Monday, 25 February 2013

::* Sahabat Yang Dijamin Syurga *::


Abu Bakar As Siddiq رضي الله عنه
Sahabat merangkap bapa mertua Nabi yang paling rapat.membenarkan peristiwa Israq dan Mikraj hingga mendapat gelaran As Siddiq.Seorang yang amat unik kerana mampu membaca makna tersirat di sebalik perkara tersurat.Dikala yang lain gembira ketika turunnya wahyu yang terakhir beliau menagis kerana memahami itulah tanda yang Rasullullah ﷺ bakal meninggalkan mereka.
Tiada aku (Rasullullah ﷺ) mengajak seorang masuk Islam, tanpa ada hambatan, keraguan, tanpa mengemukakan pandangan dan alasan, kecuali Abu Bakar. Ketika aku (Rasullullah ﷺ) menyampaikan ajakan tersebut, dia langsung menerimanya tanpa keraguan sedikitpun.” ~Ibnu Katsir~
Umar bin Khattab رضي الله عنه: “Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan seluruh umat, maka akan lebih berat keimanan Abu Bakar.”

Umar al Khattab رضي الله عنه
Bermula dengan kerasnya penentangan terhadap dakwah Rasullullah ﷺ namun berakhir hidupnya dengan amat gemilang disamping sahabat merangkap bapa mertua Rasullullah ﷺ Di zaman kekhalifaannya, Islam berkembang seluas dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditakluk dalam waktu hanya satu tahun.Semasa memegang jawatan khalifah beliau terkenal dengan kekerasan dan kegalakkannya. Akan tetapi, ilmunya menerangi semua sikap hidupnya, sehingga dalam memutuskan sesuatu perkara, yang dipedomaninya adalah kecerdasan pemikirannya, bukan sentuhan perasaannya. Selaku penguasa ia tidak terpengaruh oleh kemarahannya, kesedihannya atau kepentingan peribadi dan keluarganya.
Ketika pembukaan pintu Baitul Maqdis beliau berkata: “Kita adalah satu golongan yang diberi kemuliaan olehNya dengan Islam maka sekiranya kita mencari kemuliaan selain dari Islam nescaya Dia akan menghina kita”

Usman Ibnu Affan رضي الله عنه
Bakti sumbangannya bukan saja sebagai Khalifah yang ketiga tapi untuk Islam amat besar sehingga tidak pernah dihitung olehnya sebagai hutang kerana rasa kecintaanya yang besar terhadap Islam.Seorang yang tidak pernah berfikir lebih dua kali untuk menginfakkan hartanya untuk Islam.Sayangnya Rasullullah ﷺ kepada beliau sehingga mengahawinkan dua orang puterinya dengan beliau.Satut-satunya sahabat yang mana Rasullullah ﷺ malu kepadanya kerana besarnya sifat malu beliau, juga dikatakan sepanjang hidupnya beliau tidak pernah melihat kemaluanya sendiri.Beliau dikenali dengan gelaran “Zu al Nur’ain” iaitu yang memeliki dua cahaya yang merujuk puteri Rasullullah ﷺ

Ali Bin Abi Thalib رضي الله عنه
Merupakan Khalifah keempat beliau adalah sahabat,sepupu,menantu dan seorang yang Rasullullah ﷺ gambarkan keakraban mereka seperti Nabi Musa Dan Nabi Harun.Kanak-kanak pertama memeluk Islam dan mendapat pendidikan terus dari rumah Rasullullah ﷺ dan membesar menjadi seorang pemuda yang bertubuh perkasa bersemangat waja serta punya pikiran cerdas matang sehinggakan ada pendapat yang mengatakan jika mahu melihat perwatakan Rasullullah ﷺ ia boleh dilihat dari perwatakan beliau.Mengahwini puteri Rasullullah ﷺ yang paling disayangi Rasullullah ﷺ beliau hidup seperti mana kehidupan Rasullullah ﷺ.Pahlawan perang yang sentiasa memastikan dirinya sentiasa berada di baraisan hadapan menghadapi musuh-musuh Islam.Dari jalurnyalah kita hari ini mengenal ahlul bayt Rasullullah ﷺ.

Thalhah Bin Ubaidillah رضي الله عنه
Memeluk Islam dengan perantaraan Abu Bakar, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Betapa besar pengorbanan beliau didalam perang Uhud dalam mempertehankan Rasullullah ﷺ yang sedang diserbu musuh yang menggila mahu membunuh Rasullullah ﷺ sehingga terpotong jari jemarinya mempertahankan Rasullullah ﷺ dengan segala kudratnya sehinggakan Rasullullah ﷺ bersabda:
“Sesiapa yang mahu melihat syahid yang masih berjalan di atas muka bumi ini,tengoklah Thalhah Bin Ubaidillah”
Setiap kali Abu Bakar As Siddiq teringkatkan Uhud beliau berkata “Hari itu keseluruhanya milik Thalhah”

Zubair Al Awaam رضي الله عنه
Sahabat yang punya hubungan kekeluargaan dengan Rasullullah ﷺ dari pelbagai arah selain beliau adalah sepupu dan anak saudara Rasullullah ﷺ.Keperwiraan dan keberanianya dalam medan tempur sehngga beliau mengikuti semua peperangan bersama Rasullullah ﷺ.Dari Seluruh sahabat utama Rasullullah ﷺ,hanya Zubair yang sepanjang hidupnya tidak menjawat sebarang jawatan apapun. Untuk ini, Zubair berpandangan “jawatanku adalah mujahid fii sabilillaah “ fakta tentang keberanian beliau dalam menegaskan posisinya dengan keberanian yang luar biasa.

Sa’ad bin Abi Waqqas رضي الله عنه
Memeluk Islam sekitar umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan yang di sertai Rasullullah ﷺ.Beliau seorang sahabat yang mendapat gelaran “Singa yang menyembunyikan kukunya”.Tentera Islam pertama melepaskan panah untuk berjuang dan ketika saat getir Rasullullah ﷺ dikepung di perang Uhud beliau bersama Thalhah Bin Ubaidillah memperisaikan tubuhnya untuk melindungi Rasullullah ﷺ sambil melepaskan panah-panahnya.Pernah menjawat jawatan gabenor tetapi kemudianya meminta untuk meletakkan jawatan kerana merasa dirinya kurang kemampuan dalam bidang mentadbir dan lebih rela menjadi tentera perang untuk menyebarkan Islam dan wafatnya beliau dikuburkan di Baqi’.

Sa’id Bin Zaid رضي الله عنه
“Wahai Allah, jika Engkau mengharamkanku dari agama yang lurus ini, janganlah anakku Sa’id diharamkan pula daripadanya.” ~Du’a Zaid untuk anaknya Sa’id~
Antara sahabat terawal memeluk Islam ketika di Mekah beliau adalah sahabat Rasullullah ﷺ yang punya talian persaudaraan bersama Umar Al Khattab dimana adiknya adalah isteri beliau.Dikenali dengan peristiwa lantunan hidayah abang iparnya iaitu Umar Al Khattab ketika tragedi pembacaan ayat suci Al Quran bersama isteri dan Arqam bin Abi al-Arqam.Tanpa gentar menghadapi abang iparnya yang bagai kerasukan ketika itu beliau teguh mempertahankan keislamanya.

Abdurrahman Bin Auf رضي الله عنه
Antara sahabat yang berjaya Abu Bakar As Siddiq tarik untuk memeluk Islam, beliau adalah hartawan dan pembiaya besar operasi ketenteraan yang mana beliau sendiri menyertainya.Hartawan yang tiada hari tanpa bersedekah dan berinfak untuk Islam walaupun hijrahnya ke Madinah tanpa membawa sebarang harta hingga sanggup meminjam untuk memulakan pernigaan.Tidak tergiur dengan kemewahan dunia malah semakin tunduk tawaduk dengan kemewahan yang dikurniakan Allah keatasnya.Sahabat besar yang berpengaruh ini dikenali juga kerana sumbanganya yang besar pada Islam dan telah menyara perbelanjaan hidup para isteri Rasullullah ﷺ selepas kewafatan Rasullullah ﷺ

Abu Ubaidillah Al Jarrah رضي الله عنه
Memeluk Islam ketika di Mekah beliau antara sahabat yang menyertai semua peperangan bersama Rasullullah ﷺ.Ketika perang Badar beliau terpaksa membunuh bapanya sendiri yang ketika itu di pihak Musyrik sehingga turunya ayat 22 Surah Al Mujadalah.Ketika perang Uhud beliau antara sahabat terawal yang kembali melindungi Rasullullah ﷺ yang sedang dikepung,mencabut besi yang tertusuk di graham Rasullullah ﷺ sehingga dua batang giginya patah.Beliau wafat kerana penyakit taun yang merebak di jazirah arab.Rasullullah ﷺ berkata “Sebaik-baik umat aku yang amanah adalah Abu Ubaidillah Al Jarrah”

“Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang petama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridho kepada mereka dengan mereka dan mereka ridho kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung.” ~Qs At-Taubah 100~

Mana-mana sahabat pun yang berdebu wajahnya kerana bersama-sama Rasullullah ﷺ lebih baik dari seluruh amalan sepanjang hidupnya biarpun umurnya selanjut umur Nabi Nuh (950tahun) ~HR Abu Daud~

Inilah contoh idola yang wajar kita ambil iktibar dan meneladani kepada jenerasi kini dan masa depan.Mereka hidup semata-mata untuk mencari redha Allah dan RasulNya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...