Monday, 30 May 2011

Ada & Tiada

Bank Negara Malaysia akan Mengeluarkan Wang Kertas dan Duit Syiling Siri Baharu

Bank Negara Malaysia mengumumkan bahawa reka bentuk siri baharu wang kertas dan duit syiling Malaysia akan berada dalam edaran pada awal tahun 2012. Ini merupakan satu usaha yang diambil secara berkala dalam tempoh dua belas tahun. Tema reka bentuk mata wang siri baharu ini akan mengandungi ciri yang khusus bagi Malaysia dan juga mempunyai ciri keselamatan yang lebih canggih sejajar dengan kemajuan teknologi wang kertas mutakhir ini.

Reka bentuk wang kertas siri keempat yang baharu ini adalah untuk wang kertas dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100. Reka bentuk terkini wang kertas RM50 yang telah pun berada dalam edaran sejak bulan Disember 2007 bagi memperingati Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia akan terus dikekalkan dalam edaran. Sementara itu, duit syiling yang mempunyai reka bentuk baharu ini merupakan siri yang ketiga bagi denominasi 5 sen, 10 sen, 20sen dan 50 sen. Siri baharu wang kertas dan duit syiling ini akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada sehingga siri tersebut dikeluarkan secara beransur-ansur daripada edaran.

Dalam membuat persediaan untuk mengeluarkan siri baharu mata wang ini, Bank Negara Malaysia akan bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, perusahaan perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai bagi memastikan peralihan kepada siri baharu ini berjalan lancar. Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memastikan orang ramai dapat menggunakan mata wang baharu ini dengan mudah.

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang siri baharu mata wang ini, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling peringatan untuk siri ketiga dan mempamerkan reka bentuk wang kertas siri keempat yang baharu pada suku ketiga tahun 2011.

Bank Negara Malaysia
23 Mei 2011 

Berita gembira untuk yang suka menyimpan koleksi wang kertas..
tetapi alangkah ruginya pada sesiapa yang bukan memiliki hobi menyimpan koleksi wang kertas tetapi masih memiliki dalam tangan kertas-kertas seperti gambar dibawah...
RM10 kini yang bakal ada peganti..
RM1 kini yang bakal ada peganti


Sesipa yang memiliki wang kertas seperti gambar diatas..adakah ia masih sah untuk diperlakukan?



Adakah wajar nilai matawang itu ADA & TIADA pada sekeping kertas yang boleh diubah mengikut predaran zaman?..
mari kita renung-renungkan...






Sunday, 8 May 2011

Takrif Riba

Ust Rafidi Hashim

Bagaimana nak diajar takrif riba sebenar jika pihak selamik bank memutar belitkan maksud hadis utk menghallalkan business memberi hutang mereka, cuba baca helah riba ini oleh UZAR : Tidakkan proses yang dilakukan oleh Bank itu sebenarnya helah untuk mengelak riba? ( 2 jualbeli dlm satu yg menjerumus kedalam riba)

UZAR
...
Samada helah atau tidak, ia adalah cara yang mampu dilakukan ketika ini bagi memastikan setiap aqad, hak milik, ‘dhoman' terhadap asset telah dipenuhi dalam setiap transaksi. Perlu difahami bahawa tidak semua helah mengelak Riba itu haram.

Malah ternyata dalam hadith bagaimana Nabi SAW sendiri pernah mengajar melakukan teknik helah ini bagi memperkemaskan aqad bagi menukar transaksi dari haram kepada halal. Imam al-Bukhari juga menamakan bab yang mengandungi hadith ini sebagai " KITAB al-Hilah". Sebagai contoh, hadih

وَعَنْ أبي هُرَيْرَةَ رضي الله عنهما أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ اسْتَعْمَلَ رَجُلًا على خَيْبَرَ فَجَاءَهُ بِتَمْرٍ جَنِيبٍ فقال رسول اللَّهِ أَكُلُّ تَمْرِ خَيْبَرَ هَكَذَا قال لَا والله يا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا لَنَأْخُذُ الصَّاعَ من هذا بِالصَّاعَيْنِ وَالصَّاعَيْنِ بِالثَّلَاثَةِ فقال رسول اللَّهِ لَا تَفْعَلْ بِعْ الْجَمْعَ بِالدَّرَاهِمِ ثُمَّ ابْتَعْ بِالدَّرَاهِمِ جَنِيبًا
Ertinya : Dari Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah SAW mengupah seseorang semasa di Khaybar, maka dia datang sambil membawa Tamar Janib, lalu Nabi bertanya : Adakah semua tamar dari Khaibar sebegini?, jawab lelaki itu : Tidak, sesungguhnya kami mengambil (menukar) satu sa' ( 3 kilogram) dari tamar kami dengan mengambil 2 sa' ( 6 KG ) tamar yang elok, dan kami juga menukar 2 sa' ( 6 kg ) tamar ini dengan 3 sa' ( 12 kg) . Nabi bersabda : JANGAN KAMU LAKUKAN ITU ( kerana ia Riba al-Fadhl), dan juallah terlebih dulu (tamar yang kamu miliki itu dan dapatkan dirham) dan kemudian (dengan dirham itu), belilah tamar janib itu." ( Riwayat Al-Bukhari, no 4001, 4/1550)

Lihat bagaimana Rasulullah mengajar untuk berhelah, kerana apabila tamar ditukar dengan tamar, Nabi SAW sebelum ini telah mensyaratkannya agar dibuat dalam satu masa dan sama timbangan bagi mengelakkan riba al-fadhl dan riba an-Nasiah. Ini bermakna tindakan lelaki tadi yang menukar 3 kkg tamar dengan 6 kg tamar yang berlainan jenis adalah haram dan riba. Bagi elakkan riba itu, Nabi saw mengarahkan agar menjual tamar yang dimiliki terlebih dulu, kemudian apabila telah mendapat duit bayaran barulah membeli tamar yang berlainan jenis yang dikehendaki tadi. Dengan demikian ia terselamat dari riba walaupun ‘end result' dari transaksi tadi adalah sama.

Sumber - www.zaharuddin.net


Ust Rafidi Hashim 

HUTANG maknanya pada syarak memilikkan sesuatu benda kepada seseorang dengan syarat dikembalikan balik seumpamanya. Maksudnya di sini ialah memberi hutang kepada orang samada hutang duit atau hutang barang, dalam bahasa melayu biasanya hutang itu digunakan pada duit atau wang, dan pada barang disebut pinjam a’la kulli hal kedua-duanya masuk dalam bab ini. (kitab Jawi - Idaman Penuntut - Bab Muamalat)

Iqradl/ menghutangi – memberikan milik sesuatu kepada orang lain dengan pengembalian yang sama- adalah Sunnah, kerana mengandungi unsur menolong menghilangkan kesulitan; ini termasuk sunnah-sunnah yang muakkad berdasarkan beberapa hadis yang telah di kenal. ( Kitab Fatul Muin - Mazhab Shafei)



Seperti misalnya hadis riwayat Muslim “Barangsiapa membantu melonggarkan satu di antara beberapa kesulitan duniawi temannya, maka Allah akan melonggarkan satu dari beberapa kesulitannya di hari kiamat, dan Allah adalah menolong hamba-Nya selagi hamba itu mahu menolong temannya.”

Harus bagi pemiutang menggunakan, manfaat yang diberikan oleh yang berhutang seperti bayar balik dengan lebih pada bilangan atau pada sifatnya seperti lebih molek daripada barang yang dipinjam dengan tiada disyaratkan pada masa berakad waktu meminjam kerana sabda Nabi s.a.w ertinya: orang yang baik-baik daripada kamu ialah orang yang lebih elok membayar hutang. Ini disebut sebagai alqardul hassan.

Adapun hutang dengan syarat dalam akad ada faedah untuk piutang hukumnya akad itu fasid dan jadi riba.Termasuk dalam riba al fadhli atau riba al qardi.

Ada pun yang menjalankan riba hutang ini ketika zaman Rasullulah saw ialah orang Yahudi. Allah menyebut dalam Al Quran merujuk kepada orang Yahudi. (Surah An Nisa: 160-161)

" Maka disebabkan kezaliman orang-orang Yahudi, kami haramkan atas (memakan makanan) yang baik-baik (yang dahulunya) dihalalkan bagi mereka, dan Karena mereka banyak menghalangi (manusia) dari jalan Allah "

" Dan disebabkan mereka memakan riba, padahal Sesungguhnya mereka Telah dilarang daripadanya, dan Karena mereka memakan harta benda orang dengan jalan yang batil. kami Telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir di antara mereka itu siksa yang pedih."

Perniagaan memberi hutang untuk mendapatkan keuntungan dilarang keras oleh Allah swt.

Bagaimana pulak mereka yang berselindung atas nama jualbeli untuk menjalankan perniagaan hutang ?

Bank Islam dikatakan tidak menyediakan pinjaman tetapi pembiayaan.

Mereka menggunakan kaedah 2 jualbeli dalam satu jual beli untuk menghalalkan perniagaan hutang mereka.

Dialam Kitab Al Muwatta' Imam Malik menyebut "

Bersumber dari Malik, sesungguhnya dia mendengar bahawa Rasulullah s.a.w melarang melakukan dua jual beli kali sekaligus.

Bersumber dari Malik, sesungguhnya dia mendengar bahawa ada seorang lelaki berkata kepada orang lain: “belilah kepadaku unta ini dengan tunai lalu aku akan membelinya dari kamu dengan jangka waktu tertentu. Ketika hal itu ditanyakan kepada Abdullah bin Umar, dia tidak suka dan melarangnya.

Apa bezanya dengan belilah rumah ini tunai lalu akau akan belinya dari kamu dengan jangka waktu tertentu. Harga tunai lain dan harga hutang berlainan.

Ada tiga pihak terlibat disini secara serentak, penjual unta atau rumah, orang yang nak berhutang dan pemberi hutang. Ada dua aqad berlainan yang terlibat disitu.

Imam Malik mengatakan: “Seseorang yang membeli suatu barang dari orang lain dengan harga 10 dinar secara tunai, atau dengan 15 dinar dengan jangka waktu, maka si pembeli tadi harus memilih salah satu dari dua harga: sesungguhnya hal itu tidak boleh, oleh kerana kalau dia mengakhirkan yang 10, maka yang jadi adalah 15 dengan jangka waktu. Tetapi kalau dia membayar 10 secara tunai, maka seakan-akan dia membeli barang tersebut dengan harga 15 dengan jangka waktu.”

Perniagaan melibatkan risiko, sedangkan riba menyerapkan risiko hanya kepada yang berhutang. Jika Bank Islam menjadi kontraktor menjual rumah yang mereka bangunkan sendiri, tiada masalah inilah adalah perniagaan tetapi jika mereka hanya memberi pembiayaan semata mata, ini adalah BUSSINESS HUTANG seperti orang Yahudi yang dilarang oleh Alllah swt. Wallahu alam

Sumber Doc - Ust Rafidi

Admin - moga kita peroleh pencerahan...

Saturday, 7 May 2011

Dimana Israel?


Admin - adakah menyimpan wang kertas lebih menguntungkan..atau menyimpan emas jauh lebih baik?
              Dimana Israel?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...