Tuesday, 16 October 2012

Tiada tawa dari Rasulullah dan para sahabat?

~ Suatu hari,tiba satu kabilah dari luar Madinah yang membawa buah-buahan yang tiada di Madinah dan berharga mahal.Nu’ayman Ibnu Amr RA meminta izin dari penjual buah untuk mengambil buah-buahan
 dan akan membayarnya kemudian.Selepas itu Nu’ayman terus menghadap Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan memberikan kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebagai hadiah.Rasulullah صلى الله عليه وسلم menikmati buah-buahan yang beliau bawa tadi dengan enaknya.Penjual buah tadi telah mencari Nu’ayman untuk menuntut bayaran bagi buahan-buahan yang Nu’ayman ambil awal tadi.





Nu’ayman Ibnu Amr RA berkata ‘aku tidak menjamahnya,Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang memakanya jadi mintalah bayaran dari orang yang memakanya.Rasulullah صلى الله عليه وسلم terkejut penjual buah itu datang menemuinya dan meminta bayaran bagi buah yang dimakanya.Rasulullah صلى الله عليه وسلم memberitahu yang buah-buahan itu diberi kepadanya sebagai hadiah oleh Nu’ayman.Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم memanggil Nu’ayman Ibnu Amr RA dan berkata ‘Ya Nu’ayman, bukankah kamu katakana ini adalah hadiah darimu?

Nu’ayman Ibnu Amr RA menjawab yang beliau mahu Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjadi orang pertama merasa buaha-buahan itu dan beliau merasakan yang Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah yang paling layak merasainya kerana ia adalah buah-buahan yang tidak ditemui di Madinah.Dan beliau juga tidak mempunyai wang jadi Rasulullah صلى الله عليه وسلم bayarlah kepada penjual itu.Rasulullah صلى الله عليه وسلم tersenyum tawa mendengar kata-kata Nu’ayman dan membayarnya.

~ Seorang tamu Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengikat untanya dihadapan rumah Rasulullah صلى الله عليه وسلم.Para sahabat yang kenal benar sikap Nu’ayman Ibnu Amr RA memberitahu beliau tentang unta tamu Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu. Nu’ayman Ibnu Amr RA kemudian mengambil unta itu dan menyembelihnya.

Bila tamu Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar didapati untanya sudah tiada,Rasulullah صلى الله عليه وسلم bertanyakan kepada para sahabat dan mereka memberitahu Nu’ayman telah menyembelihnya dan beliau sedang menyorok di dalam parit sambil ditutupi pasir.Rasulullah صلى الله عليه وسلم pergi mendapatkan Nu’ayman serta membersihkannya sambil tertawa dan kemudian membayar tuan punya unta sejumlah bayaran

~ Suatu hari Nu’ayman Ibnu Amr RA & Suwaib Bin Haramalah RA diamanahkan oleh Abu Bakar As Siddiq RA untuk menjaga makanan.Kerana Nu’ayman berasa lapar beliau meminta izin dari Suwaib Bin Haramalah RA untuk mengambil sedikit makanan tetapi tidak dihiraukan membuatkan Nu’ayman kecewa.

Nu’ayman Ibnu Amr RA bertemu sekumpulan lelaki berdekatan situ dan berkata ‘aku ada seorang hamba untuk dijual tetapi beliau ini bijak dan akan mengatakan dia seorang merdeka bila kamu mahu mengambilnya’.Kumpulan lelaki bersetuju membeli dengan harga hanya 10 dirham harga yang Nu’ayman Ibnu Amr RA tetapkan.

Kumpulan lelaki tadi pun menangkap Suwaib Bin Haramalah RA yang menyebabkan beliau menjerit ‘aku merdeka dan bukan hamba’ namun tidak diendahkan kerana mereka telah di pesan oleh Nu’ayman tentang perkara itu.Nu’ayman Ibnu Amr RA yang melihat kejadian itu hanya mendiamkan diri.Bila Abu Bakar As Siddiq RA kembali ditanyakan apa yang terjadi dan Nu’ayman pun menceritakan dan terus Abu Bakar As Siddiq RA membebeaskan Suwaib Bin Haramalah RA dengan menebusnya kembali.

Apabila mereka pulang dan menceritakan kisah ini Rasulullah صلى الله عليه وسلم tertawa dan diriwayatkan juga Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan para sahabat akan tertawa pada tahun itu apabila di peringatkan tentang peristiwa Suwaib ini.

Personaliti Nu’ayman Ibnu Amr RA ini berterusan sehingalah zaman Khalifah Uthaman Ibnu Affan RA.Dan menurut sumber lain,apabila berlaku fitnah di zaman pemerintahan Khalifah Ali Abi Thalib RA,beliau tidak lagi ketawa dan berjenaka.

Nu’ayman Ibnu Amr RA juga menyertai perang besar seperti Badar dan Khandak walaupun berpersonaliti sebegini.Kehadiran personaliti seperti Nu’ayman Ibnu Amr RA dalam sejarah Islam menunjukkan Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan para sahabat juga berjenaka dan tertawa apabila diusik dengan meraikanya.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم, bersabda “Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!” HR Abu Daud

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...