Saturday, 31 December 2011

SimPack Celcom Broadband


SimPack SKMM Celcom Broadband Pek Komputer 1 Malaysia

*Bulanan hanya RM25 bermula bulan ke-2

*Free Internet untuk bulan pertama
*Had data 5G & lebih
*Kelajuan sehingga 1.5Mbps
*Menyokong HSDPA, 3G atau GPRS
*Maxis Modem Huawei E220 7.2Mbps
*Tiada Kontrak

*Plug & Play (Laptop,Ipad,Galaxy Tab,Iphone,HandPhone)
*Tiada bil hanya prepaid topup

SimPack Celcom Broadband ~ USB Cable ~ Maxis USB Modem Huawei E220 7.2Mbps
RM180 
RM170

Pengaktifan
(1) Taip : BROADBAND ACTIVATE

(2)h Hantar ke 28882
(3) Terima pengesahan & boleh melayari Internet secara percuma 30 hari




* Bulan Ke-2

1. Top up RM25 pada tarikh akhir (akan dimaklum seminggu sebelum tamat)
2. SMS "broadband skmm" send 28882

3. Reply YES




Normal SimPack Celcom Broadband with Modem Vodafone 3.6Mbps
Transfer Rate

Pandagan mereka yang sudah melanggan..



~Promosi 48Jam~
31 Dis 2011-1 Jan 2012
RM160 Pos Percuma
RM170 Pos Percuma
~0172469326~




Friday, 30 December 2011

Dinar & Dirham Di Akhir 2011

Jualan dinar, dirham lebih RM40.9 juta
Rizal Tahir   
Rekabentuk baru Dinar Kelantan
KOTA BHARU, 30 Dis: Pencapaian Kelantan Gold Trade (KGT) sepanjang tahun ini begitu membanggakan sehingga mencecah jualan bersih dinar dan dirham berjumlah RM40,947,972.


Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata dengan pencapaian itu KGT muncul sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang begitu aktif dalam urusan jual belinya.

Husam memberitahu, keuntungan kasar yang diperolehi KGT sepanjang tahun ini RM5,211,484 selepas ianya mula ditubuhkan setahun lalu.

Husam menjangkakan keuntungan bersih itu akan meningkat lagi pada tahun hadapan.Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabatnya petang semalam.

“Hari ini juga kita akan perkenalkan reka bentuk baru dinar sempena tahun baru hijrah 1433 hijrah, termasuk mengeluarkan setengah dinar, 2.16 gm, dua dinar, lapan dinarpun ada,” ujarnya.

Husam berkata, perbezaan dinar lama dengan yang baru dikeluarkan ini, ciri-ciri keselamatan, termasuk kalimah ‘Lailahaillallah.. Muhammadurasulullah yang menggunakan hologram.

Sehubungan itu, Husam berkata, dinar berkenaan muncul sebagai dinar yang pertama mempunyai ‘hologram’.Tambahnya lagi, sepanjang tempoh pengeluaran dinar dan dirham di negeri ini, ianya diakui terbaik berbanding yang dikeluarkan dalam sejarah manusia.

Husam juga turut mendedahkan Dinar Kelantan mempunyai Kod DNA untuk menjaga keselamatan dinar tersebut.“Kita jangka dinar ini akan diedarkan pertengahan Febuari 2012,” ujarnya.Selain itu, katanya KGT turut mengeluarkan ‘dirham kenangan’ bernilai 10 dirham untuk golongan remaja dan wanita yang boleh dibeli dengan harga RM250, iaitu mengikut harga pasaran semasa.

Katanya, pengeluaran dirham itu begitu terhad dan mempunyai reka bentuk yang menarik sempena keluaran khas.Sehubungan itu, beliau menyeru kepada orang ramai yang berminat untuk memiliki dinar dan dirham berwajah baru itu boleh didapati di wakalah (cawangan yang sah) sama ada dalam dan luar Kelantan.


Kesedaran yang tinggi..kepada yang masih belum menukar bentuk simpanan dari wang kertas kepada 'emas & perak' ayuh kita merubahnya...
'khazanah untuk ummah'

Anda Bagaimana?


Komoditi kembali jadi pilihan

SINGAPURA 29 Dis. - Para pengurus dana rantau Asia kembali menumpukan kepada komoditi pada bulan Disember berikutan jangkaan harga emas yang memberangsangkan di sebalik ketidaktentuan ekonomi dan politik Eropah.

Keadaan yang mencabar dalam menempatkan aset berterusan pada bulan ini kerana tinjauan hadapan tidak menentu memaksa pelabur lebih berhati-hati memilih pelaburan mereka.

Utusan Online 30-12-11
Pada masa yang sama, keengganan untuk mengambil risiko juga menyaksikan pelabur berhati-hati dalam mendedahkan mereka kepada pegangan tunai.

Undian DowJones menunjukkan para pengurus dana mengurangkan wajaran terhadap tunai menurun pada Disember tetapi meningkatkan tumpuan terhadap komoditi.

''Dengan evolusi krisis Eropah kekal tidak menentu, tinjauan untuk pasaran kewangan menjadi lebih mudah tunai,'' kata ING Investment Management Asia Pasifik.

''Bergantung kepada berita ekonomi dan politik, para pelabur terus bertukar secara mendadak antara risiko tinggi atau rendah,'' katanya.

Perubahan yang pesat antara dagangan 'risk-on' dan 'risk-off' pada tahun ini ekoran perundingan politik di Eropah gagal untuk menstabilkan pasaran menjadikan pelabur mencari pelaburan selamat seperti emas.


Bisnes Dunia: Krisis hutang Eropah malap saham Asia
2011/12/30

Kejatuhan euro jejas dagangan

PASARAN saham Asia sebahagian besarnya susut semalam seiring dengan penurunan mata wang euro susulan kebimbangan berterusan terhadap kesan krisis hutang zon Eropah yang masih belum menemui jalan penyelesaian dalam pada pelaksanaan aktiviti lelongan hutang jangka panjang Itali.

Dengan dagangan agak perlahan ekoran cuti hujung tahun, pasaran saham Asia juga dipengaruhi pergerakan Wall Street dan pasaran Eropah di sebalik Rom kejayaan penjualan bon jangka pendeknya kelmarin.
Saham Tokyo menyusut 0.29 peratus atau 24.73 mata untuk ditutup pada 8,398.89 manakala Sydney turun 0.43 peratus atau 17.7 mata kepada 4,071.1.
Hong Kong susut 0.75 peratus pada dagangan tengah hari semalam.

Seoul pula hampir tidak berubah, naik 0.62 mata kepada 1,825.74 pada hari terakhir dagangan di pasaran bagi tahun ini, manakala Shanghai juga tidak berubah.

Pengeksport Jepun berdepan tekanan ekoran peningkatan nilai mata wang yen pada paras tertingginya berbanding euro sejak Jun 2001, dan peniaga khuatir dengan penjualan bon Itali.

Dalam dagangan elektronik Asia, mata wang euro susut 100.35 yen berbanding 100.80 di New York, dan ia juga mencatat paras terendah dalam tempoh 11 bulan berbanding dolar iaitu AS$1.2888 berbanding AS$1.2912 di New York. Dolar diniagakan pada 77.74 yen, daripada 77.90 di New York.

Berita Harian Online 30-12-11
Pasaran bagaimanapun lega sedikiti selepas Itali melaksanakan lelongan bon bernilai sembilan bilion euro (AS$11.8 bilion) pada kadar rendah untuk tempoh enam bulan.

Bagaimanapun, kebimbangan masalah kewangan zon Eropah yang terus semakin meningkat dan kekal mempengaruhi sambutan dagangan berkenaan.

“Tempoh lelongan singkat sekuriti hutang Itali, adalah lebih baik daripada jangkaan. Tetapi ujian sebenar pada pasaran adalah bagaimana dengan prestasinya,” kata Pengarah Bahagian Kekayaan Persendirian Macquarie, Martin Lakos.

Harga minyak mentah ditutup bercampur-campur, yang mana kontrak utama New York bagi Light, Sweet bagi penghantaran Februari, meningkat 28 sen pada AS$99.64 satu tong.

Minyak mentah Brent North Sea bagi penghantaran Februari susut dua sen kepada AS$107.54.

Harga emas pula diniagakan pada AS$1,553.20 seaun berbanding AS$1,588.26 kelmarin.

Di pasaran lain, Taipei naik 0.26 peratus, atau 18.15 mata untuk ditutup pada 7,074.82.

Saham Hon Hai naik 0.48 peratus kepada Tw$82.9 manakala Taiwan Semiconductor Manufacturing Co adalah 0.13 peratus lebih tinggi pada Tw$75.8.

Manila ditutup pada Jumaat kerana cuti umum, mengakhiri dagangan 0.81 peratus lebih tinggi, menambah 35.33 mata kepada 4,371.96.

Wellington naik 0.29 peratus, menambah 9.35 mata kepada 3,246.25.

Telecom tidak berubah pada NZ$2.05, manakala Fletcher Building naik 1.0 peratus kepada NZ$6.06 dan Contact naik 0.97 peratus kepada NZ$5.22. – AFP


1-Bercerita kebaikan komuditi emas
2-Saham asia pun terjejas kerana krisisi hutang eropah..
3-Anda bagaimana?
'khazanah untuk ummmah'

Thursday, 29 December 2011

Emak ingin Naik Haji


Emak, wanita usia lanjut yang sabar, tulus, dan penuh kebaikan hati, seperti umat Islam lainnya, sangat ingin menunaikan ibadah haji. Sayangnya, Emak tidak memiliki biaya untuk mewujudkan keinginannya. Emak sehari-hari berjualan kue dan juga dari Zein, anaknya yang duda, penjual lukisan keliling.

Walaupun Emak tahu bahwa pergi haji adalah hal yang sulit diraih, Emak tidak putus asa, dia tetap mengumpulkan rupiah demi rupiah untuk disetorkan ke tabungan haji di bank. Zein, yang melihat kegigihan Emak, berusaha dengan berbagai cara untuk dapat mewujudkan keinginan Emak. Tapi, keterbatasannya sebagai penjual lukisan keliling, serta masalah-masalah yang diwarisinya dari perkawinannya yang gagal, menyebabkan Zein hampir-hampir putus asa dan nekat.

Sementara, tetangga Emak yang kaya raya sudah beberapa kali menunaikan haji, apalagi pergi umroh. Di tempat lain ada orang berniat menunaikan haji hanya untuk kepentingan politik

Apakah ada jalan bagi Emak agar keinginannya terwujud? Apakah yang dilakukan Zein? Diwarnai berbagai drama yang saling jalin-berkelindan, film ini berkisah tentang ketulusan hati dan kerinduan kepada Tuhan, serta kecintaan luar biasa seorang anak kepada ibunya

DVDRip~300Mb~MKV

Mediafire Folder
Password Join File: 1moviedownload.com

Dua Senario

Ekonomi Malaysia diramal terus maju

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Setelah berjaya keluar daripada krisis kewangan global pada tahun 2008 dan 2009, ekonomi Malaysia kelihatan berada pada kedudukan yang baik untuk meneruskan kemajuannya dalam tahun 2012 dan selepas itu.

Ini menurut laporan oleh Oxford Business Group (OBG), sebuah firma penerbitan, penyelidikan dan perundingan risikan ekonomi global.Laporan itu juga menegaskan bahawa pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia meningkat, inflasi terkawal dan sektor kewangan teguh.
Utusan Online 29 Dis 2011
Dengan prestasi kukuh banyak sektor ekonomi dalam 12 bulan yang lepas, laporan itu berkata Malaysia berharap dapat mencapai prestasi yang lebih baik dalam 2012.

Ia juga berkata, dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) dijangka berkembang sebanyak lebih daripada 5.0 peratus pada 2011, angka-angka imbangan pembayaran Malaysia juga positif pada 2011.
Sementara itu, inflasi di Malaysia, masih agak teguh dengan indeks harga penguna meningkat sebanyak 3.4 peratus pada Oktober 2011 berbanding Oktober sebelumnya.

Ia mungkin turun selanjutnya pada tahun baru kepada di antara 2.5 peratus dengan 2.8 peratus pada 2012 berikutan permintaan dan kadar pertumbuhan yang menyusut serta harga komoditi yang menyederhana.
Dalam laporan baru-baru ini juga terdapat berita yang melegakan daripada agensi penarafan Fitch yang mengatakan sektor perbankan Malaysia berada pada kedudukan yang baik pada akhir tahun, dan berupaya mengharungi pusingan baharu kelembapan ekonomi.

Satu lagi tanda kestabilan dan tarikan ekonomi Malaysia ialah dalam bentuk pengaliran masuk FDI yang berkemungkinan mencapai atau melebihi ramalan RM10 bilion yang dibuat oleh kerajaan.

Bagaimanapun, tidak mustahil Malaysia mungkin perlu berusaha keras untuk mencapai jumlah ini pada 2012 memandangkan ada sedikit tanda-tanda FDI mungkin berkurangan apabila ekonomi-ekonomi zon Eropah bergerak semakin hampir ke arah kemelesetan, yang boleh melembapkan sentimen pelabur global.

Sekurang-kurangnya sedikit kesan daripada krisis hutang Eropah dijangkakan, manakala permintaan bagi eksport rata-rata diramalkan susut pada 2012, kata laporan itu. - BERNAMA


DUA SENARIO YANG BERBEZA WALAU DILAPORKAN PADA HARI YANG SAMA


Eropah: Pulih atau runtuh

BRUSSEL 28 Dis. - Tahun baru ini diharapkan dapat menjanjikan pemulihan kepada zon Eropah menerusi integrasi penuh dramatik ke dalam kesatuan kewangan baharu dengan ramalan bahawa salah satu 'negara kecil' akan meninggalkan mata wang Euro.
Utusan Online 29 Dis 2011
Jika 2011 berlalu sebagai 'tahun malang' (annus horribilis) bagi simbol integrasi Kesatuan Eropah (EU), pemimpin-pemimpin Jerman, Perancis dan negara-negara lain yang teruk terbeban hutang pula terpaksa mengambil pilihan yang jelas apabila mereka melangkah ke tahun 2012, genap sedekad selepas mata wang Euro digunakan sebagai transaksi setiap hari.

Seperti mana yang diucapkan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy baru-baru ini: "Krisis hutang Euro ini akan membuatkan seluruh Eropah tersungkur."

Ia mencerminkan masalah sebenar yang bermula di Greece diikuti bantuan kerajaan (bail-out) terhadap Ireland dan Portugal sebelum krisis melanda Sepanyol dan akhir sekali Itali.

"Eropah jenis apakah yang akan tinggal jika Euro tiada, jika nadi ekonomi Eropah ini terhenti?," kata Sarkozy lagi.

Satu transformasi radikal sedang dilaksanakan bagi mengelakkan 'kiamat' itu berlaku terhadap ekonomi Eropah.Malah Pengerusi Royal Bank of Scotland, Philip Hampton turut menjangkakan satu 'negara kecil' akan meninggalkan zon Eropah pada 2012. 

Beliau membuat komen sedemikian selepas melihat Greece mengakhiri rundingan yang amat memeritkan dengan penurunan nilai aset-asetnya oleh bank-bank terbesar dunia.Malah kenyataan pahit itu juga turut disuarakan oleh ramai orang di Kota London.

Semasa 2011 membuka tirainya, masalah di Athens, Dublin dan Lisbon masih dikira sebagai kecil dan tidak penting kepada zon Eropah secara keseluruhannya.

Namun, itu sebelum masalah tersebut menular ke mata wang Euro yang menyebabkan jantung ekonomi Eropah itu semakin parah dan menjangkiti Perancis dan juga Jerman di mana penarafan kredit semakin merosot, jualan bon kerajaan juga kurang dilanggan yang akhirnya menjadi satu kejutan besar buat mereka.
Krisis tersebut telah menyusahkan banyak pihak sejak masalah pertama timbul di Amerika Syarikat lewat 2007.

Ia telah memberi kesan besar kepada pasaran gadai janji, perbelanjaan pengguna serta menyebabkan kemelesetan kepada ekonomi sebenar isi rumah dan perniagaan sebelum benar-benar mencipta panik kepada hutang kerajaan di Eropah di mana bank-bank mula terasa sakitnya.

Walaupun bermula sebagai satu krisis ekonomi, namun tidak lama kemudian ia telah menjadi isu politik dan kepimpinan seperti mana yang dapat dilihat di dalam kes Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi.

Dengan itu, 12 bulan akan datang bakal menjadi titik penting bagi menentukan sama ada zon Eropah mempunyai kemampuan untuk melindungi Itali dan Sepanyol daripada terjerumus ke dalam jurang kewangan yang turut akan menelan Perancis.

Di Rome, kira-kira 400 bilion Euro (RM1.652 trilion) )dan 150 bilion Euro (RM471 juta) daripadanya, mesti dimiliki dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan bagi memastikan kerajaan Perdana Menterinya, Mario Monti masih kekal sementara menanti pilihan raya.

Menjelang pertengahan tahun 2012, satu mekanisme baharu, Mekanisme Kestabilan Eropah dijangka akan ditubuhkan dan dilaksanakan untuk menangani krisis ini.Dana kecemasan ini akan menggantikan Kemudahan Kestabilan Kewangan Eropah (EEFS) bernilai 440 bilion Euro (RM1.817 trilion). - AFP

Wednesday, 28 December 2011

Ada Apa Dengan Ekonomi Negara 2012?

PAS meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan Mac tahun depan dengan Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan paling cepat selepas sambutan Hari Tahun Baru Cina pada 23 Januari.

NONESetiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata selepas dibubar, masih  ada tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihan raya dan secara kasarnya tarikh berkenaan akan jatuh pada bulan Mac.
  
Ini termasuk tempoh untuk penamaan calon dan persediaan-persediaan lain, katanya.
  
"Sebenarnya kita sudah bercakap mengenai perkara ini sudah lama iaitu dua atau tiga bulan lepas. Pilihan raya umum tak akan diadakan pada 2011," katanya kepada Bernama hari ini.
  
Mustafa berkata BN akan mengambil peluang untuk mendekatkan diri dengan masyarakat Cina pada sambutan Tahun Baru Cina nanti.
  
Beliau berkata pilihan raya juga perlu diadakan dalam tempoh itu kerana mendakwa kerajaan bimbang dengan krisis ekonomi di Amerika Syarikat dan Eropah akan memberi kesan kepada negara.
  
Sementara itu, dalam web rasmi PAS, Mustafa berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan laporan media dan ramalan awal tentang status ekonomi negara.

   
Malaysiakini Online

Beliau juga berkata PAS tidak mengharapkan masalah dalaman Umno dan BN untuk menang pilihan raya akan datang.
  
Tempoh penggal Parlimen sekarang hanya akan berakhir pada Mac 2013.


Adakah ada kaitan dengan artikel sebelum ini 'Ekonomi Eropah Diramal Goyah Pada 2012'
yang penting adalah 'apa persediakan kita'
'khazanah untuk ummah'

Monday, 26 December 2011

Ekonomi Eropah diramal goyah pada 2012?

Ekonomi Eropah diramal goyah pada 2012


GAMBAR tidak bertarikh yang disediakan oleh pejabat pencetakan Jerman menunjukkan wang kertas 50 euro sedia untuk diagihkan di Berlin.

LONDON, Britain - Saham Eropah dan mata wang euro diramal berdepan pergolakan baharu pada 2012 selepas mata wang tunggal Kesatuan Eropah (EU) berkenaan merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan krisis hutang negara-negara Eropah.

Bursa-bursa utama Eropah menjunam antara 6.5 dan 25 peratus sejak permulaan tahun ini manakala mata wang euro merosot 2.5 peratus berbanding dolar dalam dagangan turun naik sepanjang bulan ini.

"Siapa yang dapat menyangka bahawa menjelang November, kita bercakap tentang bukan sahaja keruntuhan negara-negara mata wang euro tetapi tentang kemungkinan pembubaran EU," kata pakar strategi kanan firma BGC Partners, Howard Wheeldon.

"Siapa yang menyangka dalam tempoh sesingkat itu ekonomi EU berhenti daripada berkembang manakala pertumbuhan kembali ekonomi rantau berkenaan dilihat terlalu sukar," tambahnya.Mata wang euro menamatkan dagangan tahun ini dengan menjunam di bawah AS$1.30 untuk satu euro sekali gus tahap terendah sejak permulaan tahun 2011.

Kosmo Online 26 Dis 2011

Mata wang tunggal EU itu turut menjunam pada takat terendah berbanding yen sejak 10 tahun lalu dalam dagangan pada September lepas.Keadaan tersebut berikutan kebimbangan pelabur berhubung ketidaktentuan ekonomi global dan kemerosotan nilai ekuiti di Eropah dan AS.

"Krisis mata wang euro dijangka semakin meruncing. Ekonomi global (pada 2012) diramal sama ada menyusut ke dalam kemelesetan atau mengalami pengurangan dalam pertumbuhan," kata penganalisis Commerzbank, Ulrich Leuchtmann.

"Pelaburan dalam mata wang dolar mungkin menguntungkan selain mata wang yen dan emas," tambahnya. - AFP


Emas sebagai pelaburan menguntungkan?
masih mencari orang yang memiliki emas ini yang miskin...
'khazanah untuk ummah'

Thursday, 1 December 2011

Syurga Bagi Isteri

1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).
2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).


3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.

16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”

17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:
  • Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
  • Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
  • Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
  • Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
  • Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”
  1. Orang yang gemuk tapi kurus
  2. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
  3. Orang yang alim tapi jahil
  • Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
  • Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
  • Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung).
Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”
  • Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
  • Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
  • Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
  • Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
  • Ingat kepada Allah SWT
  • Lupakan budi baik mu pada orang lain.
  • Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
  • Ingat kepada mati.
23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
  • Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
  • Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
  • Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
    Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
  • Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
  • Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
  • Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
  • Minta talak.
  • Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
  • Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
  • Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
  • Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
24. Wajib bagi wanita:
  • Mengekalkan malu pada suaminya.
  • Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
  • Mengikut kata-kata dan suruhannya.
  • Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
  • Berdiri menyambut kedatangannya.
  • Berdiri menghantar pemergiannya.
  • Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
  • Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
  • Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
  • Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
  • Tiada khianat ketika tiada suaminya.
  • Memuliakan keluarga suaminya.
  • Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
  • Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

Syurga Bagi Isteri Yang Mentaati Suami Ustaz Kazim Part 1
Syurga Bagi Isteri Yang Mentaati Suami Ustaz Kazim Part 2

Syurga Bagi Isteri Yang Mentaati Suami Ustaz Kazim Part 3
Syurga Bagi Isteri Yang Mentaati Suami Ustaz Kazim Part 4

Syurga Bagi Isteri Yang Mentaati Suami Ustaz Kazim Part 5

Kesan Yang Dijangka?

Usaha Elak Krisis Matawang Euro

BRUSSELS, Belgium - Para Menteri Kewangan zon mata wang euro (Zon Euro) berkumpul di sini semalam dalam usaha untuk menyelamatkan 17 negara yang menggunakan mata wang itu sekali gus melindungi Eropah, Amerika Syarikat (AS), Asia dan ekonomi global daripada tsunami kewangan akibat krisis hutang.

Kebanyakan pegawai bersetuju mereka tidak boleh berlengah jika mahu menyelamatkan mata wang euro tetapi krisis yang menimpa jauh lebih serius daripada yang dijangkakan.

Kini, bukan sahaja mata wang euro yang digunakan oleh 332 juta orang terancam namun seperti yang diberitahu oleh Canselor Jerman, Angela Merkel dan beberapa pemimpin lain, jika mata wang euro gagal, perikatan 27 negara Kesatuan Eropah (EU) juga akan kecundang walaupun EU berjaya menyatukan benua Eropah yang sebelum ini berpecah akibat dua perang dunia.

Jika mata wang euro gagal, pinjaman bank akan dibekukan, bursa saham akan runtuh manakala ekonomi Eropah akan lompong.Menurut ramalan firma kewangan UBS, negara-negara Zon Euro akan mendapati ekonomi masing-masing merosot sehingga 50 peratus jika situasi mata wang tersebut berlaku.

Kosmo Online
Kegawatan kewangan dan ekonomi akan merebak dengan AS dan Asia dihimpit masalah pembekuan kredit manakala eksport kedua-dua rantau berkenaan ke Eropah turut runtuh.Senario yang berlaku pasti lebih dahsyat daripada krisis hutang 2008 yang menyusul ekoran krisis gadai janji yang berlaku di AS.


"Jika Eropah mengecil ataupun jika Eropah berdepan masalah, ia menyebabkan lebih sukar untuk kami menyediakan peluang pekerjaan yang baik di AS," kata Presiden AS, Barack Obama semasa menemui beberapa pegawai EU di Washington kelmarin.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kewangan Perancis, Francois Baroin menyatakan dalam wawancara bersama stesen radio France-Info semalam bahawa negara-negara EU perlu mengintegrasi bajet masing-masing dengan lebih rapi dan saling memantau dalam aspek perbelanjaan negara.

"Kita perlu mengubah pentadbiran Zon Euro," katanya.

Seramai 17 menteri kewangan Zon Euro akan berbincang untuk mengeluarkan bon Eropah yang dinamakan bon euro sebagai kaedah setiap negara akan menjamin negara lain yang mengalami krisis hutang dalam EU. - Agensi

Sepertinya makin tenat?
adakah anda merasakanya?
'khazanah untuk ummah'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...