Tuesday, 27 March 2012

Hutang Sampai Mati..

Bayar hutang sampai mati



HARGA rumah di bandar raya Kuala Lumpur sekarang dianggap menakutkan. Kondominium One Menerung di Bangsar yang seluas 2,000 kaki (185 meter) persegi dijual pada harga RM2.4 juta seunit. Sebuah rumah semi-D di Sri Hartamas berharga RM1.5 juta manakala rumah teres dua tingkat di Cheras bermula dari harga RM500,000.
Dengan harga yang begitu tinggi, ia bukan lagi merupakan rumah mampu milik khususnya bagi warga kota berpendapatan sederhana iaitu kira-kira RM6,000 sebulan.
Malangnya, bukan ibu negara sahaja yang mengalami kenaikan melambung harga rumah dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
Malah, kawasan pinggir Lembah Klang seperti Kajang, Bangi, Sungai Buloh, Rawang dan Klang menunjukkan trend yang sama.
Tinjauan Jurnal di beberapa lokasi seperti Semenyih mendapati harga rumah teres baharu dengan keluasan 24x70 kaki (7x21 meter) kini mencecah harga RM460,000.
Di Kajang, rumah bersaiz 22x70 kaki berharga RM510,000, Rawang RM288,000 (20x65 kaki), Sungai Buloh RM398,000 (22x75 kaki) dan Klang RM335,000 (24x75 kaki).
Pada umumnya, rumah teres sering menjadi pilihan golongan berpendapatan sederhana kerana saiznya lebih luas serta memiliki laman dan tempat letak kereta yang mesra pengguna.
Malangnya, masih ada satu lagi berita buruk iaitu rumah teres dijangka mencecah harga RM800,000 sebuah menjelang tahun 2020.
Ini berdasarkan unjuran kenaikan purata harga sebanyak tujuh peratus setahun oleh syarikat perunding hartanah CH William Talhar & Wong Sdn. Bhd. (WTW) selepas mengambil kira harga purata terbaharu rumah teres di Selangor iaitu RM480,000 sebuah.
Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (Macfea), Profesor Dr. Jariah Masud meramalkan bahawa harga rumah teres di Lembah Klang bakal mencecah RM1 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang.
“Harga rumah di negara ini akan terus berkembang walaupun berlaku krisis ekonomi,” katanya.
Pengarah Urusan WTW, Sr. Foo Gee Jen memberitahu, harga rumah teres di pinggir bandar bakal menjadi lebih kompetitif berikutan kenaikan harga rumah di pusat bandar Kuala Lumpur.
Pendapatan

HARGA rumah teres di Lembah Klang akan meningkat sekali ganda menjelang tahun 2020.


Beliau memberi contoh rumah teres di Taman Tun Dr. Ismail yang kini bernilai RM1.5 juta bakal mencapai harga RM3 juta dalam tempoh lapan tahun lagi.
“Untuk memiliki sebuah rumah teres pada tahun 2020 sekurang-kurangnya sebuah isi rumah perlu mempunyai pendapatan sebanyak RM12,000 sebulan.
“Secara purata pendapatan isi rumah sekarang ialah RM6,000 bagi golongan pertengahan. Jika harga rumah naik sekali ganda maka pendapatan isi rumah harus meningkat seiring dengan harga rumah,” terang beliau.
Membeli rumah berharga RM500,000 dengan pendapatan bulanan RM6,000 bukanlah satu tindakan bijak.
Menurut kiraan seorang pegawai bank, andaikan si pembeli meminjam RM400,000 sahaja daripada bank dengan purata kadar faedah enam peratus setahun, peminjam perlu membayar ansuran bulanan sebanyak kira-kira RM2,400 selama 30 tahun.
Ini bermakna peminjam yang membeli rumah teres pada usia 30 tahun hanya akan habis membayar hutang pada usia 60 tahun.
Jika tidak bernasib baik, peminjam tadi mungkin meninggal dunia terlebih dahulu sebelum sempat melangsaikan hutang rumahnya.
Persoalannya, berapa ramaikah orang muda memiliki pendapatan RM6,000 sebulan sekarang?
Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Kuala Lumpur, NK Tong berkata, pelbagai faktor menyebabkan kenaikan harga hartanah termasuk pengumuman kerajaan untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) yang menghubungkan Sungai Buloh dan Kajang.
“Dengan kemudahan seperti MRT, orang ramai akan mula keluar dari pusat bandar dan bertumpu ke kawasan pinggir Lembah Klang. Sehubungan itu permintaan terhadap rumah akan meningkat,” hujah beliau.
Menabung

JIKA ingin memiliki rumah idaman, belilah pada hari ia dilancarkan kerana harganya pasti meningkat selepas itu.


Tambah Tong lagi, konsep bina dan jual yang suatu ketika dahulu hangat diperkatakan diramal dilaksanakan pada tahun 2015 dan ia pasti meningkatkan harga rumah.
“Jika konsep itu dilaksanakan, pihak pemaju akan mengehadkan jumlah rumah yang dibina dan ini mengakibatkan terjadi situasi permintaan melebihi penawaran,” jelasnya yang tidak menolak spekulasi turut memainkan peranan rumah dijual pada harga yang lebih tinggi daripada nilai sebenar.
Dalam situasi ini pasangan muda yang ingin memiliki sebuah rumah idaman pada masa hadapan disaran supaya menanam tabiat menabung sekurang-kurang 10 peratus daripada jumlah pendapatan isi rumah.
Mentor kewangan, Azizi Ali berkata, senario sekarang menunjukkan kebanyakan pasangan muda bersikap sebaliknya. Mereka membelanjakan kesemua wang pendapatan dengan harapan akan ada lebihan untuk dijadikan simpanan.
Katanya, apabila menabung dulu sebanyak 10 peratus, pasangan masih mempunyai 90 peratus daripada jumlah pendapatan manakala jumlah hutang tidak boleh melebihi 40 peratus pendapatan.
“Jumlah bayaran untuk kereta tidak patut melebihi 10 peratus atau maksimum 15 peratus,” katanya.
Jelasnya, trend pasangan muda sekarang adalah mereka lebih cenderung memiliki kereta mewah hingga membebankan hutang isi rumah.

KEMUDAHAN pengangkutan awam merupakan salah satu faktor harga hartanah meningkat.


“Kita tidak sepatutnya menjadi hamba kepada hutang sendiri dan terpaksa bekerja keras semata-mata untuk melunaskan hutang,” katanya.
Bagaimanapun, kenaikan harga rumah mungkin memberi kebaikan kepada pemilik kediaman sedia ada.
Penjawat awam, Ariffin Ahmad, 30, memberitahu beliau membeli sebuah rumah teres dua tingkat pada penghujung tahun 2009 pada harga RM167,000.
“Tidak sampai setahun saya dan keluarga menetap di kawasan itu, harga rumah saya meningkat hampir sekali ganda menjadi RM288,000.
Kosmo
“Membeli rumah adalah satu pelaburan yang baik untuk jangka masa panjang tetapi saya lihat kini harga rumah yang ditawarkan semakin mahal menyebabkan ramai orang tidak mampu membelinya. Jika ada pun, pasti lokasinya di luar Kuala Lumpur,” katanya.



Inikah yang dinamakan debu-debu riba?
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya".

(H.R. Ibnu Majah)

Saturday, 24 March 2012

Kiamat Sudah Dekat


Fandy (Andre Stinky) mengisahkan seorang pemuda Indonesia yang telah dibesarkan di Amerika Syarikat. Setelah kembali ke negara asalnya, gaya hidup dan pergaulannya sangat kebaratan. Kekayaan bapanya membuatkan Fandy hidup mewah dan menubuhkan sebuah band rock bernama Donkoll.

Suatu hari, setelah selesai berlatih, ketika sedang melalui sebuah perkampungan dengan menunggang motosikal, satu insiden telah berlaku. Secara tidak sengaja, mukanya terkena lemparan ais krim dari seorang kanak-kanak. Ketika Fandy membasuh mukanya di surau, kasutnya telah dicuri oleh Saprol (Dwiki Reza), seorang kanak-kanak dari kampong tersebut. Apakah seterusnya...


VCDRip~DAT>Avi

Malaysia Menuju Muflis?

Hutang negara: Dapat dari mana, ke mana dibelanja?

Harakahdaily,24 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 24 Mac: Teras Pengupayaan Melayau (Teras) berpendirian pengumuman Timbalan Menteri Kewangan, Datuk  Awang Adek Hussain bahawa hutang kerajaan masih tidak kritikal kerana kurang 2 peratus di bawah had 55 peratus dari KDNK dan tidak membimbangkan, adalah sangat tidak bertanggungjawab.


“Pertanyaan yang tidak dijawab ialah ke manakah wang yang diperolehi dengan berhutang itu dibelanjakan dan siapa yang menentukan perbelanjaan tersebut?” tanya Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Sepatutnya, kata beliau pihak perbendaharaan negara memastikan ia dibelanjakan mengikut peruntukan undang-undang.

Menurutnya, dengan hanya selisih 2% dari tahap kritkal 55% KDNK menunjukkan perbendaharaan negara cuai dengan kedudukan hutang negara.

“Itupun Teras mempersoalkan atas kriteria apa 55% itu ditentukan?” soalnya lagi.

Beliau berkata, persoalan yang lebih kritikal ialah apakah kerajaan berbelanja  berdasarkan bajet yang diluluskan atau sebaliknya (on budget atau off budget).

Katanya, pihak perbendaharaan negara yang kini dibawah kuasa PM kerana beliau adalah juga Menteri Kewangan jelas telah membiarkan hutang bertambah bila defisit dicampur dengan berbelanja lebih dari yang dibenarkan.

Kini, ujarnya apa yang menjadi tanda tanya ketika kerajaan berbelanja lebih dari yang dibenarkan siapakah yang memberi kebenaran untuk berbuat demikian.

“Inilah sebabnya Teras melihat bahawa dalam isu hutang kerajaan yang kini hanya berada 2% di bawah had yang dibenarkan, ternyata tidak ada semak dan imbang (check and balance) lagi,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, kini rakyat berhak untuk tahu bagaimana wang negara yang diperolehi dari hutang dan dibelanja sebabnya rakyatlah yang akan menanggung hutang tersebut.

“Inilah yang disebut sebagai pembiayaan hutang (debt financing) yang akan terbeban kepada setiap orang rakyat sesebuah negara,” ujarnya.

Untuk membayar hutang, tambahnya perbelanjaaan tambahan perlu dikeluarkan dan rakyatlah yang akan menerima beban hutang yang diambil oleh kerajaan.

Katanya, ketika mana hutang kerajaan bertambah bermakna wang rakyat akan diguna untuk membiaya hutang tersebut.

Di Amerika, ujarnya ada maklumat setiap hari yang disebut “U.S. NATIONAL DEBT CLOCK”.

Menurutnya, pada 23hb Mac 2012 jam 10.30.06 petang GMT hutang awam ialah USD15,589,100,336.066.82, juga mencatat populasi Amerika sekarang ialah 312,453,854, maka setiap warga Amerika menanggung hutang tersebut sebanyak USD49,892.19 pada hari tersebut.

Jelasnya, hutang Kerajaan Amerika terus meningkat secara purata USD4.02 billion sehari sejak 28 September 2007.

Ujarnya, setidak-tidaknya warga Amerika mempunyai maklumat mengenai hutang kerajaan setiap hari dan apa implikasinya terhadap setiap individu warganya.
Harakahdaily

“Di Malaysia maklumat ini bukan sahaja sukar untuk dioperolehi, malah dimanipulasi seolah-olah semuanya dalam kedaan terkawal,” ujarnya.

Justeru, ujarnya Teras menggesa agar rakyat perlu menzahirkan keprihatinan mereka mengenai kepincangan perbelanjaan yang akan menjejaskan kedudukan kewangan negara sekaligus kesejahteraan rakyat.

“Jika rakyat membisu dan tidak peka dengan uruskelola kewangan negara, masa depan rakyat bakal menghadapi keadaan yang tidak menentu, jangan membayangkan situasi seperti Greece tidak akan berlaku di Malaysia,” katanya.


ADAKAH KERANA HAL YANG DILAPORKAN SEPERTI DIBAWAH INI?


Tajudin selesai kes hutang RM589 juta luar mahkamah
WARTAWAN SINAR HARIAN
14 Februari 2012
Tajudin
PUTRAJAYA - Bekas pengerusi eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli dan Pengurusan Danaharta Nasional Bhd mencapai
penyelesaian luar mahkamah berkaitan satu saman yang difailkan enam tahun lepas membabitkan hutang RM589 juta tokoh korporat itu dalam pembelian saham MAS.
Peguam Lim Kian Leong yang memaklumkan perkara itu kepada panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, bagaimanapun tidak mendedahkan terma penyelesaian tersebut dan ia disahkan Tommy Thomas yang mewakili Danaharta.
Sehubungan itu, Lim berkata Tajudin berhasrat menarik balik semua rayuan terhadap Pengurusan Danaharta, dua anak syarikatnya serta 24 responden lain yang
dinamakan dalam tuntutan balas beliau.
Hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin, yang mengetuai panel itu, kemudian memutuskan untuk membatalkan semua rayuan berkaitan.
Selain itu, panel yang turut dianggotai Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, memerintahkan Tajudin membayar sejumlah RM15,000 kepada beberapa responden sebagai kos perundangan dan RM5,000 lagi kepada kerajaan Malaysia bagi prosiding di Mahkamah Rayuan.
Pengurusan Danaharta, Danaharta Urus Sdn Bhd dan Danaharta Managers Sdn Bhd serta pegawainya bagaimanapun tidak menuntut kos perundangan.
Terdahulu, Lim memaklumkan panel itu Tajudin dan Danaharta berjaya mengatasi semua permasalahan yang dihadapi kedua pihak berhubung terma penyelesaian.
Semalam, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Lim untuk menangguhkan prosiding sehingga hari ini bagi membolehkan Tajudin dan Danaharta mencari
penyelesaian berhubung 'masalah kecil yang muncul pada saat-saat akhir'.
Berbekalkan semangat penyelesaian luar mahkamah yang dicapai hari ini, Lim meminta semua pihak terbabit menanggung kos perundangan masing-masing bagi
prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
Kecuali Danaharta, responden lain tetap mahukan Tajudin membayar kos perundangan mereka.
Pada 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Tajudin membayar RM589 juta kepada Danaharta yang menguruskan pinjaman tidak berbayar akibat hutang yang ditanggung tokoh korporat itu dalam pembelian saham MAS.
Jumlah itu merupakan baki pinjaman berjumlah RM1.79 bilion yang diberikan kepada Tajudin oleh sekumpulan peminjam bagi membiayai pembelian 32 peratus
kepentingan dalam MAS pada 1994.
Tajudin diperintah membayar jumlah asas pinjaman pada 31 Disember 2005 sebanyak RM589,143,205.57 serta faedah dua peratus atas kadar pemberian pinjaman asas Malayan Banking Bhd mulai 1 Jan 2006 sehingga tarikh penyelesaian penuh kes itu kepada Pengurusan Danaharta dan dua anak syarikatnya.
Mahkamah Tinggi turut membatalkan tuntutan balas Tajudin, yang berjumlah RM13.46 bilion, terhadap 24 responden termasuk Danaharta, dua anak syarikat serta pegawainya, Datuk Azman Yahya, Datuk Abdul Hamidy Hafiz, Datuk Zukri Samat dan Datuk Kris Azman Abdullah.
Sinar Harian

Responden lain ialah pentadbir khas Naluri Corporation Bhd iaitu Mohamad Raslan Abdul Rahman, Ooi Woon Chee dan Gan Ah Tee serta syarikat Telekom Malaysia Berhad, Telekom Enterprise Sdn Bhd, Technology Resources Industries Berhad, Celcom (Malaysia) Sdn Bhd, Commerce International Merchant Bankers
Berhad (CIMB), Atlan Holdings Bhd, Atlan Properties Sdn Bhd, Multi Esprit Sdn Bhd, Datuk Seri Adam Sani Abdullah, Datuk Ong Kim Hoay, Datuk Khalid Mohamad Jiwa, Datuk Ong Kar Beau, kerajaan Malaysia dan Naluri Corporation Berhad.

Dalam penyataan tuntutannya, Tajudin berkata beliau diarah Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) membeli 32 peratus
kepentingan dalam MAS bagi menyelamatkan Bank Negara yang mengalami kerugian dalam tukaran asing.
Pada prosiding hari ini, Lim turut memaklumkan mahkamah bahawa Tajudin kini dalam proses menyelesaikan beberapa kes lagi yang membabitkan rayuan beliau
terhadap pihak lain termasuk Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), yang akan didengar di Mahkamah Rayuan Khamis ini.
Lim berkata selepas kes saman antara Tajudin dan Danaharta berjaya diselesaikan, anak guamnya kini berharap perkara sama dapat dicapai dalam kes
beliau yang lain.
Katanya, beliau akan mengemukakan permohonan untuk menangguhkan prosiding rayuan dalam kes berkaitan. - Bernama



NFC: Suami Shahrizat hadapi tuduhan CBT
WARTAWAN SINAR HARIAN
12 Mac 2012
mahkamah -salleh
KUALA LUMPUR - Suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail hari ini dikenakan dua tuduhan pecah amanah berhubung isu NFCorporation, melibatkan wang sebanyak RM49 juta.
Beliau juga berhadapan dengan dua tuduhan berkaitan dengan kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965.
Tindakan perundangan ke atas Mohamad Salleh dibawa kira-kira 24 jam selepas Shahrizat mengumumkan akan berundur sebagai anggota Kabinet apabila tempoh khidmat sebagai senator berakhir 8 April ini.
Berdasarkan pertubuhan dibacakan di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini, petang ini, Mohamad Salleh menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan Seksyen 132 Akta Syarikat 1965 dan minta beliau dibicarakan.
Mahkamah menetapkan 13 April ini bagi sebutan semula kes.
Mohamad Salleh didakwa kesalahan menggunakan RM9,758,140 dana NFCorp untuk membeli dua unit kondominium di kompleks One Menerung di Bangsar pada 2 dan 4 Disember 2009.
Selain itu, beliau juga didakwa memindahkan RM40 juta dana NFCorp kepada National Meat and Livestock Corporation dari 5 Mei hingga November 16 2009.
Mohamad Salleh didakwa menggunakan dana itu tanpa kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan NFCorp.
Sinar Harian
Tindakan itu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 132 Akta Syarikat.
Selain Mohamad Salleh, tiga orang anak mereka juga merupakan lembaga pengarah NFCorp.
Bulan lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, pihaknya akan mengesyorkan kepada Peguam Negara agar mendakwa pengarah-pengarah NFCorp atas tuduhan pecah amanah.
Skandal projek NFC terdedah susulan Laporan Ketua Audit Negara 2010 Oktober lalu. Ekoran pendedahan itu, Pakatan Rakyat (PR) mendedahkan siri soal salah urus dan penyelewengan dalam penggunaan dana yang disalurkan untuk projek lembu daging.
Projek itu disalurkan pinjaman mudah RM250 juta.
NFC  ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan serta mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

Liong Sik diarah bela diri


LING Liong Sik melambai tangan kepada media ketika hadir di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 9 Mac - Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik hari ini diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini supaya membela diri atas pertuduhan menipu kerajaan Malaysia berhubung pembelian tanah seluas 335.8 hektar milik Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) di Pulau Indah, Klang.
Hakim Datuk Ahmadi Asnawi membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat kes prima facie yang perlu dijawab oleh Liong Sik, 69, pada akhir kes pendakwaan.
Dalam penghakiman setebal 83 muka surat itu, Hakim Ahmadi berkata, pada pandangan beliau, perbuatan memperdayakan Kerajaan Malaysia oleh bekas menteri Kabinet itu adalah lengkap.
Antaranya menurut hakim itu, adalah jelas bekas Presiden MCA itu tidak mendedahkan nilai tanah tersebut berdasarkan nilai khas oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JJPH), Kementerian Kewangan.Beliau berkata, atas dasar nilai khas itu harga tanah adalah RM21 sekaki persegi (skp) jika dibayar secara tunai.
Harga menjadi lebih tinggi dan boleh dipertimbangkan untuk tempoh pembayaran balik selama 10 tahun atau RM25.82 skp jika pembayaran tertangguh sehingga 15 tahun.
''Semua kos termasuk faedah telah diambil kira bagi mendapatkan jumlah tersebut. Tertuduh juga tidak mendedahkan kepada Kabinet bahawa RM25 skp atau lebih, boleh dipertimbangkan bagi tujuan penerbitan bon,'' ujar Hakim Ahmadi.
Sebagai anggota Kabinet dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) berada di bawah tanggungjawab Kementerian Pengangkutan, menurut hakim itu, adalah menjadi tanggungjawab Liong Sik untuk memaklumkan dalam mesyuarat Kabinet yang sama (mengenai perbezaan tersebut).
''Saya berpendapat, suatu yang tidak rasional bagi seorang yang memegang jawatan dalam kelas masyarakat, mempunyai latar belakang pendidikan, pendedahan, kedudukan dan reputasi, tertuduh telah menandatangani suatu dokumen tanpa mengetahui kandungannya,'' kata hakim itu.
Beliau menambah, sememangnya tidak boleh diterima bagi seseorang yang mengetuai kementeriannya, telah menandatangani dokumen tersebut secara membuta tuli sehingga tanggungjawab dan tugasnya menurun akibat tindakannya itu.
Katanya, berdasarkan kepada fakta dan bukti, tiada keraguan bahawa Kabinet telah ditipu untuk mempercayai bahawa RM1.088 bilion (pada harga RM25 skp) adalah jumlah harga pembelian yang perlu dibayar oleh LPK.Ia adalah asas kepada keputusan Kabinet dan jumlah akhir RM1.808 bilion pada harga RM25 skp (ditambah dengan faedah 7.5 peratus) adalah tidak disebut dalam mesyuarat Kabinet.

Hakim itu menyatakan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz selaku saksi pendakwaan ke-20 dalam keterangannya memberitahu, beliau tidak akan memberikan kelulusan bagi pembelian tersebut jika dimaklumkan harga sebenar adalah RM1.808 bilion dan bukannya RM1.088 bilion.
Justeru, beliau tidak teragak-agak untuk menyimpulkan bahawa tertuduh sengaja mempengaruhi Kabinet bagi meluluskan pembelian tersebut walhal jika fakta wujudnya nilai tambahan itu diketahui, sudah semestinya ia tidak akan diluluskan.
Akibat penipuan yang dilakukan oleh tertuduh, menurut hakim, kerajaan bukan sahaja berpotensi menanggung kerugian dari segi reputasi ekoran ketidakupayaan LPK untuk memenuhi komitmen kewangan bagi pembelian tanah tersebut bahkan kerugian sebenar dari segi kewangan.
Utusan Online
Selain itu, tindakan Liong Sik memberikan surat sokongan selepas Kabinet meluluskan pembelian tanah, adalah relevan untuk menunjukkan tindakan selanjutnya oleh tertuduh.Apabila ia dipertimbangkan secara keseluruhan, akan menunjukkan motif serong tertuduh untuk memperdayakan kerajaan, kata hakim itu.
Sejurus selepas keputusan itu selesai dibacakan selama hampir dua jam bermula pukul 10.30 pagi, peguam Wong Kian Kheong memaklumkan bahawa anak guamnya memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.
Hakim Ahmadi kemudian menetapkan 18 hingga 22 Jun depan untuk bekas menteri Kabinet itu mula membela diri.
Tertuduh didakwa menipu kerajaan Malaysia dengan tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta-fakta berkaitan pembelian tanah membabitkan RM1.08 bilion.
Menurut kertas pertuduhan, Liong Sik didakwa melakukan penipuan tersebut antara 25 September dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Bukan nilainya RM3 juta atau RM300 juta tapi melebihi RM1 bilion hanya melibatkan tidak sampai 10 individu berprofile tinggi...
bersetuju dengan pendapat :

“Inilah yang disebut sebagai pembiayaan hutang (debt financing) yang akan terbeban kepada setiap orang rakyat sesebuah negara,”.

“Jika rakyat membisu dan tidak peka dengan uruskelola kewangan negara, masa depan rakyat bakal menghadapi keadaan yang tidak menentu, jangan membayangkan situasi seperti Greece tidak akan berlaku di Malaysia,”. Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid

Hutang & Ekonomi Akhir Mac 2012

Hutang negara kini pada paras 53% KDNK
Hutang negara belum berada pada tahap kritikal atau membimbangkan,walaupun ia hanya dua peratus sebelum mencecah had pinjaman yang dibenarkan oleh perlembagaan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin.

NONE"Ia tidak berada pada tahap yang kritikal pada masa ini. Had kita adalah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita kini cuma berada pada paras 53 peratus. Jadi tidak perlu bimbang tentang hal itu," katanya semasa sesi soalan di Dewan Rakyat hari ini.

Awang Adek menjawab soalan tambahan daripada Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) mengenai apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengawal hutang kerajaan yang semakin meningkat.

Memetik rekod kewangan 2008 dan seterusnya yang mempamerkan peningkatan hutang dari tahun ke tahun, Saifuddin mendakwa bahawa trend peningkatan hutang akan menyaksikan negara berhutang sehingga 100 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Had kami adalah pada 55 peratus. Jika kita tidak cecah 55 peratus, maka kita tidak akan capai100 peratus," kata Awang Adek sambil menambah sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, mereka tidak akan membenarkan perbelanjaan dan pinjaman melebihi had yang ditetapkan. 


Malaysiakini 21 Mac

Utusan Online 23 Mac
Utusan Online 23 Mac 

Utusan Online 23 Mac  
-Kemana arah masa depan yang kita mahu tuju dikala suasana yang dipaparkan kepada kita sebegini kisahnya?
~khazanah untuk ummah~

Tuesday, 13 March 2012

Ustaz Zainul Asri - Fitnah Akhir Zaman

                                                                          Bahagian 1

Bahagian 2

                                                                           Bahagian 3

                                                                            Bahagian 4

Bahagian 5

                                                                           Bahagian 6



   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...