin untuk berada dalam dunia emas dan perak ini adalah berdasarkan firman Allah

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ كَثِيرًا مِنَ الْأَحْبَارِ وَالرُّهْبَانِ لَيَأْكُلُونَ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلَا يُنْفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

يَوْمَ يُحْمَى عَلَيْهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكْوَى بِهَا جِبَاهُهُمْ وَجُنُوبُهُمْ وَظُهُورُهُمْ هَذَا مَا كَنَزْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ فَذُوقُوا مَا كُنْتُمْ تَكْنِزُونَ

(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam Neraka Jahannam, lalu diselar dengannya dahi mereka dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.
Surah At-Taubah ayat 34 – 35

  • Cukup Nisab

    Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.
  • Cukup Haul

    Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.


    خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

    “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” –  Surah At-Taubah (ayat 103)
         
Terdetik dihati persoalan mengapa Allah mewajibkan hambanya untuk menegeluarkan zakat pada emas dan perak?apakah tujuan Allah mewajibkan arahan ini?dari situlah kajian,bacaan dan info berkenaan 2 jenis logam ini bermula dan hasilnya rumusan yang saya buat dari apa yang saya kaji hanya dalam masa 1 hari saja ini saya memutuskan untuk menceburkan diri dalam perkara penyimpanan emas dan perak..bukan lagi penyimpanan wang kertas,saham amanah dan sebagainya..berdasarkan keyakinan yang berasaskan jaminan Allah atas kewajipan mengeluarkan zakat pada barang yang bernilai..itulah emas dan perak..

  • Sesungguhnya betulah janji Allah bahawa hambanya yang kembali padaNya pasti akan mendapat ganjaraNya.Hidup yang tidak berlandaskan syariatNya tidak akan mendapat nur dariNya.Nilai wang kertas ciptaan manusia yang dipelopori yahudi musuh Islam ini membuatkan saya mendapat pencerahan dan celik kebaikan dan faedah apa yang Allah janjikan yang ada pada nilai emas dan perak yang Dia wajibkan untuk dikeluarkan zakat bila cukup haul dan syarat-syaratnya.
  • Lagi lama kita menyimpan asset kita dalam bentuk wang kertas lagi susut lah nilainya wang kita itu,berbeza dengan lagi lama kita menyimpan emas dan perak lagi tinggilah nilai keduanya itu.Boleh diperhatikan melalui graf emas dibawah ini.
Harga emas dari April 2001-April 2011
  • Hidup kita sejak dahulu,kelmarin,semalam,hari ini,esok,lusa seterusnya bulan hadapan atau 3 tahun lagi dan seterusnya tidak pernah sunyi dari inflasi,justeru adakah wajar untuk kita pelik harga sepotong kueh ketika tahun 1990 berharga 10sen kini ditahun 2011 sepotong kueh itu berharga 40sen?inilah yang disebut inflasi dalam ertikata bahasa mudahnya..wang kertas ditangan kita semakin susut nilainya,barang yang mampu kita beli 20 tahun dulu tak sama nilainya kini,bagaimana pula 10 tahun yang mendatang nanti?Inilah kelemahan wang kertas ciptaan manusia yang dipelopori musuh Islam itulah yahudi..Jadi inilah natijahnya kini mengapa saya menyimpan emas dan perak sebagai satu bentuk aset yang mampu menghalang saya dari terus muflis dan miskin dek kerana nilai wang kertas ditangan kita dicuri secara senyap..
Rasulullah SAW bersabda;

"Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka".
(Hadis riwayat Abu Hurairah)


Inilah dahulu buat masa ini,ada masa kita boleh berkongsi lagi maklumat dan pengetahuan..moga kita sejahtera dalam rahmatNya..
Emas & Perak Khazanah Untuk Ummah

Thursday, 21 April 2011

Islam Dan Sistem Kewangan Antarabangsa

Islam Dan Sistem Kewangan Antarabangsa

Sheikh Imran Nazar Hosein

 Bahagian 1


Bahagian 2

Bahagian 3

Bahagian 4

Bahagian 5

Bahagian 6

Bahagian 7

Bahagian 8

Bahagian 9

Bahagian 10

Bahagian 11

Bahagian 12

Admin - Khazanah ini kembali untuk kebangkitan ekonomi ummah..Moga manfaatnya dapat kita kongsi bersama..

Friday, 15 April 2011

DnD Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam



Saturday, April 16 · 9:30am - 11:30am
 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Agenda:
8:30- 9:30 pagi - Berkumpul & Taklimat di perkarangan Masjid SSAAS.
9:30- 11:30 pagi - Bertemu Peniaga: Sesi" P&P" Dnd
11:30 pagi - Bersurai/ Sesi Muamalah Dnd.

Objektif:
(a) Sebarkan maklumat Dnd kepada peniaga di Masjid SSAAS.
(b) Dapatkan persetujuan peniaga agar sudi terima Dnd.
(c) Terus bermuamalah dengan peniaga Dnd.

Apa yang perlu dibawa?
Hati yang terbuka & Jiwa yang Merdeka.

Temui Hotmama Enterprise disana.... 

Thursday, 14 April 2011

Lonjakan harga emas



LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).
Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.

"Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.

Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.

"Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.

"Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk.

Muka Hadapan Kosmo 14 April 2011


Sumber-Kosmo Online

Admin-Meh kita ramai-ramai simpan emas,meh kita keluarkan zakat,meh kita cari RedhaNya...

Tuesday, 12 April 2011

Apa itu Seigniorage?

Apa itu Seigniorage?

Mungkin ramai yang tidak faham, atau belum faham.

 Walaupun Seigniorage bukan membawa maksud 'Cukai Inflasi' secara langsung, akan tetapi dalam konteks sistem kewangan masa kini, boleh diibaratkan sebagai satu bentuk cukai.
...
Apabila Ali mendepositkan 100 gram emas di dalam bank, dan dia boleh menebus emasnya itu pada kuantiti emas yang sama, maka tidak berlaku seigniorage.

 Lupakan contoh di atas kerana di bank , anda hanya boleh mendepositkan kertas.

Dalam sistem kewangan masa kini yang dikawal oleh bank negara, kita tidak boleh menebus setiap ringgit yang kita ada, dengan emas. Kenapa ya? Orang BNM lah yang boleh jawap.

Kertas ringgit dalam kitaran dan kertas yang deposit bertambah dari masa ke semasa.

Pada tahun 1982, menurut laporan Bank Negara Malaysia, kertas ringgit dalam kitaran dan dideposit, jumlahnya tidak sampai RM 13 billion. Hari ini ianya sudah melebihi 200 bilion.

Peningkatan 16 kali ganda.

Mana datangnya duit itu?

Nilai kertas yang mewakilkan emas akan turun kalau kertas itu banyak.

Rizab emas BNM telah merosot daripada 72 tan kepada 36 tan, akan tetapi kertas yang mewakilinya bertambah.

 Inflasi boleh ditakrif menggunakan 2 cara.
1 cara, ialah kira ikut harga barang, itu yang digembar gemburkan supaya ianya kelihatan sedikit.

 Satu cara lagi, ialah mengira berapa kadar kertas itu dikembangkan.
Kertas Ringgit dikembangkan berapa peratus tahun ini
Kertas pound dikembangkan berapa peratus tahun ini.

 Dalam kaedah ke dua, peratusannya lebih tinggi daripada kaedah pertama.

 Kaedah pertama, kira ikut harga barang, kadar inflasinya boleh disembunyikan dengan mengawal harga yang dikira itu. Bukan sahaja dikawal, malah subsidi diberikan untuk merendahkannya supaya inflasi pengembangan bekalan wang disembunyikan.

Inflasi pengembangan bekalan wang itu tetap ada, walaupun ianya disembunyikan.
Lambat laun ianya tidak boleh disembunyikan lagi, lihat sahaja harga gula, dan minyak.

Kembali kepada persoalan cukai inflasi seigniorage.

Daripada penerangan di atas, menunjukkan walaupun pengembangan wang, tidak mengakibatkan kesan inflasi serta merta.

Apabila Najib mengumumkan belanjawan tambahan 60 billion daripada angin. 60 bilion dicipta untuk digunakan.
Namun kesan inflasi itu bukan berlaku serta merta pada hari ianya dibentangkan.

Bila kesannya akan bertindakbalas? belum lagi.

60 billion itu boleh digunakan oleh kerajaan secara hutang.
Hutang kepada siapa 60 bilion itu?
Akan diterangkan selepas ini.

 Daripada belanjawan 2010, telah menunjukkan bahawa hutang kerajaan persekutuan adalah RM362.5 bilion.

Hutang Kerajaan Persekutuan dijangka bertambah 18.3 peratus kepada RM362.5 bilion pada akhir 2009 (akhir 2008: 14.9 peratus: RM306.4 bilion) terutamanya disebabkan peningkatan pinjaman dalam negeri untuk memenuhi keperluan pembiayaan.

 Hutang kepada siapa hutang itu?
 Sejak kecil kita diajar bahawa, kalau berhutang, maka perlu dibayar, akan tetapi dalam sistem ekonomi sebegini, ianya adalah hutang yang tidak dibayar.

 Ianya hanya mengakibatkan penurunan nilai kepada kertas ringgit pada masa akan datang, Akan tetapi duit itu telah digunakan dahulu pada nilaian semasa.

Hampir setiap tahun belanjawan defisit, maka defisit itu akan membentuk jumlah hutang persekutuan di atas.

Kerajaan hari ini membelanjakan wang lebih daripada sepatutnya, tak perlu dibayar kerana ianya automatik akan merendahkan nilai ringgit yang digunakan semua orang pada masa akan datang.
Ahmad menyimpan RM 2500 hari ini untuk membeli lembu untuk kahwinkan anaknya. Akan tetapi disebabkan anaknya itu tidak kacak seperti Ali Rustam, maka dia berkahwin 10 tahun daripada sekarang. Pada ketika itu harga lembu pula RM 3500. Ali perlu membayar tambahan RM 1000 . RM 1000 tambahan yang dibayar itu adalah cukai inflasi. Dimana ianya telah diambil awal-awal oleh kerajaan.

Seandainya Ahmad, menyimpan nilai RM 2500 dlam bentuk emas untuk membeli lembu, maka apabila dia hendak membeli lembu 10 tahun daripada sekarang, maka emas itu cukup untuk membeli lembu. Ahmad terlepas daripada membayar cukai inflasi.

Itulah fungsi emas yang sebenar, iaitu menyimpan nilai, dan juga melindungi daripada Seigniorage cukai inflasi.

Maka hasil titik peluh bekerja perlu disimpan dalam bentuk emas supaya tidak dicukai dalam bentuk seigniorage oleh kerajaan.

Kredit ~ Hasbullah Pit

Monday, 11 April 2011

Emas~Gold~الذهب

اَلسَّلاَمُ ع.لَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sebagai permulaan mari kita sama-sama hayati input yang amat berharga dari Dr. Daniel Zainal Abidin

video

Sungguh amat besarnya dosa riba sehingga Rasulullah SAW mengingatkan umatnya bahawa,

“Riba itu memiliki 73 pintu. Yang paling ringan (dosanya) adalah seperti seseorang yang berzina dengan ibunya sendiri” [HR al-Hakim dan al-Baihaqi].

Abu Hurairah ra. menuturkan bahawa Nabi SAW bersabda,

“Riba itu (ada) 70 dosa. Yang paling ringan adalah (seperti) seorang lelaki yang menikahi (menzinai) ibunya sendiri” [HR Ibn Majah, al-Baihaqi, Ibn Abi Syaibah & Ibn Abi Dunya].

Di dalam riwayat lainnya ada dinyatakan 70, 72 dan 63 di mana kesemuanya menunjukkan bahawa riba itu banyak jenisnya dan tingkat dosanya. Namun dosa yang paling ringan dari kesemua jenis riba adalah umpama seseorang itu berzina dengan ibunya sendiri, na’uzubillah min zalik. Bahkan Abdullah bin Hanzhalah menuturkan, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda,

“Satu dirham riba yang dimakan oleh seorang lelaki, sementara ia tahu, lebih berat (dosanya) daripada berzina dengan 36 orang pelacur” [HR Ahmad & at-Thabrani].

Ibn Abbas juga menuturkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda,

“Satu dirham riba (dosanya) kepada Allah lebih berat daripada 36 kali berzina dengan pelacur’ (Ibn Abbas seterusnya berkata) dan baginda bersabda, ‘Siapa saja yang dagingnya tumbuh dari (hasil) yang haram maka neraka lebih layak untuknya” [HR al-Baihaqi & at-Thabrani].
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...