Wednesday, 30 November 2011

Nilai tinggi 'emas berenang'


Ianya adalah salah satu spesis yang mahal bagi jenis arowana asia. Ada banyak pilihan daripada jenis Arowana Emas Malaysia seperti Arowana ‘Golden Bluebase’ iaitu boleh dikenali dengan mengamati berdasarkan skala warna metalik biru dan sejenis lagi dengan warna emas mengelilingi belakangnya atau semua keseluruhan badannya keemasan, ianya dikenali sebagai Arowana ‘Golden Crossback’, jika ianya mempunyai badan setengah emas pula dikenali sebagai Arowana Highback dan juga sejenis lagi dikenali sebagai ‘Super Highback’.


BAGAN SERAI 29 Nov. - Pada sekitar tahun 2000, tidak sampai 10 usahawan yang mengusahakan 300 kolam ikan Arowana di Tasik Bukit Merah, di sini.

Bagaimanapun, potensi industri yang mampu menjana keuntungan mencecah jutaan ringgit itu telah menjadikan tasik buatan manusia tertua di Malaysia menggamit 77 lagi perusahaan baru melibatkan 3,808 kolam pada tahun 2010.

Tidak hairanlah, ada pandangan menyebut Tasik Bukit Merah yang berkeluasan mencecah 200 hektar itu dihuni 'emas' yang berenang - merujuk nilai tinggi ikan Arowana yang diternak di situ.

Salah seorang pengusaha, Datuk Mohammd Rodzi Awang Kechek berkata, jika 10 tahun lalu seseorang menyebut industri ikan perhiasan mampu memberi pulangan sehingga jutaan ringgit, orang itu diibaratkan sebagai gila.

''Tapi keadaan sudah berubah, industri ikan perhiasan berkembang begitu pantas ekoran minat serta permintaannya yang meningkat di pasaran dunia," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.Mohammd Rodzi mengakui, ketika dipelawa seorang rakan untuk menceburi bidang itu pada tahun 2009, beliau berasa sangsi dan kurang yakin memandangkan pengetahuannya yang amat cetek mengenai industri tersebut.

Bagaimanapun, katanya, melihat potensi serta kejayaan pengusaha-pengusaha sedia ada, beliau dan rakannya itu akhirnya mengambil keputusan mencuba nasib dengan berbekalkan modal kira-kira RM3 juta.Selepas dua tahun, pertaruhan besar anak jati Kampung Selama, Perak itu ternyata berbaloi apabila kini mempunyai 99 kolam mengandungi 20,000 ikan Arowana yang dianggarkan bernilai RM44 juta.

''Namun, ia tidak semudah yang disangka, memandangkan pengetahuan yang cetek serta ketidakupayaan bersaing dengan pelabur luar seperti Singapura dan Indonesia, kami mengalami kerugian.''Tetapi kami tidak patah semangat, untuk berjaya dalam industri ini, mesti ada lebih kesabaran. Syukurlah, kami berjaya bertahan sehingga hari ini," ujarnya.

Mohammd Rodzi memberitahu, antara spesis Arowana yang diternak di kolamnya termasuklah Arowana Emas, Merah, Hijau dan jenis Myanmar Nami.Bagaimanapun katanya, Arowana Emas adalah komoditi yang terbaik dan unik dan harganya mampu mencecah RM28,000 seekor.

Utusan Online
Menurut beliau, apa yang menarik mengenai Tasik Bukit Merah ialah, ikan Arowana mudah membiak di kawasan itu berbanding kawasan lain ekoran kesesuaian airnya dengan kadar pH antara 6.8 dan 7.4.

''Ada beberapa pengusaha sebelum ini cuba menternak Arowana di kawasan lain termasuk sekitar Kuala Kangsar, Perak tetapi ia tidak berjaya kerana ikan-ikan tidak dapat bertelur," tambahnya.

Mengenai perancangan masa depan, Mohammd Rodzi berkata, walaupun harga pasaran Arowana sedikit menurun sejak kebelakangan ini, beliau berhasrat menambah jumlah kolam sedia ada kerana yakin industri itu akan terus berkembang pada masa hadapan.


Harga seekor ikan yang dinilaikan seperti 'emas' berdasarkan harga jualanya..
tapi andai ikan ini di potong...apakah nilainya yang tinggal?
jika sekeping emas yang anda miliki dipotong pula..apakah nilainya yang tinggal?
mari kita renung-renungkan...atau 0172469326 untuk lebih lanjut
'khazanah untuk ummah'

Year Of Tiger Gold Plated

Material : Coin 24karat Gold Plate With Jade (Silver + Aloy)
Diameter : 1*50mm   4*40mm
Weight : 1*24.5g   4*18g
Year : 2010
COA,Box & Capsule
RM307
Free Postage

Sunday, 27 November 2011

Emas Fizikal

Chavez bawa pulang simpanan emas negara RM35.1 bilion