Saturday, 20 August 2011

Jom Simpan Emas & Perak

Gold Hits Another Record to Settle at $1,852

Published: Friday, 19 Aug 2011 | 2:25 PM ET
By: Reuters 

Gold settled at a record high of $1,852 on Friday, on safe-haven buying, but as U.S. stocks drifted low led by lagging tech and bank stocks.
Gold



Gold surged to a record $1,881.40 an ounce before pulling back.
Traders were emboldened by a Wall Street Journal report citing Japan's top currency official as saying that Japanese authorities do not plan to intervene in the market often.
Gold prices rallied more than 2.5 percent as investors sought refuge from volatility in global equities markets.
"At the moment the market is just looking for relative safe havens," said Mitsui Precious Metals analyst David Jollie. "You can see that in the sell-offs across equity markets overnight. The strength of gold is the other side of the coin from that."
Wall Street stocks opened sharply lower but then seesawed, with the S&P 500 [.SPX  1123.53    -17.12  (-1.5%)   ] and Nasdaq Composite Index [.IXIC  2341.84    -38.59  (-1.62%)   ] indices in positive territory. By early afternoon, stocks were down again.
Spot gold [GCQ1  1848.90    30.00  (+1.65%)   ] was last trading near $1,848, on track for its biggest one-month rise in nearly 12 years in August. Gold for December delivery [GCZ1  1852.20    30.20  (+1.66%)   ], the most actively traded futures contract, traded up $30.2 to settle at $1,852.2.
The euro recovered early losses in thin trading, gaining momentum on stop-loss selling. But it remained at risk of coming under renewed pressure from a darkening global economic outlook and worries about funding in the euro zone banking sector. 

The U.S. dollar index [.DXY  74.01    -0.23  (-0.32%)   ] slipped 0.3 percent to 74.00 as a result of a rebound in the euro [EUR=X  1.4395    0.0069  (+0.48%)   ], up 0.4 percent at $1.4385. European shares ended sharply lower, the FTSEurofirst 300 [.FTEU3  909.79    -15.40  (-1.66%)   ] index of top European shares was down 1.6 percent.
CNBC
"The market is very concerned about the deteriorating outlook for global growth in general and the United States in particular," said Marcus Svedberg, chief economist at East Capital, which has 5 billion euros (US$7.2 billion) under management.

U.S. Treasury yields [cnbc explains] inched back up from lows last seen in at least 60 years on as some investors took profits from Thursday's bond rally. The benchmark 10-year U.S. Treasury note was down 8/32 in price to yield 2.09 percent. The yield at one point on Thursday fell to a low of 1.97 percent.
Yields have dropped almost a full percentage point on the 10-year note in August as disappointing economic data, the Federal Reserve's [cnbc explains] low interest-rate policy and jitters over rising bank funding costs drove investors to safe-haven bonds.

Brent crude rose after Spanish measures to address the country's economic weakness helped to reverse some of the deep sell-off triggered by concern the world is heading back into recession [cnbc explains]

Harga-harga Komoditi Sebelum Ditutup Minggu Ini - CNBC

Bisnes Dunia: Amaran kelembapan ekonomi global
2011/08/20

Pasaran saham Asia terus dibelenggu masalah, bimbang masa depan bank Eropah

PASARAN saham Asia terus dipengaruhi aktiviti penjualan secara besar-besaran di peringkat global semalam selepas menerima amaran berhubung kelembapan ekonomi global serta kebimbangan akan masa depan bank di Eropah yang terdedah dengan masalah hutang kerajaan. 
Pelabur di Asia turut bimbang susulan keadaan pasaran saham Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang terus menjunam.
BHarian Online 20 Ogos 2011
Tidak menghairan kita melihat pasaran di Asia merudum selepas kejatuhan semalam di pasaran AS dan Eropah. - Ben Potter, Penganalisis IG Markets Keresahan turut ditambah dengan kebimbangan kelembapan ekonomi akan turut melanda China, penggerak utama ekonomi dunia.

“Tidak menghairan kita melihat pasaran di Asia merudum selepas kejatuhan semalam di pasaran AS dan Eropah,” kata Penganalisis IG Markets, Ben Potter, di Australia.

“Berdasarkan pengalaman, situasi ini akan berlanjutan lebih lama daripada sepatutnya.”

Tokyo susut 2.51 peratus dengan indeks Nikkei susut 224.52 mata kepada 8,719.24.
Sydney jatuh 3.51 peratus. Penanda aras S&P/ASX 200 jatuh 149.3 mata kepada 4,101.9.

Seoul merudum 6.22 peratus menyaksikan KOSPI susut 115.70 mata kepada 1,744.88, manakala pasaran di Hong Kong jatuh 3.08 peratus dengan penanda aras Hang Seng turun 616.35 mata kepada 19,399.92.

Pada Khamis, Dow Jones Industrial Average susut 3.7 peratus, manakala S&P 500 merudum 4.5 peratus manakala Nasdaq Composite susut 5.2 peratus.

Harga minyak mentah juga jatuh berikutan peniaga bimbang kelembapan ekonomi akan melemahkan permintaan.

Kontrak utama New York, West Texas Intermediate ‘light sweet’ bagi penghantaran September, menjunam AS$1.42 kepada AS$80.96 setong pada dagangan petang Asia, manakala Brent North Sea bagi penghantaran Oktober jatuh 79 sen kepada AS$106.20.

Emas dan bon perbendaharaan AS dilihat sebagai pelaburan selamat.

Jongkong emas mencecah paras tertinggi baru ditutup pada rekod AS$1,862.00-AS$1,863.00 seaun. Ia mengakhiri dagangan Khamis pada AS$1,794.00-AS$1,795.00.

Di pasaran lain, Taipei susut 3.57 peratus, atau 272.01 mata, untuk ditutup pada to 7,342.96.

Wellington ditutup 0.56 peratus, 18.38 mata lebih rendah, kepada 3,267.84, dengan prestasi mantap ditunjukkan Telecom Corp. – AFP
Graf Hijau menunjukkan peningkatan harga komoditi perak melepasi nilai USD40

Graf Hijau menunjukkan harga emas telah pun mencecah rekodnya yang tertinggi dalam sejarah peradaban manusia melepasi nilai USD1880


Membuktikan nilai emas dan perak kukuh tidak mengira musim ekonomi sedunia..
Marilah kita memperkukuhkan ekonomi diri & keluarga kita dengan mula menyimpan emas dan perak
Untuk khidmat nasihat dan belian emas & perak kami boleh dihubungi menerusi 0172469326
'Khazanah Untuk Ummah'




Thursday, 18 August 2011

Potong Kuku

Al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:


لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث …. وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)


Maksudnya: “Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan

Wednesday, 17 August 2011

Kurangkan belanja bantutkan pemulihan - IMF




WASHINGTON 16 Ogos - Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde mengingatkan kerajaan di dunia tidak mengurangkan perbelanjaan untuk mengelak kemelesetan baharu sekali gus membantutkan proses pemulihan ekonomi daripada krisis 2008.

''Bagi negara-negara maju, terdapat keperluan yang jelas bahawa pemulihan fiskal yang mampan mampu dilakukan melalui pelan penyatuan yang boleh diyakini.

"Pada masa yang sama, kita juga menyedari bahawa bertindak secara tergesa-gesa akan menjejaskan proses pemulihan serta menjejaskan prospek pekerjaan," katanya di dalam akhbar Financial Times yang diterbitkan hari ini.

Komen itu dibuat selepas terdapat tekanan termasuk daripada IMF sendiri mengenai rancangan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) dan Eropah untuk mengurangkan beban hutang mereka yang semakin meningkat selain kebimbangan terhadap pertumbuhan perlahan di seluruh dunia.

Di AS terutamanya, keadaan politik tempatan dan juga penurunan taraf kredit berdaulat oleh Standard and Poor's baru-baru ini memberikan tekanan kepada kerajaan untuk membuat pemotongan drastik perbelanjaan yang mungkin memusnahkan ekonomi.Di Perancis, terdapat kebimbangan terhadap penurunan penarafan oleh S&P dijangka turut merancang pengurangan perbelanjaan. 

Namun IMF menggalakkan negara-negara maju yang tidak mempunyai hutang banyak mengambil langkah jangka panjang mengurangkan defisit dan juga melaksanakan pengurangan perbelanjaan serta menaikkan cukai.Pada 2 Ogos, ahli-ahli politik AS terperangkap dalam usaha di saat-saat akhir dalam menaikkan had tertinggi hutang berkanun bagi mengelakkan kegagalan membayar hutang, lantas Lagarde memberi amaran supaya negara yang berhasrat untuk memotong perbelanjaan perlu melakukan secara berperingkat bagi mengelakkan kelembapan pertumbuhan ekonomi.

Utusan Online 17 Ogos 2011

"Pembuat polisi perlu satu rancangan yang mempunyai objektif defisit dan hutang jangka sederhana yang jelas," katanya sambil menambah, perolehan baharu yang akan dimiliki mestilah seiring dengan pengurangan kos jangka panjang.

Pada Isnin, Moody's Analytics mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi AS secara drastik bagi separuh kedua tahun ini kepada dua peratus atau kurang berbanding ramalan awal sebanyak 3.5 peratus sebulan lalu.
Moody juga berkata bahawa terdapat satu daripada tiga peluang untuk AS kembali kepada kemelesetan. - AFP

Perkaitan Berita Utusan Online 17 Ogos 2011
Harga Komoditi 17 Ogos 2011 Sumber CNBC
Sepatutnya bila kita mengurangkan belanja harian kita..kita boleh berjimat..tapi menurut IMF sebaliknya...
dunia kini memang pelik?
Untuk tidak pelik mari kita beljar menyimpan emas dan perak..mengapa?
hubungi kami 0172469326
'Khazanah Untuk Ummah'

Tuesday, 16 August 2011

Ustaz Kazim Elias - Rupa Dajjal

Part 1
Part 2

Part 3

Part 4

Part 5

Hayati,dalami & fahami disebalik apa yang tersirat bakal berlaku dari sudut apa yang Nabi S.A.W sabdakan..
perkaitannya dengan yang berlaku disekeliling kita hari ini dari pelbagai sudut,ekonomi,sosial,akidah dan sebagainya..
Moga bermanfaat untuk kita..

Thursday, 11 August 2011

Mejoriti & Minoriti

Impak lebih teruk jika meleset?



Ketika dalam kemelesetan, emas menjadi satu bentuk pelaburan lebih menarik kerana dianggap selamat dan bernilai tinggi.


SINGAPURA 10 Ogos - Ekonomi Asia yang masih lagi merasai keperitan kesan kemelesetan ekonomi global pada 2008 mungkin terpaksa bergelut dengan situasi yang lebih teruk daripada tiga tahun lalu, menurut penganalisis serantau.

Kebimbangan akan berlaku kemelesetan ekonomi sekali lagi semakin memuncak selepas penarafan kredit Amerika Syarikat (AS) diturunkan buat kali pertama dan pasaran menjunam seperti yang dijangkakan.
Itali dan Sepanyol pula dijangka akan 'menyertai' negara-negara Eropah yang lain bagi mencari bantuan kewangan.

''Pada 2008, hutang lapuk di bank-bank merupakan masalah utamanya.
''Kerajaan-kerajaan berhutang dengan bank-bank dan berbelanja banyak wang untuk ekonomi dan sekarang mereka terpaksa menanggungnya.

''Sebab itu keadaan semakin teruk berbanding sebelum ini dan tiada siapa dapat menolong mengatasinya,'' menurut Bank DBS.

Perbelanjaan rangsangan semasa krisis 2008 oleh sembilan ekonomi Asia Timur termasuk China dan Jepun ekoran bergantung kepada permintaan AS dan Eropah berjumlah AS$1.3 trilion (RM3.9 trilion), menurut anggaran Bank Pembangunan Asia.

Rizab Persekutuan AS telah menyuntik lebih AS$1 trilion dolar dalam ekonomi selepas krisis 2008 dan menambah lebih AS$600 bilion (RM1.8 trilion) pada 2010.Rizab Singapura negara terkaya di Asia susut buat kali pertama 2009 apabila ekonomi negara itu mengalami kemelesetan teruk sejak kemerdekaan, sebelum kembali kukuh dan berkembang sebanyak 14.5 peratus pada 2010.

Kejatuhan pasaran saham Asia Isnin lalu menyebabkan Singapura menyemak semula pertumbuhan ekonomi 2011 daripada lima hingga tujuh peratus kepada lima hingga enam peratus disebabkan ketidaktentuan dalam unjuran global.

Standard & Poor pula berkata, kapasiti fiskal bagi Jepun, India, Malaysia, Taiwan dan New Zealand telah merosot kepada tahap pra 2008.

''Sekiranya keadaan semakin terjejas, ia boleh menyebabkan impak lebih teruk berbanding sebelum ini,'' kata agensi itu.

Sistem kewangan serantau mungkin berhadapan dengan pengurangan kecairan dan meningkatkan risiko pembiayaan semula dalam tempoh sederhana memandangkan kos pinjaman bertambah.Asia akan mengalami kesan pelbagai tahap memandangkan kerajaan-kerajaan dipaksa untuk menggunakan imbangan kira-kira bagi menyokong sektor kewangan, tambah S&P.

''Implikasi bagi kebolehpercayaan berdaulat di Asia Pasifik akan menjadi negatif berbanding pengalaman sebelumnya dan lebih banyak tindakan penarafan negatif akan mengikut,'' katanya.
DBS berkata, apabila para pelabur mula 'menghidu' kerajaan-kerajaan juga berada dalam situasi kekangan seperti mereka, emas mula menjadi lebih menarik.

''Dan kesan kepada ekonomi sebenar, seperti 2008/09, boleh menjadi dramatik,'' tambahnya.
Bagaimanapun, Ketua Ekonomi Asia Pasifik IHS Global Insight, Rajiv Biswas masih mengekalkan pendapatnya bahawa bank-bank pusat di rantau ini bersedia untuk berhadapan dengan krisis lain, hasil pengalaman 2008.

Menurut beliau, bank-bank pusat di rantau ini telah membangunkan mekanisme sokongan lebih kuat untuk memastikan kestabilan sistem kewangan dan peruntukan sokongan instrumen kecairan dalam institusi-institusi kewangan.

Utusan Malaysia Online 11 Ogos 2011
''Kali ini, mekanisme masih digunakan dan bank-bank pusat lebih banyak pengalaman untuk menangani masalah berkaitan kecairan dalam sistem kewangan mereka,'' tambah Biswas.
Pengukuhan berterusan ekonomi China dan Jepun boleh mengekang kesan krisis hutang di AS dan Eropah kepada Asia, ujarnya. - AFP.

Info Berkait Utusan Malaysia Online 11 Ogos 2011

The Star Online Latest 11 Ogos 2011
CNBC

Bisnes Dunia: Pasaran saham Asia kembali rancak

2011/08/11
Rizab Persekutuan AS jamin pastikan kadar faedah kekal paras rendah tempoh 2 tahun

PASARAN saham Asia kembali rancak semalam selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat memberi jaminan untuk memastikan kadar faedah di negara itu kekal pada paras rendah iaitu hampir sifar untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun lagi. 

Tokyo melonjak 1.05 peratus atau 94.26 peratus kepada 94.26 peratus kepada 9,038.74 mata, Sydney menokok 2.64 peratus atau 106.5 mata kepada 4,141.3 dan Seoul menambah 0.27 peratus atau 4.89 mata kepada 1,806.24.

Hong Kong meraih 2.34 peratus atau 452.97 mata kepada 19,783.67 selepas mempamerkan prestasi buruk kelmarin apabila menjunam 5.66 peratus.

Shanghai meningkat 0.91 peratus atau 23.11 mata kepada 2,549.18.

Pasaran saham utama serantau juga mengikut jejak Wall Street apabila melonjak selepas pengumuman Rizab Persekutuan bahawa pertumbuhan ekonomi tahun ini ‘agak perlahan’ berbanding jangkaan, justeru memberi gambaran mengenai kebimbangan bank pusat AS itu mengenai tekanan inflasi kini semakin reda.


Berita Harian Online 11 Ogos 2011
Jawatankuasa dasar bank itu berhenti menawarkan program rangsangan QE2 yang bernilai AS$600 bilion walaupun berkata, mereka sedang mencari kaedah yang sesuai untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi.
Pengumuman mengenai kadar faedah itu bagaimanapun sudah mencukupi untuk memberikan sedikit sokongan sangat bermakna.

Wall Street mencatatkan pertumbuhan yang sangat memberangsangkan pada saat akhir dagangan New York, dengan Dow ditutup 3.98 peratus atau 430 mata kepada 11,239.77. Indeks itu sebelumnya berada 200 mata lebih rendah kira-kira 45 minit sebelum penutup.

S&P 500 meraih 4.74 peratus manakala Nasdaq melonjak 5.29 peratus.
Kecemerlangan itu turut melanda Eropah apabila penanda aras London FTSE 100 melonjak 1.8 peratus, DAX 30 dari Frankfurt menokok 2.09 peratus dan CAC 40 dari Paris meraih 1.88 peratus.

Madrid meningkat 2.14 peratus dan Milan menambah 2.8 peratus pada pembukaan, selepas European Central Bank (ECB) memberitahu ia akan membeli bon kerajaan daripada negara anggota yang bermasalah untuk memboleh mereka menyelesaikan kos pinjaman masing-masing. – AFP



Info mejoriti & minoriti
Untuk kita kaji,mendalami & nilaikan sendiri..
'Khazanah Untuk Ummah'

Tuesday, 9 August 2011

Semua Merudum!!!

Susulan hutang AS: Pasaran utama Asia merudum
Ogos 9, 11 11:16am

Pasaran saham Asia terus turun mendadak awal hari ini menyebabkan pelabur bimbang kelembapan ekonomi global akan mempengaruhi pasaran.

Bursa Malaysia stock market economyDi Tokyo, indeks Nikkei 225 Jepun jatuh 4.8 peratus kepada 8,662.30 mata pada sesi pagi.

Manakala indeks Hang Seng Hong Kong menjunam kepada 18,981.55 mata.

Sementara itu, penanda aras indeks S&P/ASX-200 Australia jatuh 4.9 peratus kepada 3,790.50 mata.

Di Taiwan, TAIEX susut 4.9 peratus manakala indeks NZX 50 New Zealand menyusut 3.7 peratus.

Kejatuhan yang dicatatkan di papan utama Wall Street semalam mempengaruhi dagangan hari pertama agensi Standard & Poor untuk mengurangkan hutang Amerika Syarikat.

Sumber Malaysiakini
Sumber Bharian
Sumber The Star
Sumber Utusan
Harga Emas terus melonjak tertinggi dalam sejarah manusia telah melepasi USD1755

Masih belum memiliki emas atau perak?
kami sedia membantu~0172469326
'Khazanah Untuk Ummah'

Sunday, 7 August 2011

Melihat US Menuju Destinasinya

S&P downgrades US credit rating from AAA for 1st time in history

WASHINGTON: The United States has lost its coveted top AAA credit rating.
Credit rating agency Standard & Poor's on Friday downgraded the nation's rating for the first time since the U.S. won the top ranking in 1917.


The move came after Congress haggled over budget cuts and the U.S. government borrowing limit - and failed to cut enough government spending to satisfy S&P. The issue has contributed to convulsions in financial markets.The drop in the rating by one notch to AA-plus was expected.

The three main credit agencies, which also include Moody's Investor Service and Fitch, had warned during the budget fight that if Congress did not cut spending far enough, the country faced a downgrade.
S&P said that it is making the move because the deficit reduction plan passed by Congress on Tuesday did not go far enough to stabilize the country's debt situation. Moody's said Friday it was keeping its AAA rating on the nation's debt, but that it might still lower it.

One of the biggest questions after the downgrade was what impact it would have on already nervous investors. Many financial analysts said investors were expecting a downgrade. But some selling was expected when stock trading resumed Monday morning. The Dow Jones industrial average fell 699 points this week, the biggest weekly point drop since October 2008.
"I think we will have a knee-jerk reaction on Monday," said Jack Ablin, chief investment officer at Harris Private Bank.

One fear in the market has been that a downgrade would scare buyers away from U.S. debt. If that were to happen, the interest raid paid on U.S. bonds, notes and bills would have to rise to attract buyers. However, even without its AAA rating, U.S. debt is seen as one of the safest investments in the world. And investors clearly weren't being scared away this week. While stocks were plunging, investors were buying Treasurys. The yield on the 10-year note, which moves opposite its price, fell to a low of 2.39 percent on Thursday.

The government fought the downgrade. Administration sources familiar with the discussions contended that the S&P analysis was fundamentally flawed. They spoke on condition of anonymity because they weren't authorized to discuss the matter publicly. S&P had sent the administration a draft document in the early afternoon Friday and the administration, after examining the numbers, challenged the analysis.
In a statement, Treasury said, "A judgment flawed by a $2 trillion error speaks for itself."

S&P said that in addition to the downgrade, it is issuing a negative outlook, meaning that there was a chance it will lower the rating further within the next two years. It said such a downgrade to AA would occur if the agency sees smaller reductions in spending than Congress and the administration have agreed to make, higher interest rates or new fiscal pressures during this period.

In its statement, S&P said that it had changed its view "of the difficulties of bridging the gulf between the political parties" over a credible deficit reduction plan.S&P said it was now "pessimistic about the capacity of Congress and the administration to be able to leverage their agreement this week into a broader fiscal consolidation plan that stabilizes the government's debt dynamics anytime soon." - AP

Source The Star
Artikel Terbaru Mantan PM Tun Dr. Mahathir Berhubung Situasi Terkini Ekonomi Dunia

Minggu lalu kenaikan harga emas mencecah lebih USD1680 setiap 1Oz kenaikkan tertinggi emas dalam sejarah peradaban manusia

Makin serius?
KUALA LUMPUR 5 Ogos - Ekonomi di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah kini semakin membimbangkan, sekali gus memerlukan Malaysia memantau perkembangan negara-negara itu secara serius.

Para penganalisis ekonomi tempatan berkata, meskipun pada dasarnya ekonomi kukuh tetapi setiap kali negara-negara itu 'bersin', satu dunia akan mendapat tempiasnya.

Ketua Ekonomi Bank Islam (M) Bhd., Azrul Azwa Ahmad Tajudin berkata, situasi di negara-negara tersebut sudah pasti akan memberi kesan bukan sahaja kepada eksport tetapi juga kemasukan pelaburan langsung asing (FDI).

Menurut beliau, sebagai antara negara dagangan terbesar negara, kegawatan ekonomi AS akan menjejaskan kuasa beli di kalangan rakyat negara itu kerana jumlah pengangguran meningkat.''Apabila ini berlaku, maka eksport negara secara tidak langsung juga terjejas.''Begitu dengan FDI, dalam keadaan begitu kita boleh menjangkakan jumlah kemasukan pelabur asing dari AS mahupun Eropah terjejas,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejatuhan pasaran saham Asia berikutan kebimbangan keadaan ekonomi di AS dan Eropah.

Semalam, Dow Jones mencatatkan kejatuhan paling teruk iaitu 4.3 peratus dalam tempoh sehari sejak 2008.
Pada penutup urus niaga pada pukul 5 petang tadi, FTSE Bursa Malaysia Indeks Komposit Kuala Lumpur (FBM-KLCI) jatuh 22.43 mata kepada 1,524.43 mata.

Korea Selatan turut merekodkan kejatuhan terbesar dalam tempoh sehari sejak November 2009 apabila merudum 74.72 mata kepada 1,943.75, penurunan terendah dalam tempoh lima bulan.

Pasaran saham Hang Seng juga merosot 4.29 peratus kepada 20,946.14 mata manakala Shanghai jatuh 1.68 peratus dan Mumbai 2.71 peratus dalam dagangan sepanjang hari ini.

Menurut Pengarah Eksekutif Jupiter Sdn. Bhd., Nazarry Rosly, berdasarkan pandangan pasaran, sekiranya Dow Jones Industrial Index jatuh di bawah paras 12,000 mata, ia menunjukkan tanda-tanda kemelesetan ekonomi mungkin akan berlaku.

USD sebagai kertas tandas...1 hari nanti?

Malah sentimen pelabur yang mula menjual saham masing-masing menunjukkan rasa bimbang terhadap ketidaktentuan ekonomi global ketika ini.
"Ini bukan bersifat sementara tetapi mungkin mengambil masa untuk pulih semula," katanya.
Bagaimanapun kata Nazarry, kekukuhan asas ekonomi Malaysia yang didorong oleh permintaan domestik dan projek-projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) akan menjadi penampan bagi mengurangkan kesan ketidaktentuan ekonomi global.

"Namun ia bukan sesuatu yang mutlak kerana AS adalah rakan dagang terbesar Malaysia dan sebarang perkembangan di negara itu memberikan kesan kepada Malaysia.
"Kita bernasib baik kerana memulakan perdagangan dengan China dan India yang merupakan gergasi ekonomi dunia," katanya.

Pakar Ekonomi Kanan AmInvestment Bank Bhd., Manokaran Mottain berkata, keadaan ekonomi di AS dan Eropah telah menjadikan keadaan ekonomi dunia semakin sukar diramalkan.
Bagaimanapun, Malaysia dijangka mampu berhadapan dengan situasi semasa kerana tidak mempunyai pendedahan terus.

Mingguan Malaysia 6 Ogos 2011

Melihat begitu banyak artikel berkaitan sejak 3 minggu terakhir ini yang menjurus perihal ekonomi dunia masa kini membayangkan situasi ekonomi dunia diambang penuh ranjau..
Mari kita perkukuhkan ekonomi diri dan keluarga dengan mula menyimpan EMAS & PERAK
Untuk khidmat nasihat dan belian boleh berhubung dengan pihak kami 0172469326
'Khazanah Untuk Ummah'

Friday, 5 August 2011

Cerita Dari Libya

Bank tiada wang

Beberapa hari sebelum menjelang Ramadan, beratus-ratus penduduk Libya beratur di bank dengan harapan dapat mengeluarkan duit bagi perbelanjaan sepanjang bulan puasa.Namun ramai yang pulang dengan perasaan hampa kerana kebanyakan bank di Benghazi mengalami krisis kecairan aset akibat pemberontakan selama lima bulan terhadap Kolonel Muammar Gaddafi.

“Lima hari berturut-turut saya datang tetapi masih tidak dapat wang,” kata polis bersara yang cuba mengeluarkan 200 dinar Libya (RM495) walaupun pencennya yang cuma 350 dinar (RM860) sebulan sudah empat bulan tidak berbayar.

Seorang lagi pesara, Messe Abdullah, berkata dia terpaksa berjimat cermat supaya wang perbelanjaan diberikan dua anak lelakinya boleh bertahan hingga hujung bulan bagi menyara keluarganya yang besar.

“Perbelanjaan pada Ramadan agak mahal bagi orang seperti saya yang mempunyai keluarga besar. Dua anak lelaki saya terpaksa menanggung 15 mulut dalam keluarga kami,” kata lelaki berumur 65 tahun itu.
Khamis lalu, seramai 100 orang berkumpul di hadapan Bank BNP Paribas, masing-masing berdoa dipanggil masuk ke dalam bank berkenaan untuk mengeluarkan wang.

“Keperluan pada Ramadan memang bertambah tetapi sedihnya kami tiada wang,” kata Yasmin Muhammad, 62.


Menurutnya, perbelanjaan untuk sebuah keluarga yang besar pada Ramadan biasanya boleh mencecah 3,000 dinar (RM7,340) - atau 10 kali lebih tinggi berbanding purata gaji kakitangan kerajaan.


Najit Ali, 35, yang bertugas sebagai guru dan mempunyai enam anak remaja, masih belum berputus asa untuk mendapatkan wang walaupun sudah 10 hari beratur di bank tanpa sebarang hasil.


“Sejak April saya tidak menerima gaji. Memang saya sudah tidak mempunyai wang tunai. Kami boleh bertahan sampai sekarang kerana Allah itu Maha Pemurah, tetapi saya tetap bimbang. Hidup kami benar-benar susah, barang pula mahal,” katanya.


Sesetengah daripada pemegang akaun di bank berkenaan yang sudah beratur sejak beberapa minggu lalu mula hilang sabar. Kebanyakannya tidak menerima gaji sejak April atau Mac lalu, sementara sesetengahnya lagi merungut hanya boleh mengambil sebahagian kecil daripada gaji mereka kerana bank mengehadkan pengeluaran kepada 100 hingga 200 dinar (RM245 hingga RM490) seorang.


“Gaji saya 600 dinar (RM1,470) sebulan, tetapi saya hanya boleh keluarkan 100 atau 200 dinar saja,” kata Naji Mohammed, 32.


Dalam keluh kesah itu, seorang pemandu, Ahmad Misrati cuba berseloroh dengan berkata, “Mujur Gaddafi sudah membiasakan kami dengan kemiskinan. Orang yang sangat bergantung kepada kerajaan dan tiada pekerjaan sampingan mengalami kesan yang paling teruk dan ini membabitkan satu pertiga daripada penduduk Libya,” katanya.


Sesetengah pelanggan bank Al-Wahda merungut mereka ditolak ke sana ke sini dari satu cawangan ke cawangan lain tetapi masih tidak berjaya mengeluarkan simpanan mereka.


“Saya datang dari Jalo dan sekarang berada di ibu pejabat (bank) pun saya masih gagal mendapatkan wang,” rungut seorang wanita.


Salah seorang kakitangan bank yang enggan dikenali mengulas keadaan ini.


“Semua pelanggan datang untuk mengambil wang mereka. Tapi tiada siapa yang tahu di mana sebenarnya wang kami. Apa yang boleh kami lakukan?” katanya.


Pengurus Pembangunan Bank of Commerce, Hamed Salhin Elraeid, berkata masalah besar yang dihadapi sekarang ialah ketidakcukupan wang tunai kerana kebanyakan bank beribu pejabat di Tripoli di mana sebahagian besar dana disimpan di sana.


Selain itu katanya, bank tidak boleh menjana sendiri wang tunai daripada cek gaji yang dihantar sektor swasta atau awam. Walaupun orang ramai membeli-belah menggunakan wang tunai, golongan peniaga tidak menyimpan wang mereka di bank kerana ia mahu digunakan untuk membeli barang dari luar negara.


Masalah ini lebih meruncing dengan adanya undang-undang yang mengkehendaki bank menyimpan 20 peratus daripada aset mereka di bank pusat Libya.


“Ramai peniaga sudah berhenti memasukkan wang ke dalam akaun mereka dan kebanyakan wang ada di bank pusat di Tripoli. Kami juga menunggu masyarakat antarabangsa membantu Majlis Transisi Kebangsaan (NTC) kami untuk membuka akaun di luar negara supaya mereka (peniaga) boleh membuat surat kredit (surat yang biasanya dikeluarkan institusi kewangan sebagai pembiayaan perdagangan) dan membolehkan sektor swasta mengimport sendiri barang perniagaan mereka,” katanya.


Pengerusi NTC, Mustafa Mohamed Abdel Jalil berkata, pihak pembangkang berharap bayaran gaji pekerja dapat dijelaskan pada awal Ramadan walaupun harapan ke arah itu nampaknya masih suram.


Mustafa bertegas bahawa Benghazi masih bertahan tetapi masih tiada pihak yang menyalahkan NTC walaupun masing-masing menunggu mendapatkan wang daripada aset beku Libya di luar negara.


“Kami sudah bebas tetapi tiada wang,” gurau Farah al-Misrati, salah seorang pelanggan yang sabar beratur di luar bank.


“Pihak bank asyik memberitahu kami mereka kehabisan wang. Keadaan ini menyebabkan Ramadan kali ini lebih sukar,” kata Hussein Mohammed, 28 yang bekerja sebagai polis.


Seorang lagi pelanggan, Khaled al-Mabny mencelah, “Penyelesaiannya harus datang dari luar. “Kami ada banyak dana beku di luar negara. Orang Libya sebenarnya kaya.” - AFP

Sumber MyMetro

Gaddafi gold-for-oil, dollar-doom plans behind Libya 'mission'?


Wang berjuta tak mampu dikeluarkan..
yang ada ditangan pula semakin susut nilai dek kerana situasi pergolakan..
apakah menurut anda yang terbaik untuk mengahdapi situasi begini bila terjadi?

Wednesday, 3 August 2011

Korea Selatan memulakan langkahnya..Bagaimana Anda?

Bank of Korea buys gold as dollar, euro lose clout

Published: Tuesday, 2 Aug 2011 | 1:54 AM ET

By Yoo Choonsik and Kim Yeonhee
SEOUL (Reuters) - South Korea spent more than a billion dollars in its first gold purchase in more than a decade, as uncertainty about global growth and sovereign debt push central banks around the world to diversify foreign reserves.

A brittle global economic recovery and precarious debt conditions in the United States and Europe have boosted the safe-haven appeal of gold, lifting bullion to a record high on Friday.

Rekod baru tertinggi dalam sejarah melepasi USD1660 setiap 1oz
The Bank of Korea said in a statement on Tuesday it bought 25 tonnes of gold over the past two months, raising its gold holding to 39.4 tonnes, news that helped lift spot gold by around $6 from late Monday.
Reserve currencies, like the dollar and euro, "have been losing their clout since the recent global financial crisis partly due to abnormal monetary policy adopted in many countries and fiscal deficit problems," said an official at the central bank who declined to be named because he was not authorized to speak to the media.
Data on 27 major economies from the Bank for International Settlements shows the dollar's inflation-adjusted real effective value has dropped by 10 percent in the past two years and the euro has lost 6 percent, reflecting the sharp increase in the amount of each currency in circulation.

South Korea's gold holdings remain far smaller than that of other Asian central banks, with China, which ranks sixth globally, the biggest with 1,054.1 tonnes by the end of May, according to World Gold Council data.Japan, No. 9 globally, has 765.2 tonnes of gold, or 3.3 percent of its total reserves, and 11th-ranked India has 557.7 tonnes, or 8.7 percent.

"South Korea's central bank seems a little late to the party, but gold investors should continue to expect price support as central bankers around the world are underinvested in the yellow stuff," said Sean McGillivray, head of asset allocation at Great Pacific Wealth Management.

"Investors and central bankers are looking to protect purchasing power, diversifying into the currency of last resort, gold."

With prices hovering near historic highs, the central bank of Asia's fourth-largest economy said gold looked less lucrative as an investment, but it was the right time to buy the precious metal because its foreign reserves had risen above $300 billion.The news helped boost gold prices, with spot up 0.4 percent at $1,623.94 an ounce by 0528 GMT. Gold hit a record high of $1,632.30 on Friday.

"Any news about central banks buying gold reassures consumers and other major players who are already looking at gold as an investment," said Jeffrey Pritchard, analyst at California-based commodities futures and options brokerage Altavest Worldwide Trading.

The Bank of Korea said its latest gold purchase was valued at $1.24 billion. It did not say whether it had bought gold bullion or funds, or whether it plans to buy more gold.

The purchase comes weeks before the central bank is due to face an annual parliamentary audit, expected in September, and after several South Korean lawmakers from both the ruling and opposition parties have repeatedly called for it to boost holdings of gold to diversify reserves.At 25 tonnes of gold, equivalent to 803,769 ounces, the average price paid comes to around $1,543 an ounce, based on Reuters calculations.
A BoK official said it was the bank's first gold purchase since at least the 1997-1998 Asian financial crisis when patriotic Koreans collected the precious metal as part of a campaign to boost the country's foreign reserves, when it was on the verge of a sovereign default.

"The country had too small an amount of foreign reserves to diversify into gold before 2004 and was not able to buy gold between 2005 and 2007 due to concerns about the central bank's annual losses," the Bank of Korea said.

"Now that our total reserves topped $300 billion and foreign exchange markets stabilized, we judged that conditions were ripe for us to increase gold holding."The increased gold holding would put South Korea in 45th position in the World Gold Council's list of central banks holding gold, up from 56th previously, the Bank of Korea said.

The United States has the biggest gold holding in its reserves, at 8,133.5 tonnes, or 74.7 percent of total reserves, according to the WGC's July report. Germany is a distant second with 3,401 tonnes, or 71.7 percent of its total reserves.

The Bank of Korea declined to disclose the purchase price but said it had entrusted all of its gold holding to the Bank of England for possible use in gold lending and other related transactions.

Including the gold, South Korea's foreign reserves rose by $6.55 billion in July to $311.03 billion, equivalent to about 30 percent of the country's annual gross domestic product of just more than $1 trillion in 2010.
South Korea's foreign reserves ranked seventh in the world as of the end of June, the central bank said.
(Additional reporting by Rujun Shen in Singapore and Frank Tang in New York; Writing by Manolo Serapio Jr; Editing by Michael Urquhart)

Korea Buy Gold - CNBC
Korea Beli Gold - Utusan Malaysia 3 Ogos 2011

Setelah membaca semua artikel yang berkaitan ini,apakah tindakan anda?
Kami sedia membantu memberi khidmat nasihat dan sebagainya semampunya..0172469326
'Khazanah Untuk Ummah'

Tuesday, 2 August 2011

Prestasi harga emas diunjur terus melonjak

Oleh Mahanum Abdul Aziz
mahanum@bharian.com.my
2011/08/02

Pelaburan dijangka beri pulangan 24 peratus setahun

PELABURAN dalam emas diunjurkan mampu memberikan pulangan sehingga 24 peratus setahun dalam tempoh tiga tahun akan datang dengan harga logam berharga itu dijangkakan mencecah AS$2,100 seauns menjelang 2014.

Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank (Stanchart), Steve Brice, berkata permintaan bagi emas dijangkakan terus meningkat terutama dari China serta India berikutan peningkatan pendapatan boleh guna di kedua-dua negara itu. 

Beliau berkata, keadaan ekonomi global yang tidak menentu berikutan masalah hutang di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang berlarutan juga menggalakkan bank pusat seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing.

“Kami yakin dengan prestasi harga emas berikutan permintaannya dijangka terus meningkat kerana pelabur melihat komoditi itu sebagai pelaburan lindung nilai,” katanya pada taklimat media mengenai jangkaan pelaburan separuh kedua di Kuala Lumpur, semalam.

Brice berkata, pihaknya menjangkakan harga emas mampu mencecah paras AS$1,650 seauns menjelang akhir tahun ini.


Keadaan persekitaran kadar faedah benar yang negatif di AS juga mendorong kepada peningkatan permintaan emas kerana kebiasaannya ia sangat tinggi ketika kadar faedah benar adalah negatif, jelasnya.
“Dalam tempoh Disember 2007 hingga kini, emas mencatatkan pulangan terkumpul sebanyak 43 peratus,” katanya.

Harga emas terus didagangkan kukuh mencecah AS$1,632.30 seauns Jumaat lalu berikutan data ekonomi yang lemah di AS.

Berita Harian 2 Ogos 2011
Bagaimanapun, harganya jatuh 0.7 peratus kepada AS$1,615.19 pada sesi dagangan semalam berikutan persetujuan pemimpin kongres AS untuk menaikkan had hutang dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi mengelak potensi gagal membayar hutang.

Selain emas, Brice berkata, pelaburan pasaran ekuiti juga dijangka memberi pulangan baik dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Beliau berkata, di sebalik keadaan tidak menentu di pasaran dunia, pasaran ekuiti masih mencatatkan prestasi baik berbanding kelas aset lain.

“Pada separuh pertama tahun ini, pasaran ekuiti mampu mencatatkan aliran meningkat walaupun ada beberapa berita buruk di pasaran seperti krisis hutang di Eropah dan AS, gempa bumi di Jepun serta krisis politik di Asia Barat.

“Ini bermakna terdapat kecairan di dalam pasaran kewangan dunia ketika ini yang menggalakkan aktiviti pelaburan,” tambahnya.

Beliau berkata pasaran ekuiti di China, Korea, Taiwan dan Jepun dijangka menarik perhatian pelabur asing kerana harga sahamnya sangat murah serta menawarkan pulangan yang menarik jika dibandingkan dengan pasaran saham lain.

Mari kita perkukuh ekonomi diri kita dengan mula menyimpan emas dan perak
Untuk bantuan khidmat nasihat dan belian boleh berhubung dengan pihak NurEmas 0172469326
'Khazanah Untuk Ummah'

Ekonomi AS bakal tenat?




Krisis ekonomi dan hutang yang berlaku di Amerika Syarikat telah menggugat keyakinan terhadap kepimpinannya di peringkat global. Ahli-ahli bank antarabangsa bimbang kegagalan negara itu boleh menjejaskan nilai dolar yang menjadi mata wang rizab dunia, sekali gus menjejaskan ekonomi dari Asia ke Afrika dan kemungkinan mengakibatkan pergolakan politik.


KUALA LUMPUR 1 Ogos - Amerika Syarikat (AS) diramal terjerumus dalam kemelesetan ekonomi lebih buruk menjelang suku keempat tahun ini.

MIDF Research dalam nota penyelidikannya berkata, pengurangan bajet yang menyaksikan penurunan dalam perbelanjaan oleh kerajaan AS bakal mengakibatkan masalah sebenar dalam ekonomi negara itu.

''Berdasarkan perkembangan semasa, kemungkinan AS mengalami kemelesetan lebih teruk pada suku keempat tahun ini atau awal 2012.

''Tahap kemelesetan lebih teruk sekiranya kerajaan AS mengurangkan bajet dengan agresif,'' katanya.

Negara kuasa besar itu mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku kedua 2011 kepada 1.3 peratus suku ke suku, jauh lebih rendah daripada jangkaan 1.9 peratus.Prestasi itu menunjukkan AS masih belum bangkit daripada kemelesetan ekonomi.

Firma penyelidikan tersebut berkata, prestasi ekonomi AS tidak banyak berubah disebabkan perbelanjaan pengguna yang mewakili 70 peratus ekonomi negara itu masih lemah.Arah hala perbelanjaan itu menyaksikan penurunan 4.4 peratus dalam pembelian barangan tahan lasak seperti automobil, sebaliknya berbelanja tinggi untuk makanan dan bahan api.

Keadaan semasa itu dijangka memberi tekanan kepada Rizab Persekutuan AS untuk melaksanakan pendekatan tambahan termasuk menerbitkan Kemudahan Kuantitatif 3 (QE3), tambahnya.

Sementara itu, OSK DMG turut menyifatkan data KDNK AS begitu lemah telah mendorong pelbagai spekulasi berlaku ke arah kemelesetan yang lebih ketara.Bagaimanapun katanya, kemungkinan berlakunya kemelesetan dalam tempoh enam hingga 12 bulan masih lagi rendah kerana secara kasar kebarangkalian adalah kurang daripada 20 peratus.

Namun, fiskal AS mempunyai potensi untuk mendorong satu kejutan negatif terhadap keyakinan dan keadaan pasaran kewangan, dengan itu secara material akan menaikkan kemungkinan berlaku kemelesetan.

Utusan Malaysia 8 Ogos 2011

Economic Collapse a Mathematical Certainty - Top 5 Places Where Not To Be


US menanti kejatuhanya..adakah tidak berkait dengan kita?
NurEmas 'Khazanah Untuk Ummah' 0172469326

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...