Wednesday, 25 January 2012

Ada Apa Dengan Bank Islam?

Bank Islam tersasar?


Adnan Alias


KUALA LUMPUR 23 Jan. - Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) melahirkan kebimbangan terhadap trend bank-bank Islam tempatan pada waktu ini yang semakin mengejar keuntungan berbanding menepati 'maqasid' (matlamat) syariah.

Bank-bank Islam tempatan sepatutnya memakmurkan umat berbanding mengutamakan keuntungan.
Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan bank-bank Islam ini diterajui oleh -pemimpin muda yang mempunyai aliran pemikiran lebih moden, walaupun tidak dinafikan kealimannya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Adnan Alias berkata, berbanding generasi perintis bank-bank Islam di negara ini yang lebih tulen, peneraju-peneraju muda pada waktu ini didapati lebih cenderung mencipta keuntungan untuk bank masing-masing.

Beliau menegaskan, mencari keuntungan tidak salah, tetapi pengagihan perkongsian keuntungan dengan bank sekular perlu lebih diteliti supaya tidak bercampur dengan unsur yang tidak dibenarkan dalam Islam.
Katanya, peneraju muda juga perlu lebih peka terhadap tuntutan syariah dan tegas dalam membezakan apa yang boleh dan tidak boleh.

"Peneraju-peneraju muda perlu lebih berhati-hati dari segi pengasingan keuntungan dengan sistem yang diperoleh oleh bank sekular.

"Saya tidak nafikan bahawa tekanan daripada lembaga pengarah atau pihak pengurusan atasan mungkin menjadi penyebab peneraju-peneraju muda dalam bank-bank Islam berbuat demikian dan mereka semakin larut dengan perkembangan semasa,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Adnan menambah, secara peribadi beliau berbangga dengan pencapaian bank-bank Islam tempatan pada waktu ini dan sama sekali tidak meragui dan mempertikaikan ketulenan Islam dalam bank-bank Islam tempatan.

Malah, katanya, Malaysia merupakan negara yang mempunyai bank-bank Islam yang tulen produknya.
"Bank-bank Islam tempatan juga menjadi pelopor kepada sistem kewangan Islam dunia dengan memperkenalkan sukuk yang juga kini dituruti oleh bank-bank Islam di negara-negara Arab,'' ujarnya.


artikel sebelum ini
Bank Islam Satu penindasan?

Di bawah Lindungan Ka'bah



Filem ini mengisahkan sepasang kekasih yang jatuh cinta (Hamid dan Zainab) tetapi terpaksa berpisah kerana berasal daripada dua keluarga yang berbeza darjat. Ibu Hamid bekerja di rumah keluarga Zainab. Pertemuan demi pertemuan membuat keduanya saling jatuh cinta. Namun, kedudukan kewangan dibayangi hutang budi menyebabkan ibu Hamid melarang anaknya menaruh harapan memiliki Zainab.  Mereka, bagaimanapun, berkongsi impian sama iaitu setiap manusia bebas mencintai dan dicintai.
Dugaan demi dugaan mendera keduanya. Hamid kemudian diusir dari kampung kerana dituduh secara tidak sopan menyentuh Zainab sedangkan anak dara itu akan dijodohkan orang tuanya dengan anak saudagar kaya.
Mereka tetap setia dengan janji untuk mempertahankan cinta. Hamid yang diusir dari kampungnya akhirnya mengembara hingga sampai ke Makkah dan menunaikan ibadat haji seperti yang diimpikannya manakala Zainab tetap menjaga dengan setia janjinya, untuk bernikah hanya dengan orang dicintai.
Filem arahan Hanny R Saputra ini adalah antara filem yang bersaing merebut Oscar dalam kategori filem berbahasa asing Anugerah Akademi Amerika Syarikat.


DVDRip~Avi~706Mb
Rapidshare



Thursday, 19 January 2012

Kertas vs Emas

KUALA LUMPUR 17 Jan. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mencadangkan negara-negara menambat mata wang kepada emas berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi mengelak dihimpit krisis kewangan.



Beliau berkata, pendekatan tersebut akan membolehkan mata wang ditambat kepada barangan berharga dan membantu mengelak daripada menjadi mangsa manipulasi pihak-pihak tertentu.

Katanya, emas menjadi pilihan kerana nilainya yang terus meningkat berbanding dolar AS yang naik dan turun ekoran campur tangan dan manipulasi.

Sehubungan itu, tambahnya, negara-negara perlu melihat kembali kepada perjanjian Bretton Woods yang diperkenalkan selepas Perang Dunia Kedua untuk pembangunan ekonomi yang menyaksikan mata wang dunia ditambat kepada dolar AS dan emas.

"Pendekatan tersebut akan menyaksikan perniagaan mata wang berasaskan nilai sebenar dan bukannya nilai spekulasi.

Utusan
"Kita perlu kembali melihat pendekatan asal apabila menghadapi masalah seperti kata pepatah Melayu, pulang ke pangkal jalan," katanya yang sebelum ini telah beberapa kali mencadangkan penggunaan emas sebagai sandaran matawang utama.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bertajuk Kewangan Global: Membina kerangka antarabangsa baru pada majlis makan malam sempena Persidangan Pergerakan Kesederhanaan Global di sini malam ini.

Dr. Mahathir berkata, kerajaan juga perlu diberi kuasa untuk memantau perdagangan pasaran kewangan untuk mengelak daripada manipulasi.

"Selain itu, peraturan baru juga perlu diperkenalkan untuk memantau dan mengawal tindakan manipulasi oleh pihak-pihak berkenaan," ujarnya.



selama ini kita dimanipulasi?
'khazanah untuk ummah'

Tuesday, 17 January 2012

Apa Yang Anda Tunggu dan Lihat Lagi?

Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020
2012/01/17

STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India.

Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.


Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi. 

“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam.

Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.

Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.

Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai.
Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.

Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.

Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu.

Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung.

"Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu.

Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan.


Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini.

Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh.



nak memiliki emas atau perak pelbagai bentuk hubungi 0172469326
'khazanah untuk ummah'

Monday, 16 January 2012

Emas Di Masa Hadapan

ASAS EKONOMI... jongkong emas dalam bilik kebal Bank England yang menjamin kredibiliti perdagangan di negara itu.
ASAS EKONOMI... jongkong emas dalam bilik kebal Bank England yang menjamin kredibiliti perdagangan di negara itu.
KESEJUKAN pagi itu diselubungi kabus ketika Ketua Pegawai Eksekutif Scotgold, Chris Sangster, membuka kunci besi pintu jeriji sebelum dia melangkah masuk ke lif itu.
Lampu suluh kecil di topi keledar dipasang untuk membantu mereka melihat di dalam gelap.

Dalam jarak beberapa meter, lampu di pintu masuk semakin menghilang dan kumpulan dibawa Sangster itu terus ditelan kegelapan lombong emas itu.

Ketika itu, mereka berada hampir 250 meter di bawah tanah.Kata Sangster, kebanyakan emas di kawasan itu sangat kecil dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.Ditemui kali pertama pada 1985, lombong emas Tyndrum itu ditinggalkan ketika harga bahan galian itu merudum awal abad ini.

Bagaimanapun, ketika nilainya kini kembali memuncak, Scotsgold bercadang memulakan operasi sekali lagi di situ tidak lama lagi.

Pejabat Scotsgold yang sederhana terletak di bangunan bekas stesen kereta api dan tidak membayangkan kekayaan bakal mereka peroleh di bawahnya.

Kata Sangster, peluang memperoleh emas sangat besar di kawasan itu.

“Data rasmi yang kami ada menunjukkan ada kira-kira 4,621 kilogram emas di sini dan nilai pasaran semasa adalah £184 juta (RM882 juta),” katanya.

Menjelang tahun depan, kata Sangster, nilai itu hampir pasti meningkat lebih tinggi.

Sejak 2008, harga emas naik dua kali ganda dan harga pasaran semasa di Britain adalah RM4,984 bagi setiap satu auns (28.3 gram).

Sebagai keperluan utama dalam pasaran pelaburan tradisional, termasuk bursa saham hingga hartanah, harga emas tidak pernah jatuh mendadak.

Ketika pasaran kewangan global terus bermasalah, wujud momentum “buruan emas” yang baru terus terbina.

Antara pihak yang terbabit dalam buruan itu termasuklah golongan kaya dan penjenayah jalanan.

Daripada cincin di jari hingga komponen telefon pintar dan wayar halus dalam pemproses komputer riba, emas menjadi bahan sangat berharga dalam kehidupan manusia.

Setakat ini, kira-kira 170,000 tan emas dilombong di seluruh dunia dan jumlah itu boleh memenuhkan tiga kolam renang bersaiz Olimpik.

Bagaimanapun, tinggal hanya 90,000 tan masih belum dilombong.

Pada kadar semasa, simpanan emas dunia dijangka habis dalam tempoh 30 tahun akan datang.

Hakikat itu memang disedari syarikat perlombongan dan mereka kini mula mencari lokasi baru yang berpotensi.

Penganalisis kanan Thomson Reuters GFMS, Will Tankard, berkata kebanyakan simpanan emas yang mudah ditemui kini habis diteroka.

“Pelombong kini mencari di kawasan lebih sukar dan berisiko, dari kawasan hujung Kanada hingga 4,500 meter di atas paras laut di kawasan Andes,” katanya.

Menurut Tankard, meneroka tapak seumpama itu memerlukan pelaburan besar sebelum aktiviti melombong boleh dijalankan.

“Di utara Kanada, anda akan mendapati jalan paling hampir dengan tapak lombong emas terletak sejauh 800 kilometer.

“Justeru, anda perlukan wang yang banyak untuk menyiapkan laluan, talian elektrik dan lain-lain,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, pelombong juga berdepan dengan tentangan penduduk setempat.

Sebagai contoh, syarikat pengeluar emas terbesar dunia, Barrick Gold, baru-baru ini membelanjakan RM287 juta untuk membina infrastruktur setempat bagi memenangi hati peladang yang membantah pembukaan lombong Pascua Lama di sempadan Argentina - Chile.

Lokasi emas juga semakin sukar dari semasa ke semasa.

Pada hujung abad ke-19, emas boleh ditemui begitu saja di kawasan Kalgoorlie, Australia.

Kini, satu-satunya jalan untuk mendapatkan kekayaan daripada emas ialah dengan membentuk lombong sepanjang hampir 3 kilometer, 1.5 kilometer lebar dan sedalam 370 meter.

Melihat dari tebing lombong itu, sebuah lori yang mampu membawa 250 tan batu tidak ubah seperti objek mainan.

Bagi setiap muatan dibawa, secara purata hanya satu daripada enam lori mengandungi emas - biasanya apabila dikumpulkan ia hanya sebesar bola golf.

Emas seumpama itulah yang menjadi buruan pelombong di kawasan pergunungan Scotland kini.

Sangster berkata, dia yakin kebanyakan sungai di kawasan itu mengandungi emas dan menanti masa didulang.

Katanya, hampir 57 kilogram emas pernah ditemui di sungai kawasan itu pada 1860-an dan ia boleh mencapai nilai RM10 juta pada hari ini.

Pendulang emas veteran, Alan Souter dan Leon Kirk, kini kembali mahu mencuba nasib ekoran pembukaan lombong emas Scotgold di Tyndrum.

Tidak jauh dari situ, kata Souter, ada satu kawasan popular yang kini kelihatan seperti bekas medan Perang Dunia Pertama.

“Kawasan itu dipenuhi lubang dengan setiap satu sedalam satu meter atau lebih.

“Ia adalah bekas orang ramai mendulang emas,” katanya.

Dengan pakaian yang bersesuaian, Souter dan Kirk mula melompat ke dalam air yang sejuk itu untuk mencuba nasib.

Peralatan mereka sangat sederhana - satu paip dengan bola tenis pada rodnya untuk menyedut kelikir di dasar sungai, penapis dan dulang plastik bagi mengasingkan emas daripada batu kelikir.

Namun, keberkesanannya sangat mengagumkan.

Sambil mencuba nasib, Kirk menceritakan betapa kuatnya godaan emas kepada pendulang sepertinya.

“Ia sebati dengan kami dan ia akan mati bersama kami,” katanya.

Kirk berkata, apa yang mendorong orang terus memburu emas adalah impian menjadikan penemuan itu kejayaan besar.

Ia disokong Souter.

Katanya, ramai pendulang yakin akan cukup bertuah pada satu hari.

“Bagaimanapun, hakikatnya adalah berbeza.

“Tidak ramai pemburu emas yang berjaya, malah kadang-kadang mereka gagal mendapat pulangan modal,” katanya.

Untuk membuktikannya, Souter dan Kirk menunjukkan hasil mereka pada hari itu.

Selepas dua jam mengharungi air sungai yang begitu sejuk, anggaran maksimum nilai emas yang diperoleh hanya kira-kira £5 (RM25).

Rakan mereka, Gareth Moore, pula mempunyai pandangan berbeza.

Selepas berhenti kerja, dia meninggalkan keluarganya beberapa bulan lalu untuk menetap dalam khemah di pinggir sungai kawasan tinggi Tyndrum.

Tanpa sebarang pekerjaan lain, Moore hidup semata-mata dengan pendapatan daripada penemuan emas di situ.

Pada usia 27 tahun, Moore memilih untuk hidup begitu kerana bosan dengan suasana masyarakat setempatnya.

“Emas adalah tiket untuk saya keluar daripada kebosanan ini,” katanya.

Moore yakin, apa yang perlu dilakukannya adalah terus sabar mencuba nasib di sungai berkenaan setiap hari dan hasilnya akan dinikmati satu hari nanti.

Berdepan dengan hujan dan musim sejuk, Moore bertegas dia tidak menyesal, malah menikmati sepenuhnya pengalaman di situ.

“Saya sentiasa berjaya menemui emas secukupnya bagi mengisi perut,” katanya.

Sementara itu, di bilik kebal di London, pemilikan emas membayangkan kekuatan ekonomi seseorang.

Sejak berabad lalu, London menjadi pusat pasaran emas dunia.

Jongkong emas terbaik dikenali sebagai ‘London Good Delivery’ dengan berat kira-kira 11.3 kilogram.

Dijamin mengandungi sekurang-kurangnya 99.5 peratus emas, ia didagangkan di kalangan ahli Persatuan Pasaran London Bullion (LBMA).

Di tingkat 41 Menara HSBC di Canary Wharf, London, pegawai kanan bank itu, Jeremy Charles, menjelaskan mengenai kepentingan emas.

“Ia adalah asas mutlak bagi pasaran London. Tanpanya, kredibiliti dagangan langsung tidak bermakna,” katanya.

Pada suku pertama 2011, lebih RM50 trilion emas didagangkan di London, dan secara purata, RM752 bilion emas dijual beli setiap hari.

Manusia mengkaji sumber emas akan habis...
tidak sukar bagi Allah untuk menterbalikkan hasil kajian manusia ini...
'khazanah untuk ummah'

    Wednesday, 11 January 2012

    Emas Yang Menguntungkan

    Emas terus jadi buruan pelabur

    PETALING JAYA 10 Jan. - Pengukuhan harga emas yang dilihat sebagai alat pelaburan jangka panjang, semakin menarik orang ramai membelinya sekali gus menawarkan prospek jualan yang baik.

    Pengerusi Eksekutif Poh Kong Holdings Bhd. (Poh Kong), Datuk Eddie Choon berkata, bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Julai 2011, syarikat telah mencatatkan jualan sebanyak RM692.4 juta, bertambah 23.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

    Utusan
    Malah, beliau juga menjangkakan prestasi yang sama mampu dicapai pada tahun kewangan semasa, berdasarkan pengukuhan harga emas dan permintaannya.

    "Harga emas yang semakin meningkat tidak bererti permintaan akan jatuh, sebaliknya kadar jualannya lebih tinggi kerana mahu dijadikan sebagai alat pelaburan," katanya selepas mesyuarat agung tahunannya, di sini hari ini.

    Bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Julai 2011, Poh Kong merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM57.7 juta.

    Katanya, harga emas dijangka terus kukuh tahun ini kerana dipengaruhi oleh ketidakstabilan di Timur Tengah seperti mana yang berlaku pada pertengahan tahun lalu.

    "Tahun lalu, harga emas melonjak akibat ketidakstabilan politik di rantau Arab dan tertinggi direkodkan mencecah sehingga AS$1,900 seaun pada 5 September 2011," kata beliau.Pada masa ini, harga emas dunia diniagakan pada paras sekitar AS$1,600 seaun (RM5,000).

    Choon berkata, dalam usaha meningkatkan jualannya, Poh Kong akan membuka rangkaiannya yang ke-101 di Ipoh, Perak Mac ini.Beliau berkata, pada setiap tahun, syarikat itu akan menambah tiga hingga lima rangkaian baharu melibatkan kos setiap sebuah sebanyak RM5 juta, bergantung kepada keluasannya.

    Emas terus jadi buruan pelabur..
    anda sudah bertindak?
    'khazanah untuk ummah'

    Emas Tipu?

    Batu jalan hablur emas

    Oleh Mary Victoria Dass
    maryvictoria@hmetro.com.my

    GEMBIRA...Rawi Ilias menunjukkan batu untuk membaiki jalan yang mengandungi hablur emas.
    GEMBIRA...Rawi Ilias menunjukkan batu untuk membaiki jalan yang mengandungi hablur emas. MyMetro
    JOHOR BAHRU: Ratusan individu bakal bergelar jutawan sekiranya puluhan ketulan batu didakwa bersalut hablur emas yang dikumpul keluarga masing-masing sejak empat hari lalu di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee disahkan emas tulen.

    Setakat semalam, kumpulan berkenaan tinggal selangkah lagi untuk bergelar jutawan selepas wakil pemilik kedai emas yang beroperasi di sebuah pusat beli-belah di Tampoi mengesahkan ia emas tulen.

    Penduduk memaklumkan, mereka mendapat kerjasama wakil kedai emas berkenaan yang datang ke lokasi dan melakukan pemeriksaan ke atas ketulan batu itu, kelmarin.Hasilnya, wakil berkenaan mendakwa ketulan batu diselaputi warna kuning tua itu adalah emas tulen yang mempunyai gred terbaik.

    Bagaimanapun, perkara itu belum ditentukan kesahihannya 100 peratus kerana banyak lagi kajian serta ujian perlu dilakukan sebelum menyatakan ketulan batu berkenaan sahih diselaputi emas tulen.

    Idham Mohd Diah, 36, berkata, wakil pemilik kedai emas yang mengunjungi tapak pencarian itu turut dikatakan menempah batu kononnya mengandungi hablur emas.


    “Ada penduduk yang mendakwa batu yang dikumpul mereka itu sudah ditempah pembeli emas dengan harga hingga RM15,000.

    “Saya dan bapa menemui beberapa ketulan emas sejak mencarinya empat hari lalu,” katanya.
    Suri rumah dari Stulang, Munawarah Rashid, 29, berkata, sejak jam 10 pagi hingga 3 petang semalam, dia serta suami mengumpul 40 batu bersalut hablur dipercayai emas.

    “Kami bercadang kembali semula ke sini pagi ini dengan harapan dapat menemui lebih banyak batu berkenaan.

    “Saya mendapat tahu berkaitan penemuan batu terbabit menerusi rakan yang mendakwa mengumpul 20 ketulan batu bersalut hablur emas dalam tempoh dua jam, kelmarin.

    “Sekiranya benar ia emas tulen, kami menganggapnya rezeki,” katanya.

    Munawarah berkata, dia turut tahu berkaitan kesahihan yang dimaklumkan wakil kedai emas berkenaan dan berharap ia benar.

    Penduduk, Mohd Diah Abdullah, 63, berkata, suasana perkampungan itu bertukar riuh selepas penemuan batu bersalut warna keemasan terbabit.

    Menurut Diah, individu pertama menemui batu itu adalah keluarga besannya, empat hari lalu.


    Mendulang 'emas tipu'


    ORANG ramai terus sibuk mencari logam berharga yang disangka emas di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru semalam.


    JOHOR BAHRU - Jabatan Mineral dan Geosains negeri mengesahkan logam yang disangka emas di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee di sini sebenarnya sejenis mineral tidak berharga yang dikenali sebagai pyrite.

    Walaupun ia mempunyai kilauan keemasan, warna pyrite atau juga dikenali sebagai 'emas tipu' akan bertukar hitam jika dileburkan atau selepas menjalani ujian asid.

    Pengarahnya, Shahar Effendi Abdullah Azizi berkata, pihaknya telah meninjau lokasi penemuan logam tersebut pagi semalam dan membuat kajian terhadap sampel yang diambil dari situ.

    "Perbezaan paling ketara antara pyrite dan emas ialah emas mempunyai kilauan lebih ketara."Kami tidak pernah mengetahui di kawasan ini ada emas kerana kebiasaannya, ia hanya dijumpai di kawasan-kawasan tertentu contohnya di sekitar Mersing yang terkenal dengan gelaran 'Jaluran Emas'," katanya ketika dihubungi di sini semalam.


    apakah yang kita boleh ambil iktibar dari kisah ini?
    -emas walau dalam bentuk hablur atau pepasir pun orang berebut untuk memilikinya..
    -adakah kerana emas itu membuat kita kaya?

    anda nilai sendiri...
    ;khazanah untuk ummah'
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...