Thursday, 30 June 2011

Riba..Anda Tahu?

Berhati – hati dengan takrif riba oleh kitab kitab muamalat moden( 100 tahun kebelankangan ini) mereka mengambil penafsiran dari Muhammad Abduh dan Rashid Rida. ( Mereka ini disebut sebagai mujadid oleh gerakan Islam – oleh itu tidak hairan... pendokong gerakan Islam sendiri adalah pendokong kuat Perbankan Islam)

Mengikut kitab lama (lebih dari seratus tahun)

Riba berlaku pada asasnya atas dua sebab : Pada emas, perak dan makanan.

berdasarkan hadis Nabi s.a.w :
" Janganlah kamu menjual emas dengan emas, perak dengan perak, sya'ir dengan sya'ir, kurma dengan kurma, garam dengan garam kecuali sama besar(sawaan bi sawain) , barang dengan barang (ai’nan bi ai’nin), tangan dengan tangan (kesegeraan). Apabila pertukaran melibatkan jenis yang berlainan, lakukanlah ,asalkan serah terima tangan ke tangan (qabadh - kesegeraan)."

Pertama: Pada Jual beli mesti sama banyak atau sama berat barang yang dijual dengan barang yang jadi harganya. Maka jika tidak sama banyak dinamakan riba al-fadli (berlebihan). Termasuk dalam riba ini: memberi hutang dengan ada faedah untuk piutang. Juga disebut sebagai riba al qard.

Kedua : Jual beli mesti tunai yakni tidak boleh tangguh, mesti memberi dan menerima pada majlis aqad ( taqabudh fil majlis ) . Maka jika berlaku penangguhan maka jadi riba an nasi’ah (tangguh). Juga disebut riba al yad.

Ulamak moden sekarang yg. datang dari aliran Abduh dan Rida menterbalikkan makna riba. Riba al fadli dikatakan tangguh dan riba an nasi’ah dikatakan lebihan. Sila lihat dibawah :

Tokoh yang pertama kali memperbaharui pengertian riba adalah Muhammad Abduh ketika ia,menjadi Mufti Al Azhar, mengeluarkan fatwa yang menyatakan bahwa ’bunga atas simpaan adalah halal’. Pada 5 Disember 1903 ia menulis: ’Riba sebagaimana telah ditetapkan sama sekali tidak dibolehkan; sedangkan Pejabat Pos melabur wang yang dikumpulkan dari masyarakat, yang tidak diambilnya sebagai hutang atas dasar keperluan, maka dalam pelaburan atas wang sejenis ini dimungkinkan untuk diterapkan keuntungan dalam qirad.’ (Al Manar, vol VI, hal. 717).


Anak muridnya pulak ,Rashid Rida, yang membuat klasifikasi riba ke dalam dua golongan:

(1) riba yang ditetapkan dalam Al Qur’an; dan

(2) riba yang ditetapkan dalam Sunnah.

Rida mengatakan bahwa riba yang ditetapkan Al Qur’an hukumnya tetap haram, dan tidak dapat diubah selamanya. Tetapi riba yang ditetapkan dalam Sunnah, menurut Rida, lebih ringan dan bersifat sekunder, karenanya dapat diterima dalam keadaan darurat. Rida lebih lanjut mengatakan bahwa riba yang dimaksud dalam Al Qur’an adalah yang disebut sebagai ’riba al jahiliyah’, yakni kebiasaan yang terjadi ketika penjual menaikkan harga pada seseorang yang tidak melunasi utang saat jatuh tempo. Rida juga menyamakan riba al jahilyah ini dengan riba an-nasi’ah; dan riba an-nasi’ah hanya ia kaitkan dengan hutang-piutang. Lebih lanjut, Rida mengajarkan bahwa riba an-nasi’ah ini hanya haram kalau berlipat-ganda, atau berganda sifatnya. Ia mengambil kesimpulan bahwa bunga tunggal yang dikenakan oleh bank dibolehkan dan tidak haram hukumnya. Selebihnya, riba yang dilarang dalam Sunnah, menurut Rida, adalah riba yang terkait dengan perdagangan, khususnya barter. Dan ia menyatakan riba dalam perdagangan atau barter ini sebagai riba al-fadl.

Pembaharuan teori tentang riba terus dilanjutkan oleh para ’ekonomi syariah’ pasca-Rida. kedudukan mereka pada dasarnya sama dengan Rida hanya saja mereka menolak pembedaan bunga berganda dan bunga tunggal. Bunga bank, berganda atau pun tunggal, bagi para ekonomi syariah adalah sama, tidak dibenarkan dan haram hukumnya. Tetapi, sama seperti Rida, mereka juga berpendapat bunga dapat dibolehkan atas dasar dalil keterpaksaan (dharurah). Mereka pun menganggap riba al fadl sifatnya sekunder dan hanya terkait dengan barter. Bahkan, sebagian ’ekonomi syariah’ ini ada yang membuat klasifikasi riba yang baru, yang disebut sebagai riba al-duyun yang merujuk pada kontrak yang mengandung unsur penundaan seperti hutang-piutang dan penjualan tertunda; dan riba al bay yang merujuk pada kontrak yang tidak mengandung unsur penundaan, seperti penjualan dan pertukaran.

Dengan klasifikasi yang baru tersebut para ’ekonom syariah’ memaksakan untuk menyebut riba al-fadl sebagai riba yang terjadi dalam perdagangan; dan mengidentifikasikan riba an-nasi’ah sebagai riba al jahiliyah dan yang terkait dengan penambahan nilai dalam hutang-piutang. Jelasnya, persis seperti Rida, mereka membedakan riba menjadi dua: riba hutang-piutang dan riba atas perdagangan, hanya istilah yang dipakai saja yang berbeda dari yang digunakan oleh Rida.

Kesannya takrif riba an nasiah (tangguh) pada wang kertas yg disandarkan pada emas atau perak hilang dari pengajian ekonomi syariah atau perbankan Islam.

Kredit Ust Rafidi Hashim

Sunday, 26 June 2011

Bank

Maksudnya: “…Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik…”; al-Quran: Al-A’raaf:163

Perbuatan ulama hari ini membenarkan riba telah digambarkan dalam surah Al-A’raaf. Kisahnya di mana terdapat suatu kampung Yahudi yang dilarang menangkap ikan di hari Sabtu. Namun di bawah taqdir Allah ikan-ikan itu hanya muncul ke permukaan air laut di hari Sabtu sedangkan di hari-hari lainnya ikan tidak muncul.

Maka apa yang dilakukan warga kampung itu? Mereke meletakkan jala ikan di malam Sabtu. Lalu pada hari Sabtu mereka menyaksikan ikan-ikan tersebut masuk ke dalam jeratan jala yang telah mereka pasang. Kemudian begitu tiba hari ahad mereka gulung jala tadi sebelum ikan-ikan tersebut sempat keluar darinya.

Oleh itu adakah mereka menangkap ikan pada hari Sabtu? Mereka menyatakan larangan Allah ialah menangkap ikan dan mereka hanya mengepung tetapi tidak menangkapnya. Mereka ini cuba mempermainkan Allah swt, maka Allah jadikan mereka monyet dan khinzir. Itulah mereka yang sebenarnya, dan kini siapakah dipermainkan?

Apakah pula pengajarannya kepada sistem perbankan Islam hari ini? Tiada bezanya!! Mereka menyatakan larangan Allah ialah hutang dengan riba, maka mereka berniaga dengan hutang yang bercampur riba (kononnya perniagaan) dan menyatakannya bukan riba. Sistem bank konvensionl dan sistem perbankan Islam adalah sistem yang sama, hakikatnya menjalankan transaksi yang semata-mata untuk memberi hutang dan mendapat keuntungan melalui “tambahan” (riba) dalam perniagaannya memberi hutang.

Perbezaannya sistem perbankan Islam sekadar menukarkan “nama” kepada Islam dan jual-beli. Orang buta pun boleh mengenali perdayaan ini (yg tidak bertuhankan nafsu), dan maka itu terdapat hadis mengatakan akan datang suatu masa mereka menghalalkan riba dengan jual beli. Kehidupan ini sangat singkat dan kita lihat sahaja nanti siapakah yang akan dipermainkan, samada mereka atau Allah swt.

“…mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba“. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. … Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka KEKAL di dalamnya…;
Al-Quran: al-Baqarah: 275


Wang Kertas Ciptaan Yahudi

Friday, 24 June 2011

Baik-Baik Sayang

Director: Somad Sutedja
Writer: Jujur Prananto
Stars: Wali Band, Intan Nuraini and Arumy Bachsin

Berkisah tentang cinta dan kesetiakawanan anak-anak pesantren La Tansa, yaitu Apoy, Faank, Tomi dan Ovie. Empat pemuda yang memiliki minat sama terhadap musik itu sepakat membentuk grup musik yang belakangan diklaim sebagai band WALI

Kehidupan religius pesantren tidak membatasi aktifitas bermusik mereka. Walaupun La Tansa memiliki peraturan dan disiplin yang sangat ketat, diantaranya harus selalu berkomunikasi dalam bahasa Arab atau Inggris di lingkungan pesantren, tapi pesantren ini sangat modern dan demokratis. Santrinya bebas melakukan aktifitas ekstrakulikuler sesuai dengan minat masing-masing. Dakwahpun bisa dilakukan dengan berbagai cara

Ada juga kisah cinta Faank dengan Westi (Intan Nuraini), yang penuh liku karena tak disetujui orang tua Westi. Sementara orang tuanya juga melarang dia bermusik. Kesetiaan cinta Faank juga diuji saat keduanya mengalami kecelakaan. Belakangan Faank dikabari bahwa Westi lumpuh


DVDRip~1.26GB~Avi

Amerika Syarikat sebenarnya sudah bankrap - Tun Mahathir

KUALA LUMPUR 23 Jun - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Amerika Syarikat (AS) kini sebenarnya sudah bankrap tetapi menafikannya kerana beranggapan ia masih menjadi kuasa besar ekonomi dunia.

Berikutan itu, beliau melabelkan AS sebagai sebuah negara yang gagal di dalam ekonominya.

''AS sebenarnya sebuah negara yang gagal kerana bankrap, mencatatkan defisit berganda dan wang yang mereka ada pun adalah wang cetak.''

Tapi AS masih mahu menyangkal kedudukan mereka (bankrap),'' katanya ketika menyampaikan ucaptama di CEO Forum anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.


Secara sinikal Mahathir berkata, seandainya Malaysia mengalami kedudukan ekonomi yang sama seperti AS, sudah lama negara ini diisytiharkan bankrap.Bagi menutup kelemahan mereka, AS terus sibuk memperjuangkan demokrasi liberal di Iraq, Afghanistan dan terbaharu di Libya.


Beliau berkata, negara-negara kaya selalu berada dalam radar persaingan sesama sendiri tetapi masih gagal untuk bersaing dengan negara-negara yang baru muncul.

''Negara-negara kaya ini selalu mendesak supaya negara-negara lain melakukan perubahan dan sasaran mereka adalah negara-negara kecil dan miskin.''Tetapi, apabila melihat keadaan ekonomi negara-negara itu sekarang, nampaknya mereka juga tidak tahu untuk menguruskan kewangan mereka.


''Kegagalan mereka (kendalikan kewangan) menyebabkan negara-negara kecil turut merasai krisis ekonomi yang berpunca daripada mereka,'' tambahnya.Sambil memberi contoh, Mahathir berkata, selain AS, Greece masih lagi dibelenggu dengan krisis hutangnya.''Satu-satunya negara yang tidak menerima kesan daripada apa yang berlaku di negara-negara kaya ialah China.''Sebaliknya, dengan kekayaan yang dimiliki China sekarang, negara itu mampu membeli bon-bon di AS,'' tambah beliau.

Sumber Utusan

Artikel sebelum yang punya kaitan..


Ambillah tindakan sewajarnya mulai sekarang dengan menyimpan Emas dan Perak..

Mengapa? boleh berhubung dengan kami untuk selanjutnya...

Thursday, 23 June 2011

Nilai Besar 20 sen

‎"Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipan...ggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"

Sahabat-sahabatku sekalian...

Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

kredit: selatanonline

Tuesday, 21 June 2011

Rejab dan Syaaban untuk Ramadhan

Rejab
Rasulullah Saw bersabda: “Bulan Rajab adalah bulan Allah Yang Maha Agung, tidak ada bulan yang menandingi kemuliaan dan keutamaannya. Di dalamnya diharamkan berperang dengan orang-orang kafir, karena bulan Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku. Barangsiapa yang berpuasa sehari di dalamnya wajib baginya memperoleh ridha Allah, dijauhkan dari murkanya, dan diselamatkan dari semua pintu neraka.”

Syaaban
Rasul S.A.W. bersabda yang bermaksud, Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban, akan mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid. Itulah antara kelebihan berpuasa dalam bulan Syaaban. Di samping itu, berpuasa dalam bulan ini juga adalah sebagai persediaan untuk melakukan ibadah puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan.


Mari kita berdua' semoga ditemukan kembali dengan Ramadhan dalam keadaan sihat dan dapat laksanakan ibadah puasa, qiam dan yang seumpamanya dengan sempurna dan diterima oleh Allah.

اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان

” Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan “

Dalam Mihrab Cinta


DVDRip~avi~1.18GB
Di sebuah pesantren di Kediri, ada seorang pemuda bernama Syamsul (Dude Herlino) yang rela meninggalkan kehidupannya yang cukup nyaman demi tekadnya untuk belajar menuntut ilmu dan bergabung dalam pesantren.Kehidupan dalam pesantren membuatnya dekat Zizi (Meyda Sefira), seorang putri pemilik pesantren yang sebelumnya pernah menolong Syamsul saat dia dijambret di kereta.Namun semuanya tidak berjalan dengan lancar, Syamsul kemudian dituduh mencuri oleh Burhan (Boy Hamzah) sahabatnya sendiri di dalam pesantren.Hal ini membuatnya jatuh, dia diusir dari pesantren dan keluarganya sendiri pun sudah tidak mempercayainya lagi dan menganggapnya sebagai seorang penjahat.Sehingga akhirnya dia menjadi seorang pencopet sungguhan, akibat tidak kuat menahan rasa laparnya.Di tengah semua masalah dan kekacauan dalam hidupnya ini, Syamsul masih tetap diberikan jalan oleh Tuhan untuk melakukan tobat.Dia dipertemukan kembali dengan seorang gadis soleha bernama Sylvie (Asmirandah), dan dari sini kehidupannya berubah.Syamsul berhasil menjadi seorang guru ngaji dan belum lama ini dia mendapat tawaran untuk menjadi seorang Ustad pengisi acara dalam sebuah acara televisi swasta, kepercayaan orang-orang terhadap dirinya pun sudah mulai pulih perlahan-lahan.Apakah ini semua berarti Syamsul berjodoh dengan Sylvie yang telah mengubah hidupnya ? ataukah Zizicinta pertamanya yang sempat kandas ?



ePad Android 2.2

Superpad New 7 Inch ePad Android 2.2 VIA8650 Tablet PC Specification
Operating System
Android 2.2
Support Flash 10.1
Processor VIA8650 Processor
High-performance 800MHz CPU+300MHz DSP
Memory 256MB DDR2 RAM
Storage 2GB NAND Flash
Display 7 Inch Touchscreen 16:9 WideScreen
Display Resolution 800 x 480 
Graphics Graphics Card Type : Integrated Card
Audio High-quality stereo loud speaker
Built-in microphone
Wireless LAN Wi-Fi: IEEE 802.11b/g/n Wireless Network
Ethernet 10/100M
3G/3.5G (HSDPA) (External) Support external USB 3G modem, HUAWEI E220 / E230 / E160X / E169G / E1750
Camera 1.3 Megapixel
G-Sensor 4-Dimensional G-sensor
Ports 30 pin USB Switch Interface
TF Card Reader slot, maximum capacity of 32GB
USB2.0 host x2, 3.5mm audio jack, DC in, RJ45 Ethernet
Weight 430g
Dimension 7.92 x 5.08 x 0.65 inches
Battery/Power Power adapter: 9V,1.5A
Input 100-240VLithium Battery 2-cell Lithium polymer1800mAh
Package Content 1 x 7 Inch ePad Tablet PC
1 x Standard Charger
1 x RJ45 Adapter
1 x English User Manual

Language: Multi-language English, French, Italian, German, Portuguese, Spanish, Turkish, Japanese, Simplified/Traditional Chinese, etc...
Game & Apps: Can download thousands of 3D games and apps by android market
Music Player: Support MP3, WMA, MP2, OGG, AAC, M4A, MA4, FLAC, APE, 3GP, WAV
Video Player: Support AVI, RM, RMVB, MKV, WMV, MOV, MP4, PMP, MPEG, MPG, FLV, 3GP, MPG, H. 264.
E-Book Reader: Support MS Office, PDF
Picture Viewer: Support JPG, JPEG, GIF...
Internet Browser: Google Chrome web browser
Internet Massage: MSN, Gtalk, Skype,Facebook,Twitter...
Special Function: Gravity inducer (G-Sensor), Android market, Google map, YouTube
 
What is in the box:

1 tablet pc
1 charger
1 RJ45 adaptor
1 user manual
1 Keybord case
1 Keybord



RM750 @ 1 Dinar KGT
COD Bangsar,Kota Damansara & Pos Percuma Seluruh Malaysia
Hubungi kami : 0172469326 @ aedo1983@yahoo.com

Thursday, 16 June 2011

Ada Apa Dengan ASB/ASN



ASN: Fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak tepat, mengelirukan

KUALA LUMPUR 13 Jun - Fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bahawa pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebagai haram adalah tidak tepat serta mengelirukan.

ASN dan ASB merupakan dana pelaburan yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat Permodalan Nasional Bhd. (PNB).

Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, semua adalah jelas bahawa dana pelaburan yang diuruskan oleh PNB mematuhi syariah dan disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada Februari 2008 telah memutuskan bahawa hukum skim pelaburan ASN dan ASB adalah harus.

"Maka kami berpegang kepada kenyataan tersebut dan sedia menerangkan skim pelaburan kami kepada mana-mana majlis agama negeri yang masih kurang faham.

"Semua pelaburan kami bebas daripada unsur arak, judi dan sumber was-was. Oleh itu, pelabur yang beragama Islam tidak perlu risau dengan kenyataan mengelirukan tersebut," katanya selepas mengumumkan agihan pendapatan ASD di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang surat pekeliling bertarikh 12 Mei 2011 yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Selangor dan disiarkan menerusi laman sesawang www.islamituindah.my.
Hamad Kama Piah berkata, perkara seperti ini sudah beberapa kali dibangkitkan sejak beberapa tahun lalu berikutan setiap negeri mempunyai fatwa yang berbeza-beza.
Jelasnya, isu haram mula timbul apabila PNB mempunyai pegangan dalam Malayan Banking Bhd. (Maybank) dan dikaitkan dengan perbankan konvensional.

"Mereka di luar sana kena faham, bahawa Maybank juga pengendali perbankan berteraskan syariah Islam terbesar di rantau ini menerusi Maybank Islamik.

"Saya harap isu ini tidak diputarbelitkan sehingga mengelirukan masyarakat. Kami ingin menegaskan di sini bahawa pelaburan ASN dan ASB halal dan harus," jelasnya.
Sementara itu, ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini, Jabatan Mufti Negeri Selangor mengesahkan ada mengeluarkan fatwa dan surat tersebut kepada sebuah pengendali laman sesawang.

Katanya, fatwa itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor ke 2/2011 pada April lalu.

Bagaimanapun, surat berkenaan dikeluarkan hanya untuk simpanan peribadi pengendali laman sesawang berkenaan dan bukannya untuk disiarkan kepada umum.

"Kami telah mengarahkan pengendali laman sesawang islamituindah untuk menarik balik siaran surat itu," kata jurucakap jabatan tersebut.

Sumber Utusan 


Yahya meriwayatkan padaku dari Malik 
 
bahwa ia mendengar tanda terima/resit (sukukun) dibagikan pada penduduk pada masa Marwan ibn al-Hakam untuk barang di pasar al-Jar.Penduduk membeli dan menjual resit diantara mereka sebelum mereka mengambil barangnya.
Zayd i Bin Tsabit bersama seorang Sahabat Rasulullah S.A.W
pergi menghadap Marwan ibn al-Hakam dan berkata, 
"Marwan! Apakah engkau menghalalkan Ri ba?" 
Ia menjawab, "Naudzubillah! Apakah itu?" 
Ia berkata, "Resit-resit ini yang dipergunakan penduduk untuk 
berjual-beli  sebelum menerima barangnya."
Marwan kemudian mengirim penjaga untuk mengikuti mereka dan mengambilnya dari penduduk kemudian mengembalikannya pada pemilik asalnya´.
Rujuk  kitab -Muwatta, Imam  Malik
Hal  Muamalat  perkara  19/44




‘Sungguh akan datang pada manusia SUATU MASA (ketika) tiada seorang pun di antara mereka yang tak akan memakan (harta) riba.Siapa saja yang (berusaha) tak memakannya,ia tetap akan terkena debu (riba)- nya.´

Hadis riwayat Ibnu Majah dan Sunan Abu Dawud, dari Abu Hurairah

Wednesday, 15 June 2011

Sang Pencerah



Synopsis
Sepulang dari Mekah, Darwis muda (Ihsan Taroreh) mengubah namanya menjadi Ahmad Dahlan. Seorang pemuda usia 21 tahun yang gelisah atas pelaksanaan syariat Islam yang melenceng ke arah Bid’ah /sesat

Melalui Langgar / Surau nya Ahmad Dahlan (Lukman Sardi) mengawali pergerakan dengan mengubah arah kiblat yang salah di Masjid Besar Kauman yang mengakibatkan kemarahan seorang kyai penjaga tradisi, Kyai Penghulu Kamaludiningrat (Slamet Rahardjo) sehingga surau Ahmad Dahlan dirobohkan karena dianggap mengajarkan aliran sesat. Ahmad Dahlan juga di tuduh sebagai kyai Kafir hanya karena membuka sekolah yang menempatkan muridnya duduk di kursi seperti sekolah modern Belanda.

Ahmad Dahlan juga dituduh sebagai kyai Kejawen hanya karena dekat dengan lingkungan cendekiawan Jawa di Budi Utomo. Tapi tuduhan tersebut tidak membuat pemuda Kauman itu surut. Dengan ditemani isteri tercinta, Siti Walidah (Zaskia Adya Mecca) dan lima murid murid setianya : Sudja (Giring Nidji), Sangidu (Ricky Perdana), Fahrudin (Mario Irwinsyah), Hisyam (Dennis Adishwara) dan Dirjo (Abdurrahman Arif), Ahmad Dahlan membentuk organisasi Muhammadiyah dengan tujuan mendidik umat Islam agar berpikiran maju sesuai dengan perkembangan zaman.

Sang Pencerah (2010) VCDRip AVI Mediafire

Sunday, 5 June 2011

hambaMu

hambaMu
Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Allah
Allah
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah

Nantikan 30 JUN 2011

PBB beri amaran krisis dolar



NEW YORK 26 Mei - Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kemungkinan berlakunya krisis keyakinan terhadap dolar Amerika Syarikat (AS) jika nilai mata wang asing itu terus menurun berbanding mata wang utama lain.

Tinjauan Divisyen Ekonomi PBB terhadap ekonomi dunia mendapati kejatuhan nilai mata wang dolar adalah berbahaya terhadap sistem kewangan global.

Laporan PBB yang merupakan perkembangan terkini turut menyatakan kadar pertukaran dolar berbanding kumpulan mata wang utama lain telah mencecah paras terendah sejak 1970-an.

Katanya, aliran tersebut disebabkan oleh perbezaan kadar faedah antara Amerika Syarikat (AS) dan ekonomi utama serta peningkatan kebimbangan terhadap kemampanan hutang awam AS, yang sebahagiannya dipegang oleh orang asing.

''Sebagai keputusannya, jangkaan kerugian nilai bukuoleh pegangan rizab asing akan menyebabkan krisis keyakinan dalam rizab mata wang, yang akan menyebabkan keseluruhan sistem kewangan global berisiko,'' kata laporan itu.

Laporan 17 muka surat itu, menunjukkan risiko kejatuhan nilai dolar AS.
Pakar Ekonomi Kanan PBB, Rob Vos yang terlibat dalam laporan itu berkata, pasaran-pasaran baru muncul secara besar-besaran mulai menjual mata wang dolar AS, sekali gus akan menyebabkan kejatuhan mata wang itu.

''Kami tidak menyatakan kejatuhan pasti berlaku, tetapi faktor yang menyebabkannya risiko seumpama itu sedang berlaku sekiranya perkara-perkara lain yang berkaitan tidak bertambah baik,'' katanya.
Pakar-pakar ekonomi PBB, sedang menimbang sama ada dolar perlu terus menjadi mata wang tunggal dunia manakala pihak lain menunjukkan kebimbangan mereka terhadap kedudukan kewangan AS.
Standard & Poor's telah memberikan amaran untuk menurunkan penarafan kredit AS pada AAA, kecuali kerajaan pentadbiran Obama dan kongres menemui jalan untuk mengurangkan bajet defisit persekutuan dalam tempoh dua tahun.

Penurunan taraf itu akan menghilangkan status AS sebagai kuasa ekonomi dunia dan peranan dolar sebagai mata wang dominan global.
Setiausaha Perbendaharaan, Timothy Geithner berkata, kerajaan AS tidak akan melepaskan tanggungjawab mereka. - Reuters
Sumber Utusan




Admin- Bermula 30 Jun 2011 Amerika Syarikat akan menghadapi satu simpang dalam perjalanan ekonomi mereka yang yang paling sukar dalam tempoh 200 tahun... dengan hampir 80% transaksi ekonomi dunia bergantung dengan US Dolar,limpahan kesan yang bakal dialami memang sukar untuk dijangka.Walau bagaimanapun Malaysia telah memulakan langkah dengan merasai kesanya hari ini...



kenaikan harga gula (tiada makanan n minuman yang tak menggunakan gula)
kenaikan tarif elektrik (hampir 100% kediaman & bagunan di malaysia menggunakan elektrik)
kenaikan harga petrol (tidak sampai 3% kenderaan di Malaysia yang tidak menggunkan petrol)
jadi apakah kesan sampingan lain yang bakal rakyat Malaysia nikmati?
jadi apakah persediaan kita menghadapi gelora yang bakal mendatang?
mungkin bukan nyawa menjadi pertaruhan tapi mahukah kita menghadapi gelapnya masa-masa mendatang dengan cabaran serta dugaan yang kita tak pernah undang...mari kita renung2..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...