Tuesday, 25 October 2011

JUAL SALAM 'pre oder'


Perkataan salam itu asal maknanya serah atau tangguh, maksudnya disini iaitu menjual sesuatu barang yang disifatkan kepada tanggungan seseorang yakni jual secara pesanan pada masa sekarang orang sebut order.

Rukun jual secara 'salam' pesanan:
Pertama: Muslim (pemesan).
Kedua: Muslim ilaih (penerima pesanan).
Ketiga: Muslim fih (barang yang dipesan).
Keempat: ra’su mal (modal atau harga).
Kelima: siqah (ijab dan qabul).

Segala syarat pada jual beli: disyaratkan juga pada jual salam ini melainkan syarat melihat tidak disyaratkan padanya.Contoh lafaz ijab seperti:
  “saya serahkan kepada anda duit untuk bagian-bagian”. Jawab oleh penerima pesanan (qabul) “saya terima”.


ATAU

  “saya serahkan kepada anda 2 dirham ini untuk dapatkan saya 2 ela kain sutera siam warna ungu”. Jawab penerima pesanan: “saya terima”. Dan ia pun qibad 2 dirham itu, lepas itu boleh ia bawa barang itu terus atau bertangguh dengan suatu masa.
Disyaratkan pada barang yang dipesan itu 5 syarat:-
1: Barang ituboleh diketahui dengan sifatnya mengikut kehendak pemesan sekira-kira tidak disifatkan dengan sifat yang jarang didapati seperti lulu’ yang besar atau jariah dengan adiknya atau dengan anaknya jika demikian tiada sah salam.

2: Barang itu bukan daripada jenis yang bercampur dengan jenis yang lain sekira-kira tidak dapat dipisahkan jika hendak diketahuikan juzuk-juzuknya seperti harisah, ma’jun dan lain-lain, jika demikian tiada sah salam.

3: Barang itu bukan daripada jenis makanan dimasak dengan api umpama daging jika hendak dimakan kena gulai, atau digoreng atau dipanggang jika demikian tidak sah salam, kecuali jika barang itu dibakar atau dipanaskan untuk hendak membezakan antara satu dengan yang lain itu tidak mengapa seperti dipanaskan sarang lebah untuk mengasingkan madu dengan lilinnya yang demikian itu sah salam.

4: Barang itu bukan darpada barang yang ada di hadapan mata malahan ia hutang yakni tidak ada ditempat akad cuma disifatkan sahaja dalam tanggungan penerima pesanan, maka jika ditentukan kepada penerima pesanan seperti katanya: “saya pesan kepada anda kain ini dengan 1 dirham ini” jawapnya: “saya terima”, tidaklah jadi salam dan tidak jadi jual beli yang demikian akad itu tidak sah.

5: Bukan barang itu daripada tempat yang tidak kekal adanya seperti sekejap ada dan sekejap putus. Kalau pemesan berkata: “saya pesan kepada anda dengan 10 ringgit ini untuk dapatkan saya 5 kilo kurma Kampung Badar”. Jawab penerima pesanan: “saya terima”, nescaya tidak sah kerana kampung itu sebuah kampung yang kecil boleh jadi putus adanya dengan sebab bencana.
Adalah ditegaskan lagi iaitu pada barang yang dipesan itu selain daripada jenisnya dan macamnya:-

Pertama: hendaklah disifatkan dengan sifat yang boleh jadi harganya berlain-lain seperti salam sahaya hendaklah disebutkan laki-laki, perempuan, umur lebih kurang, tinggi, rendah, sederhana dan warnanya. Demikian jua pada lembu, kambing dan lain-lain.

Kedua: disebutkan kadarnya dengan sukatan atau timbangan atau bilangan.

Ketiga: sebutkan masa yang boleh dapat diterima barang itu seperti sebulan atau seumpamanya pada salam yang ditangguhkan. Maka jika ditangguhkan masanya dengan datang zaid umpamanya tidak sah salam itu kerana tiada diketahuikan bila masanya ia datang.

Keempat: hendaklah barang itu mewujud (ada) pada qalibnya apabila dikehendakkan. Maka jika dipesan sesuatu barang yang tidak boleh ada ketika dikehendakkan pada qalibnya seperti buah buah kurma jenis ratob ketika musim sejuk tiadalah sah salam itu.

Kelima: disebutkan tempat menerima barang itu jika tempat ia berakad itu tidak layak jadi tempat menerima seperti tengah laut atau dalam hutan atau hendak pergi ke tempat itu kena belanja.

Keenam: diketahuikan qadar harganya, jenisnya dan sifatnya yang di dalam tanggungan atau dilihatnya jika harga itu ditentukan.

Ketujuh: ada qibad antara pemesan dan penerima pesanan pada harga dalam tempat akad sebelum keduanya berpisah, maka jika berpisah keduanya sebelum terimaan harga itu nescaya batal akadnya.Sekiranya diterima separuh dan yang separuh lagi belum diterima ada dua pendapat ulama, ada mengatakan tak sah semua sekali, manakala setengah ulama yang lain berpendapat sah pada yang baqi, qul ini lebih dekat dengan yang sebenar. Yang dimaksudkan dengan qibad itu ialah qibad hakiki. Maka jika pemesan itu memindahkan (hiwallah) harga itu kepada orang lain dan diterima olehnya dalam tempat akad itu juga nescaya tidak memadai kerana hiwallah itu bukan qibad hakiki.

Kelapan: bahawa akad salam itu tidak boleh dimasukkan kedalamnya khiyar syarat kerana harganya tidak boleh ditangguhkan tetapi boleh khiyar majlis.
Kredit:Ust Rafidi Hashim

Tuesday, 18 October 2011

Lain Goyang...Kita?

Bahana bila terlalu selesa

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Eropah terjerumus dalam krisis hutang akibat terlalu banyak memberi fokus kepada keselesaan dan faedah kepada rakyat tanpa mengambil kira risiko-risiko jangka panjang.
Ahli Majlis Penguasaan Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF), Prof. Dr. Volker Nenhaus berkata, tumpuan yang melampau itu menyebabkan ekonomi sebenar Eropah menjadi tidak kompetitif dan akhirnya terjejas.

Menurut beliau, pentadbiran ekonomi Eropah yang tidak mengenakan beban cukai kepada rakyatnya telah mengakibatkan kerajaan terpaksa menanggung bajet yang besar, sedangkan produktiviti rakyatnya semakin kurang.
Utusan Online 18 Okt 2011

''Memanglah sukar kerana di Eropah rakyatnya hanya memberi sumbangan kecil kepada cukai, bilangan penduduk juga terhenti menyebabkan produktiviti semakin menurun.

''Kerajaan terpaksa menanggung beban dan inilah akibatnya yang melanda Eropah sekarang,'' katanya selepas menyampaikan syarahan bertajuk 'Peluang Bagi Kewangan Islam di Arab, Asia dan Eropah' di sini hari ini.

Beliau yang juga Profesor Ekonomi di Universiti of Trier, Jerman berkata, negara-negara Eropah perlu mengelakkan keruntuhan bank-bank di negara itu kerana ia akan memburukkan keadaan sedia ada.
Katanya, penyelesaian krisis Eropah kini dilihat menemui jalan buntu kerana para pemimpin negara-negara tersebut kini lebih tertumpu untuk menyelamat negara sendiri berbanding membantu Greece menangani masalah hutang besarnya.

''Percayalah, kalau ia berlarutan, masalah di Eropah semakin buruk,'' ujarnya.
Katanya, dalam keadaan sekarang, Eropah sepatutnya tidak terlalu tertumpu untuk menyelamatkan bank-bank yang gagal sebaliknya memberi tumpuan kepada bank-bank yang masih boleh 'bernafas'.

Ditanya sama ada krisis itu akan menjejaskan Asia, Nienhaus berkata, Asia mahupun Malaysia tidak akan terjejas teruk dengan krisis hutang di Eropah, biarpun dunia saling berkait dalam hubungan perdagangan.
Katanya, seperti Malaysia, negara-negara di rantau ini tidak mempunyai pendedahan dengan 'toksik' (risiko-risiko tinggi) dalam sistem kewangan Eropah.

''Malaysia mempunyai sistem kewangan yang cukup kukuh, selain tidak terdedah kepada risiko-risiko tinggi, kekukuhan itu menjadi penampan kepada negara ini,'' katanya.


kehebatan ekonomi di eropah yang semakin meruncing kini dikatakan tidak terlalu menjejaskan Malaysia..
hebat rupanya ekonomi Malaysia selama ini..
tapi kalau Malaysia hebat dengan sistem kewangan yang kukuh selain tidak terdedah kepada risiko tinggi yang mampu menjadi penampan...masih tertanya-tanya kenapa la nilai tukaran wang kertas Ringgit Malaysia rendah?ermmmmm...
'khazanah Untuk ummah' 0172469326

Monday, 17 October 2011

Perbankan Islam Satu Penindasan?



Penuh tanda tanya pada sesuatu yang kita kena terima tanpa rela..
kembali padaNya secara syumul
'khazanah untuk ummah'

Kesedaran Untuk Dicontohi

Kelantan pinda enakmen emas
Harakahdaily   
KOTA BHARU, 17 Okt: Kerajaan Negeri Kelantan akan meminda Enakmen Kewangan Kelantan 1995 bagi membolehkan negeri itu membeli, menyimpan serta melabur emas dan perak.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, pindaan itu akan dibuat dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula minggu ini.

“Dengan adanya pindaan ini ia bertujuan mengizinkan Kerajaan Negeri membeli, menyimpan dan melabur logam-logam berharga seperti emas, perak dan lain-lain supaya mata wang ini diguna pakai di Kelantan dan tidak bergantung kepada mata wang kertas yang semakin lemah nilainya," lapor Sinar harian.

Beliau berkat demikian pada sidang media selepas Forum Rakyat di sini, kelmarin.

Beliau memberi contoh negeri Utah di Amerika Syarikat sudah membuat undang-undang seperti ini peringkat negeri itu yang membolehkan mata wang jenis ini diterima kembali.

"Begitu juga Singapura juga sudah melaksanakannya sejak tahun 1965 lagi,” tambahnya.

Menurutnya lagi, Kelantan mahu menjadi perintis memperkenalkan enakmen itu di Malaysia dan menegaskan ia bidang kuasa Kerajaan Negeri dan tidak perlu kelulusan Kerajaan Pusat.

Negara-negara lain juga mengambil pendekatan sama seperti China yang mengalihkan polisi mereka apabila menyedari US Dollar lemah lalu menetapkan 10 peratus simpanan antarabangsa mereka dalam bentuk jongkong emas.

Katanya, langkah itu turut diikuti India dan Korea Selatan tetapi apa yang menghairankan Malaysia masih lagi tidak melakukan sebarang tindakan bagi mengatasi masalah itu.

Husam berkata, lazimnya masyarakat Islam diminta membahagikan simpanan mereka mengikut portfolio yang merangkumi emas, perak, mata wang kertas dan sebagainya.


“Bagaimanapun dalam negara kita sekarang ringgit disimpan dalam mata wang kertas terutama sekali US Dollar dan juga Euro. Dalam sejarah mata wang Islam terdapat dinar, dirham dan fulus.

“Fulus boleh menjadi ringgit Malaysia. Setiap mata wang memiliki kekuatan dan kelemahan masing-masing tetapi apabila ada tiga kombinasi itu ia menjadi kuat,” katanya.

Menurutnya, sebagai komoditi harga emas akan naik dan turun, apabila harga emas turun, fulus boleh berperanan tetapi apabila harga emas naik, dinar pula sebagai ganti.

Dengan cara itu, katanya, kekayaan yang dimiliki dapat diselamatkan kerana kombinasi mata wang jenis itu diguna pakai.


ditangan Nabi S.A.W ada kepingan emas serta perak yang dipanggil Dinar & Dirham
ditangan kita adakah masih ada kepingan kertas yang terdapat angka-angka tertulis Ringgit Malaysia atau US Dolar lagi?
'Khazanah Untuk Ummah' di 0172469326

Wednesday, 12 October 2011

'Ekonomi' 12 Oktober 2011 semakin baik?

Moody's unjur ekonomi AS meleset 12 bulan lagi

WASHINGTON 11 Okt. - Kegagalan ahli-ahli politik mencapai kata sepakat berhubung pengurangan defisit dan tindakan menyalahkan pemimpin Eropah secara berterusan boleh menyebabkan Amerika Syarikat (AS) terjerumus dalam kemelesetan ekonomi dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Ketua Ekonomi Moody's, Mark Zandi berkata, ekonomi AS hanya boleh berkembang 2.0 peratus setahun pada separuh kedua 2011 dan meningkat 2.5 peratus pada 2012 dengan syarat ahli-ahli politiknya mengurangkan perbelanjaan.

''Ekonomi AS berkembang tetapi yang kecewa pertumbuhannya yang perlahan menyebabkan ia mudah terjejas dan terjerumus jika berlaku masalah,'' katanya.

Zandi menambah, tinjauan masih samar tetapi mengunjurkan AS mempunyai potensi 40 peratus peluang untuk terjerumus dalam kemelesetan ekonomi dalam tempoh enam hingga 12 bulan.

Tegasnya, terdapat tiga ancaman besar kepada pemulihan ekonomi iaitu krisis hutang Eropah, penutupan krisis AS dan pertikaian besar antara Kongres dan pentadbiran AS berhubung polisi fiskal.

''Tinjauan kami, AS boleh dielakkan daripada kemelesetan kerana pada jangkaan kami menjangka pembuat polisi bertindak dalam beberapa bulan ini,'' tambah beliau.

Utusan Online 12 Okt 2011


Isu-isu utama adalah sama ada kedua-duanya menyetujui pelan bajet defisit yang tidak akan mengurangkan perbelanjaan dalam masa singkat dan sama ada mereka bersetuju untuk melanjutkan program pengurangan cukai pendapatan yang boleh memberi lebih banyak tunai kepada pekerja-pekerja untuk berbelanja.

Zandi juga memberi amaran ketiadaan tindakan oleh pembuat dasar di Eropah, yang didakwa oleh Moody's sudah terjerumus dalam kemelesetan, akan merebak merentas Atlantik boleh menyebabkan pertumbuhan AS terganggu. - AFP


Slower global growth seen due to deteriorating situation

PETALING JAYA: Citigroup has once again cut its global growth forecast, as it views growth prospects have continued to deteriorate quickly, both for advanced and emerging economies.

The international financial conglomerate said in a recent report that it expected global economic growth (at current exchange rates) to slow from 4% last year to 3% this year and to 2.9% in 2012. This was a downward revision from its forecast last month of a 3.1% growth for 2011 and 3.2% for 2012. Two months ago, Citigroup was projecting a 3.7% global gross domestic product (GDP) growth for 2012.

Adjusted for purchasing power parity, Citigroup said global GDP growth could slow from 5% last year to 3.8% this year and 3.6% in 2012. This compared with its 2012 global GDP growth forecast of 3.9% last month and 4.4% two months ago.

“We expect early sovereign debt restructuring in the eurozone, and for the eurozone overall to slip back into recession in the coming quarters,” Citigroup said, adding that it expected more sovereign rating downgrades among eurozone countries in the next three to six months, especially for Italy, Spain, Greece, Portugal and Cyprus.

“Interest rates are likely to stay low and negative in real terms for a long period in the main advanced economies. We expect the European Central Bank to cut its key policy rate back to 1% in the coming months, and also some monetary easing across a range of emerging markets,” it said.

“For the US, if downside risks intensify, policymakers might turn first towards still-stronger language to guide rate expectations down. Renewed expansion of the Federal Reserve's balance sheet is unlikely unless deflation becomes a clear danger,” it added.

Citigroup believed that enhanced monetary accommodation was likely to persist through 2013 but said new fiscal supports for growth were expected to be limited for the US economy that's currently experiencing subpar growth.

Citigroup expects more rating downgrades among eurozone countries, including Greece, in the next three to six months. Yesterday new strikes hit Greece. — AFP


As for the world's fastest-growing economy, China, Citigroup said the country's GDP growth next year could slow from its earlier estimate of 9% to 8.7%, in view of the deteriorating external outlook as multiple debt restructurings in the eurozone could push the region into recession. With China's growth decelerating and inflation falling, Citigroup said further monetary tightening was unlikely, while fiscal policy would likely be more proactive to forestall downside risks.

Citigroup noted that economies in emerging Asia (excluding China) had also shown decelerating growth, with most pronounced weakness in technology exports. While inflation expectations were stabilising, it said sharp foreign exchange weakness could be counterproductive.

The Star Online 12 Okt 2011
It believed that policymakers in the region would likely remain cautious in monetary easing, given the risks to inflation expectations. Nonetheless, its stance is that Asian central banks are done raising interest rates.
Citigroup said it expected Malaysia's economy to grow 4.7% this year and 5% in 2012.


ketidak tentuan semakin pulih?
pulih atau tidak apa tindakan kita?
kami masih dengan saranan 'marilah kita mula menyimpan emas & perak'
0172469326 untuk mengetahui apa itu 'khazanah untuk ummah'

Tuesday, 11 October 2011

Kita Berhutang Tanpa Sedar


Di Amerika inilah situasinya



The global debt clock



Perhatikan masa & tarikh kemudian klik pada
The global debt clock untuk membuat perbandingan..
adakah ketika anda dapati hutang makin berkurang?
Lagi banyak kita berhutang lagi tinggi inflasi bakal kita hadapi..

pernahkah kita terfikir SAMPAI BILA?


saranan kami,marilah kita mula untuk sedar dan bersedia kepada satu keadaan yang kita anggap hari ini sebagai
mustahil..
hubungi kami untuk lebih lanjut di 0172469326
'khazanah untuk ummah'

Wednesday, 5 October 2011

Seorang Isteri


1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.



2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.


Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah..

Kredit Untuk Layar Minda
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...