Friday, 10 February 2012

Sistem Tukaran (Barter) Sudah Bermula?

Iran paying for grain with gold, oil - traders

PARIS/HAMBURG | Thu Feb 9, 2012 7:47am EST
Feb 9 (Reuters) - Iran is seeking to close grain purchases using gold and oil as payment, and has paid in yen for a large volume of wheat in its first deal since western sanctions against Tehran started choking imports of food staples, European wheat exporters said. Iran bought at least 200,000 tonnes of soft wheat on the world market last week for prompt delivery from private sellers - mostly of Australian origin - but some traders said the United States could possibly account for part of the volume.
New financial sanctions imposed since the beginning of this year to punish Tehran over its nuclear programme have ended up playing havoc with Iran's ability to buy imports and receive payment for key food items.
The sanctions have drastically cut its ability to obtain euro and dollar denominated financing, forcing Tehran to find alternative ways to pay for its imports.
Traders believed the Iranian government had used companies based in Switzerland capable of financing themselves in Asia, and used yen-based contracts to finance the 200,000-tonne deal.
A fall in maize supplies from major exporter Ukraine due to sanction-related payment problems prompted Iranian animal feed makers to turn to wheat, reducing volume for food and compelling the Islamic Republic to turn to the world market.
"The Iranians have just purchased about 200,000 tonnes of wheat from multi-national trading houses," one European trader said. "There is market talk of up to 400,000 tonnes."
In an interview with Reuters on Wednesday, U.S. agri-giant Cargill's vice chairman said shipments were still possible with Iran, notably through payments in currencies other than the dollar.
Iranian Trade Secretary Rahul Khullar told reporters on Thursday that one private Iranian buyer was interested in importing "a very large quantity" of wheat from India.
Reuters 9 Feb 2012
Iran, which may not be self-sufficient in wheat this season due to an expected lower harvest, usually favours Australian, Canadian and even in some years U.S. wheat when it imports due to their high protein levels, as opposed to Argentine, Black Sea or European wheat origins.
GOLD, OIL
Iran, which is still in the market to buy additional wheat supplies, is also considering barter deals to feed its 74 million people weeks before a presidential election, they said.
Grain ships are stuck outside Iranian ports and exports of staples to Iran such as maize, sugar, palm oil and rice are being hindered as collecting payment from buyers gets harder.
"Grain deals are being paid for in gold bullion and barter deals involving oil are being offered," one trader said. "Some of the major trading houses are involved," he added.
Traders said details of how barter deals work were still unclear as the problem had developed so quickly.
Iranian buyers have in the past side-stepped sanctions by booking business through third countries, especially Dubai in the United Arab Emirates, traders said. But this option had been suddenly closed as the UAE was not allowing sanction-breaking finance, they said. [ ID: nL5E8D2570]
"As the shipments of grain are so large, barter or gold payments are the quickest option," another trader said.
One European grains trader also said a project for preferential supplies between Iran and Kazakhstan for 2 million tonnes might be reactivated.
"One of the closest (supply) sources is Kazakhstan because the Iranians have solid links with this country but also because the two governments are centralised and deals can me made between states," Michel Ferret, head of the markets division at French farm office FranceAgriMer, said.
This would make even more sense if Iran went ahead with its threat to block the Strait of Hormuz, a vital Gulf oil shipping route, traders also said.
Data from the International Grains Council and the U.S. Department of Agriculture estimate that Iran should import around 500,000 tonnes of wheat in the 2011/2012 season up to the end of June but the sanctions and the lower maize supplies could lead to an increase in wheat needs.

India Drops the Dollar and Pays for Iranian Oil in Gold

Iran had said in July it would be self-sufficient in the production of wheat in the course of the year and was capable of exporting two million tonnes of wheat. (Reporting by Valerie Parent and Michael Hogan, writing by Sybille de La Hamaide; Editing by Veronica Brown and Keiron Henderson)


Zaman pertukaran (barter) sudah kembali?
Wang kertas semakin hilang nilai?
~khazanah untuk ummah~

Tuesday, 7 February 2012

Yang Bakal

Impak kenaikan harga komoditi


PERSATUAN Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia (PPIPBM) menjangkakan trend kenaikan harga bahan komoditi bakal memberi impak kepada pengeluar makanan negara selain didorong dengan kenaikan gaji penjawat awam.
Naib Presidennya, Mohd Ghazali Abu Bakar berkata, selain itu pengilang dan pengeluar makanan juga berdepan dengan kenaikan kos upah antara lima dan 10 peratus disebabkan harga barangan yang semakin meningkat, sekali gus memberi impak kepada kos operasi.

“Peningkatan harga komoditi berlaku di peringkat global selain krisis kewangan di Eropah bukan saja memberi kesan kepada pengeluar makanan besar yang bertapak di negara ini. Pengeluar makanan bagi perusahaan kecil dan sederhana (IKS) terpaksa menghadapi kemelut yang sama.
“Industri kecil yang tidak berapa bersedia dengan impak global akan menerima kesan mendadak kepada kos pengeluaran. Mereka bakal menghadapi masalah aliran tunai, sekali gus menjadi mangsa keadaan hingga ada yang dikhuatiri akan gulung tikar,” katanya ketika dihubungi Bisnes Metro yang diminta mengulas laporan akhbar mengenai masa depan industri pengeluaran makanan yang dijangka terjejas.


Menurut Mohd Ghazali yang juga pengeluar biskut dan roti, Perusahaan Azan Sdn Bhd berkata, industri pengeluar makanan perlu memikirkan kaedah efisien dari segi pengeluaran.

“Kepada pengilang makanan, kena fikirkan kaedah pengeluaran yang efisien supaya kesannya kurang dirasai. Ia akan menjadi masalah jika pengeluaran tidak efisien menyebabkan kos melambung tinggi,” katanya.

Dikala kita dikhabarkan dengan berita-berita impak yang akan terjadi tidak perlu diragui...
~khazanah untuk ummah~

Saturday, 4 February 2012

Semakin Mahal

Harga emas jangka cecah RM6,000 satu auns

HARGA emas dijangka terus meningkat hingga mencecah harga purata AS$1,975 (RM6,000)
 bagi satu auns (28.35g) menjelang suku keempat tahun ini berikutan sentimen positif terhadap
komoditi itu meskipun ketika situasi ekonomi global berdepan keadaan tidak menentu.



Ketua Pakar Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank, Steve Brice berkata, selain emas, 
harga minyak turut dijangka naik kepada AS$100 (RM301) setong menjelang separuh kedua tahun ini.


HMetro

Beliau berkata, terdapat empat faktor yang mendorong peningkatan harga emas iaitu
 jumlah hutang tinggi di barat, kadar faedah sebenar yang negatif, permintaan tinggi dari
 China, India dan bank-bank pusat serta bekalan terhad komoditi berkenaan.

“Suasana tidak menentu ekonomi global secara berterusan turut merangsang minat terhadap 
emas sebagai alternatif bagi melindungi nilai berbanding pelaburan lebih berisiko.

“Kenaikan harga minyak pula disebabkan risiko ketidakstabilan politik di Timur Tengah
 dan permintaan kukuh daripada pasaran baru muncul terutama China,” katanya pada 
taklimat media di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, katanya pasaran ekuiti di negara ini yang mencatatkan prestasi kukuh 
tahun lalu, kini sudah meningkat.


Harga Emas Yang Ditutup Untuk Berhenti Rehat Pada 4 Februari 2012 Berada Pada 
Paras AS$1725.90/ seaun

Harga emas dunia dijangka meningkat




Seorang penjual di sebuah kedai emas di Tokyo menunjukkan kepingan emas yang menyaksikan harganya semakin meningkat di pasaran dunia. - AFP


KUALA LUMPUR 3 Feb. - Harga emas dunia dijangka meningkat mencecah AS$1,975 (RM5,925)
seaun pada suku keempat tahun ini berikutan sentimen yang positif, kata Ketua Strategi
Pelaburan Standard Chartered Bank, Steve Brice hari ini.

Harga emas ditutup pada AS$$1,756.80 (RM5,268) seaun hari ini.

Beliau berkata, kenaikan itu didorong oleh beberapa faktor termasuk paras hutang yang tinggi
 di Amerika Syarikat, bekalannya yang terhad dan peningkatan permintaan daripada China dan India.

Brice berkata, emas merupakan pelaburan yang sangat baik kerana ia menawarkan kepelbagaian
selain memberi pulangan yang menguntungkan.

Malah iklim ekonomi yang tidak menentu ketika ini, turut menekan harga komoditi itu untuk melonjak
berikutan permintaan yang tinggi, kata beliau lagi.

Brice berkata demikian ketika taklimat media tentang Tinjauan Masa Hadapan
Suku Pertama 2012 Standard Chartered di sini hari ini.

Beliau menjelaskan permintaan yang tinggi juga datang dari negara-negara seperti
India dan China tetapi juga bank-bank pusat yang ingin meningkatkan simpanan emas
sebagai pelindung inflasi.

Menurut Brice, bekalan yang terhad di sebalik permintaan yang semakin bertambah turut
mendorong peningkatan harga emas menjelang hujung tahun ini.

Sementara itu, beliau juga meramalkan Ringgit mengukuh sehingga RM3.00
berbanding AS$1 sekiranya Amerika Syarikat melaksanakan pakej rangsangan
ekonomi yang ketiga (third qualitative easing) pada separuh kedua tahun ini.
Katanya, sekiranya pakej rangsangan tersebut dilaksanakan ia bakal mendorong
pembelian risiko (risk buying) oleh pelabur seperti mana yang telah berlaku
semasa pakej-pakej terdahulu dilaksanakan.
Utusan Online
Brice juga menjangkakan Bank Negara Malaysia akan menurunkan kadar faedah
sebanyak 25 mata asas pada suku pertama dan 25 mata asas lagi pada suku kedua
tahun ini bagi terus merangsang pertumbuhan domestik.


Adakah anda sudah tertinggal?
BELUM...marilah kita mula menyimpan emas dan perak
~khazanah untuk ummah~

Wednesday, 1 February 2012

Ekonomi Dunia 2012

Kelembapan ekonomi global 2012?

KUALA LUMPUR 31 Jan. - Para profesional kewangan percaya kelembapan ekonomi global akan berlaku pada 2012, selepas tinjauan sukuan yang dijalankan menunjukkan perdagangan antarabangsa terus merosot pada akhir tahun lalu.

Tinjauan terbaharu itu membabitkan 3,775 akauntan profesional, termasuk 1,414 eksekutif kanan di seluruh dunia, hasil kerjasama antara dua badan profesional iaitu Persatuan Akauntan Akauntan Bertauliah (ACCA) dan Institut Pengurusan Akauntan.

Ketua Negara ACCA Malaysia, Jennifer Lopez berkata, pandangan profesional itu membawa gambaran serius terhadap ekonomi dunia.

Menurut beliau, hampir tiga suku daripada profesional kewangan itu percaya ekonomi global kini sama ada merosot atau statik, dengan hampir separuh melaporkan kehilangan keyakinan terhadap prospek dalam organisasi masing-masing pada suku keempat 2011.

''Kehilangan keyakinan paling besar dari Hong Kong, Singapura dan Cyprus, semua negara terdedah dengan ketara kepada aktiviti kewangan merentas sempadan dan perdagangan antarabangsa.

''Juga dilaporkan terdapat sebahagian persepsi buruk terhadap ekonomi global, sebahagian lain menyatakan perdagangan antarabangsa menyusut,'' kata Naib Presiden Penyelidikan IMA, Dr. Raef Lawson.Tinjauan juga mendapati profesional dalam firma-firma utiliti, yang memberi fokus domestik dan agak teguh kepada keadaan ekonomi melaporkan beberapa keyakinan kukuh semakin bertambah.

Firma-firma komunikasi, teknologi maklumat dan farmaseutikal pula adalah antara syarikat yang menerima tamparan paling hebat.Responden di Malaysia pula melaporkan penurunan keyakinan dan sentimen ekonomi semakin besar, selaras dengan rantau Asia Pasifik luas.

Hanya lapan peratus sahaja yang menyatakan keyakinan kepada prospek organisasi yang semakin meningkat pada penghujung 2011, berbanding 50 peratus yang melaporkan semakin hilang keyakinan.

Lebih tiga suku (76 peratus) berpendapat kelembapan ekonomi, menjadikan Malaysia di kalangan pasaran ACCA/IMA paling optimistik dalam sentimen ekonomi.

Perbelanjaan kerajaan diramal akan meningkat secara signifikan dalam tempoh lima tahun lagi, meskipun kebanyakan responden secara amnya tidak yakin kenaikan itu akan stabil.

Ekoran daripada keputusan itu, penilaian kepada polisi kerajaan adalah negatif.Pada peringkat serantau, Eropah Tengah dan Timur mengalami prestasi buruk dalam aspek keyakinan perniagaan dan rantau Asia Pasifik pula kehilangan keyakinan lebih pantas berbanding Eropah Barat.

Afrika, Timur Tengah dan Asia Selatan kekal sebagai rantau paling optimistik, dalam keyakinan perniagaan dan persepsi responden negara terhadap ekonomi global.

Manakala responden-responden di beberapa rantau berkata, terdapat tanda-tanda menggalakkan daripada tahap daya saing tempahan-tempahan baharu, kerosakan yang berlaku kepada permintaan global tahun lalu cukup banyak.

''Selepas tiga suku menunjukkan kelemahan dalam permintaan, kesan kumulatif bermula kepada perniagaan, dengan bank-bank di serata dunia mengawal kewangan untuk kecukupan modal menjadi cabaran sekarang.

Utusan Online
''Keputusan ini adalah tinjauan merosot untuk aliran tunai perniagaan seluruh dunia, yang boleh jadi memacu kepada pertambahan kegagalan perniagaan. Tekanan inflasi yang berterusan dua tahun lepas kini berkurangan, tetapi sebab-sebab tersembunyi membimbangkan memandangkan kenaikan dalam kos-kos operasi,'' tambah Lopez.

Selari dengan kelembapan unjuran, kesimpulan tinjauan menyaksikan trend kelembapan dalam pengambilan pekerjaan dan pelaburan global.

Bagi ACCA dan IMA ia adalah sesuatu yang membimbangkan kerana dua petunjuk ini kekal lemah sejak tiga tahun lalu dan genting kepada mana-mana pemulihan stabil.


Ekonomi dunia bakal bergoncang?

soalnya apa persediaan kita?
~khazanah untuk ummah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...